PENGUATKUASA CAMPAK BARANG JUALAN PENJAJA MURUKU

10.8.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

PENGUATKUASA CAMPAK BARANG JUALAN PENJAJA MURUKU. baca tajuk entri kita pun mula la maki hamun penguatkuasa sebab kita dah terdidik di laman sosial semua kakitangan kerajaan, badan beruniform, penguatkuasa,polis, askar, tentara, menteri, kabinet dapur bagai semua jahat2 & kejam. Memang yang kerja dengan kerajaan nak2 penguatkuasa ni memang level syaiton nirrojim katanya...

gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bawak mengucap 2 kalimah syahadah wahai umat alam maya... Manatau tengah marah sangat, sedap dok maki hamun tetiba kena serangan jantung terus Innalillahiwainnalillahirojiun. Bila otak kita ni dah setting.. kerajaan adalah UMNO. UMNO adalah parti politik paling bangsat dalam Malaysia maka kita akan mendidik hati kita membenci apa sahaja yang ada kaitan dengan 'Kerajaan' sedangkan.. yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan tu cuma manusia. hakikatnya kakitangan kerajaan ni bukan semua pun sokong UMNO. Secara logiknya... Takkan semua yang bekerja dengan kerajaan tu jahat Na'uzubillah. Bukan 10 atau 20 orang malah.. banyak. Tak terkira dengan bulu kaki & tangan banyaknya. Jadi dalam ramai ramai tu.. ada bermacam perangai, sikap, sifat & perwatakkan. Yang pasti bukan semua yang berkhidmat bawah kerajaan terus auto bertukar jadi iblis.

Bila kita dah mendidik hati kita membenci kerajaan atau apa saja berkaitan dengannya.. Maka inilah yang berlaku. Kita hanya mencari 1 je alasan untuk kita menghentam,melayak sehingga lumat lunyai. Bila terbaca viral pasal 1 gambar untie india bersama penguatkuasa yang memerhati barang jualan dia bertabur kat atas jalan.. dengan caption mula2 konon penguatkuasa la yang buang barang jajaan dia tu. Nak raih simpati orang ramai & meraih maki hamun haters kerajaan. Tapi apa yang sebenarnya berlaku Untie india tu sendiri yang buang barang jualan dia tanda protes sebab di tegur penguatkuasa sebab berniaga di tempat larangan.


Cerita yang sebenarnya Auntie maruku dan penguatkuasa
Auntie ni sendiri yang taburkan maruku atas jalan kononnya sebagai tanda protes. Sedangkan penguatkuasa hanya menegur elok-elok dan tidak pun bertindak kasar.-sumber Afiq KLtown-

Aku bukan penyokong tegar kerajaan.. Tapi sebagai manusia aku tak gila lagi la nak jadi taksub sampai apa yang datang dari kerajaan tu semua kejam & tak berperikemanusiaan. Depa tu manusia kot.. Apa ingat syarat jadi penguatkuasa mesti kejam macam Israel ke?? Yang pakai baju penguatkuasa bukan robot yang dah kerajaan setting tapi manusia. Ada yang masih menjalankan tugas dengan amanah, tanggungjawab & masih berperikemanusiaan walau kadang2 perikemanusiaan tu buat mereka terpaksa melanggar etika kerja. Sebab mereka masih manusia kadang2 kalah dengan perasaan simpati. Bukan semua yang jahat macam syaiton Nirrojim...

Moral of the story... Berhati2 dengan butang share anda di Facebook. Jadilah pengguna laman sosial yang bijak. Fikir guna akal bukan lutut.

Sesuatu yang mungkin anda tidak pernah tahu tentang tempat bernama Goa, India. Nak tahu apa yang korang tak tahu tentang Goa ni meh baca kat sini >> 11 perkara rakyat Malaysia perlu tahu tentang Goa <<

5 comments:

  1. betul tu.. kadangkala gambar sukar nak jelaskan cerita sebenar..

    ReplyDelete
  2. memang betul, rasanya cite ni tak betul..Gambar atas tu siasat betul ke tak

    ReplyDelete
  3. ape pasal penguatkuasa tu tak pegi lepuk muka dia seketul....ok bai

    ReplyDelete
  4. Even askar Israel pun tak semua berhati iblis tau, inikan pulak penguatkuasa. Kesian depa, tak pasal-pasal kena caci hina tanpa sebab. Aunty ni pun kekwatlah, tahulah frust dengan kerajaan India, eh Malaysia, janganlah protes macam tu. Siapa yang rugi? Awak juga...penguatkuasa tu tak rugi apa-apa pun bukan barang niaga mereka!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!