MUZIUM PALING BERHANTU DI MALAYSIA

8/26/2015 08:11:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

MUZIUM PALING BERHANTU DI MALAYSIA. Malam ni segmen seram serik lekat lekit bertemakan dokumentari je la.. Cerita hantu berbentuk cereka ni kalau selalu selalu sangat pun bukan orang je bosan baca aku pun bosan nak tulis. hahahaha... Pada yang harap dapat mood seram sampai tertanggal segala bulu roma bila baca kisah seram kat blog aku.. nasihat aku "Jangan Harap" hokay!! Sebabnya.. aku sendiri pun takut jugak nak tulis seram seram sangat takut ter feel seram tu sampai menakutkan diri sendiri. hahahaha.. takde la. Sebenarnya cerita seram di blog aku sekadar hiburan santai.. so why so serious, ye dak?? Kita tulis macam filem komedi seram sudah la kan...

Antara Muzium yang popular dengan cerita seram,mistik & misteri adalah...

MUZIUM PERANG PULAU PINANG
Muzium Perang Pulau Pinang yang terletak di Bukit Maung, Pulau Pinang merupakan lokasi menyeramkan bagi kebanyakan rakyat tempatan telah ‘hilang’ ditelan hutan selama 60 tahun. Ia telah ditemui semula dan ditukar menjadi sebuah muzium perang. Ramai yang mempercayai muzium berkenaan dihuni makhluk halus. Masyarakat tempatan menyatakan muzium tersebut merupakan bekas kubu perang yang dibina oleh tentera British sekitar tahun 1938 sebelum ditawan oleh tentera Jepun. Ia berperanan melindungi Pulau Pinang daripada ancaman musuh, kem banduan perang dan tapak menjatuhkan hukuman mati. Tersenarai sebagai Muzium paling seram di Asia tapi aku google cerita seram yang pernah berlaku kat Muzium ni takde pulak. Asyik dok cakap seram je.. Kejadian seram takde pulak. Ni yang buat aku rasa geram ni. hahaha

Muzium Perang,Pulau Pinang

MUZIUM SAMUDERA MELAKA
Muzium Samudera berbentuk kapal Portugis, Melaka.Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. -sumber Kenali melaka-  Banyak kejadian2 seram & mistik pernah di ceritakan berlaku dalam Muzium ni. Satu cerita yang aku baca berlaku pasa salah seorang petugas muzium ni.. Pada satu malam dia ternampak berpakaian segak,bertanjak,bertenggolok, berkain songket panjat tangga masuk ke dalam muzium. Keesokkan harinya.. Dia Terkejut tengok patung mannuquien Panglima Awang dan Ferdinand Magellan di luar muzium sedang melihat mengadap laut. Tangan Magelan menunjuk arah sungai Melaka. patung tu tempat asal dia dalam muzium tapi.. tak siapa tahu macam mana dia boleh berada di luar muzium.Tak tau la kot2 ada orang nak culik patung tu tapi berubah fikiran saat akhir. hehehe
 
Muzium Samudera,Melaka


Ok yang dua muzium ni je yang banyak orang cakap seram. Muzium2 lain maybe belum di takluk oleh mana2 hantu kot. Almaklum la tempat yang di letakkan barang2 lama ni kadang2 ada penunggu menumpang tidur kat situ. Dah kau angkut masuk muzium maka terangkut sekali saka saka yang menumpang di sudut kamar hati kat situ. Kalau ada cerita2 mistik tu bukan pelik sangat la.

Moral of the story...  takde tempat bebas hantu . Pergi la mana2 pun mesti ada kisah hantu terselit. Nampak gaya hantu mula take over sebab banyak penematan depa manusia dah rampas untuk pembangunan. Jadi bukan salah hantu kalau dia menghantui di penempatan manusia. Salah manusia yang tamak & rakus menceroboh bumi tanpa belas kasihan pada makhluk lain ciptaan Allah.

6 comments:

  1. tulis bebyk cite hantu ni biar tertanggal semua bulu roma den

    ReplyDelete
  2. muzium KL ni orang kata berhantu juga..tapi entahlah tak pernah singgah biarpun setiap hari lalu depan bangunannya.

    ReplyDelete
  3. muzium kat pulau pinang tu memang nampak seram...muzium bentuk kapal kat melaka tu akak tak penah masuk walau pon akak orang melaka....hahaha....tapi seram lagi muzium bentuk istana kat belakang dataran pahlawan melaka tu rasenye....dulu2 time akak sekolah penah gak la masuk...suasana dia seram dan suram semacam la time tu....

    ReplyDelete
  4. yang kat muzium perang penang tu mmg seram wlupun hantunya tak muncul ......
    aku dah penah pi .... seriau tgk tgk bgunan usang dlm tu ...... pastu tgk plak tengkorak mangsa pancung dan bilik thnan perang ke rogol ...... kesan peluru didinding dan kesan darah askar ...... huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. oh ye muzium KL seram jugak terutamanya kat kawasan keranda tu .....
    pastu member aku yang kerja kat musium kl mmg ckp memalam memacam ada .... pastu kami lepak plak kat luar muzium time tu pukul 12 tghah mlm ....sebuk pulak die dok bercerita pasal langsiur bertenggek kat atas bumbung muzium...bongok betul .....

    ReplyDelete
  6. Saya pernah ternampak lembaga hitam bentuk lelaki dalam Musium KL. Masih segar lagi dalam otak ni bentuk dan tinggi dia.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com