PADAH UPLOAD GAMBAR SURAT BERANAK BAYI DI LAMAN SOSIAL

15.8.15 Suria Lekatlekit 8 Comments

PADAH UPLOAD GAMBAR SURAT BERANAK BAYI DI LAMAN SOSIAL. Orang sekarang ni dapat anak jer bukan takat gambar anak sampai surat beranak pun dia nak upload tunjuk kat orang. Gamaknya kalau dah register nama wajib kena tunjuk bukti surat beranak kot. Seolah2 kalau tak tunjuk nanti kena saman.. Alah setakat upload gambar & bagitau nama pun rasanya dah cukup. Yang gigih nak upload surat beranak tu tak tau nak menunjuk apa. Menunjuk anak dia dah ada surat beranak ke? Macam la anak orang lain takde surat beranak..

Sumber Google. Sekadar hiasan

Bukan la dengki tapi zaman media sosial sekarang ni benda yang kita rasa macam tak ada apa2 sangat tu la boleh jadi perkara yang di luar jangkaan kita. Alah tunjuk surat beranak je kot... Yelah, sebab belum berlaku apa2 perkara yang mengaibkan memang la benda tu kita anggap tak memudaratkan. Baru2 ni viral surat beranak sorang baby yang kononnya bernama sabrina kekasih lama.. Aku mula2 tengok pun logik akal aku fikir. Ni mesti editing. Tak kuasa aku nak teruja sangat apa lagi nak turut jadi salah seorang yang gigih share benda tu. Apa gila merapu sangat mak bapak budak tu nak letak nama macam tu zaman sekarang ni?? Nak rare?? Dia pun fikir kesan yang mungkin anak dia tanggung di masa depan dengan nama macam tu. Takkan dia nak malukan anak dia untuk kepuasan dia kot...

Alah bukan susah pun nak edit nama macam ni. Aku pun reti buat. Dulu aku selalu la di tugaskan mengeditkan payslip gaji & macam2 statement orang.

Ternyata betul memang nama tu sekadar edit golongan manusia yang tak tau beza melawak dengan mengaibkan orang. Tak tau la mana depa dapat surat beranak tu.. Sebab tak sure samada di upload parents baby tu atau orang dalam JPN yang upload sebab baca artikel berita tu tak jelaskan macam mana surat beranak baby tu boleh di edit & tersebar. Tapi tetap moral of the story.. Inilah risiko2 yang boleh berlaku bila kita nak menunjuk sangat surat beranak baby kita kat media sosial.

sumber harian Metro

Moral of the story.. yang jenis kaki menayang segala benda kat media sosial tu ambil la pengajaran. Laman sosial bukan zon selamat berkongsi semua perkara malah media sosial sekarang la paling bahaya sebab bahaya media sosial adalah bahaya yang kita tak mampu nak ramal. Siapa akan jadi mangsa kadang2 di luar logik akal kita. Contoh macam baby ni.. sebab nama dia sabrina je tetiba orang cuba mengaibkan dengan mengedit nama dia & seterusnya jadi viral seantero alam maya. So, sila berwaspada selalu.

8 comments:

  1. Hmm... orang sekarang, bab nak mengaibkan org mmg terer... jadi kita pula la kna berhati-hati...

    ReplyDelete
  2. kan?surat beranak pun nak dishare ke laman sosial.macam anak dia je ada surat beranak...apa ke pelik manusia zaman sekarang..sikap nak menunjuk2 tu mengalahkan orang sakit mental..

    ReplyDelete
  3. aaa senang sgt nak edit ni... mental betul hahahah

    ReplyDelete
  4. Apa pon nak edit... Apalah... Cubalah edit nama anak sendiri.. Apahal nak edit anak orang

    ReplyDelete
  5. Iya... Cari penyakit namanya mak bapa budak ni. Hehehe..

    ReplyDelete
  6. tak de peluang atau ruang xde la sebarang isu..

    ReplyDelete
  7. ntah mana yg best agaknye keje asyik nak troll orang....begurau tak kene tempat

    ReplyDelete
  8. Habis semua pun nak dikongsi bersama, itulah padahnya. Dan dah namanya manusia zaman sekarang ni suka bergurau tanpa sempadan, inilah akibatnya....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!