PENUNGGU HUTAN KELAPA SAWIT JENGKA

8/05/2015 02:56:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Kembali bersiaran dengan gilang gemilang segmen seram serik lekat lekit.. Haruslah kan blog puaka kena tulis cerita seram. slot segmen seram serik lekat lekit kali ni.. Kisah penunggu Jengka pulak. rilex penduduk Jengka... Jangan panik. Anggaplah sekadar cerita jer...

Gambar sekadar hiasan

alkisahnya.. sebab dah terbeli 5 dvd seram qualiti Ah lang Nun.. Mula2 pasang tak boleh play... semalam try lagi pasang filem Jengka,, ok boleh play kita layan. Even sangkut2 jugak tapi nasib Jengka ni baik sikit dari Gamatisme yang separuh je boleh tengok. Filem Jengka ni boleh tengok sampai ending..

Kisahnya sepasang suami isteri.. Yang si laki ni main kayu tiga sedangkan bini tengah sarat mengandung. Sebab bini dia nak bersalin kat kampung maka pulanglah ke desa mereka.. Kejadian seram berlaku semasa di kampung tetiba si minah tengah sarat jadi meroyan bila tau laki dia still dok berskandal dengan perempuan lain sehingga mengandung. Dia melarikan diri ke satu hutan kelapa sawit & di ganggu sejenis makhluk yang di gelar penunggu. Sehingga melahirkan anak dalam hutan tu sendirian malam hari yang gelap gelita.. Time tu la berlaku macam2 kejadian seram.. Jumpa mak.. anak tak jumpa. Terpaksa panggil ustaz untuk bantu sebab melibatkan gangguan makhluk halus. Ada babak2 perempuan tu kena histeria.. babak penunggu terbang dalam hutan... makhluk pelik masuk kerumah lompat dari dinding ke dinding.


Filem ni aku enjoy.. Kira aku ternganga jugak la nak tahu kesudahan dari satu babak ke satu babak. Cuma aku musykil.. sebab filem ni konsep macam filem documentari seram jugak.. Dalam filem ni tunjuk dua scene... lakonan & kejadian sebenar. Tapi rakaman kejadian sebenar tu pun aku nampak macam depa berlakon jugak tak real sangat. Seram tu entah la sebab deria seram aku ni kadang rasa macam dah hilang... cuma jalan cerita dia best untuk di tonton sebab tak mendatar & boring.. ada la jugak suspend yang buat kita nak tau kesudahan setiap babak.. Cuma ending... simple sangat. Laki yang curang di temui mati dalam keadaan ngeri.. dari rakaman camera menunjukkan dia di serang 2 makhluk yang maybe penunggu Jengka.

Salah satu babak rakaman sebenar dalam filem Jengka

Aku rasa perlu jugak aku tengok sekali lagi filem ni dari verison dvd original.. sebab yang Ah lang Nun banyak sangkut2... Lagipun Ah Lang Nun Rakam dari Astro First. Next week la kalau bertemu jodoh dengan Classic World entertaiment kan...

Moral of the story... Jangan beli cetak rompak lagi, hokay! Bukan nak sokong Pengerusi Finas yang baru tapi untuk kepuasan sendiri. Aku je la.. bukan orang lain. hahahaha
 

7 comments:

  1. seram ek .. tak jadi nk tgu keluar kat astro .... takut ....

    ReplyDelete
  2. wah...lama tak masuk blog suria. dah lain lah!
    selalu header aje bertukar. ni semuanya =)
    komen ni tak ada kena mengena dengan entry sebab excited tengok new look
    boleh gitu ye...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum siap lagi YY.. under construction lagi katanya... hahaha 6 tahun dah renovate la sikit2.. kekeke

      Delete
  3. tunggu keluar tayangan di astro jer nih...

    ReplyDelete
  4. best jugak jalan citernya sis...

    ReplyDelete
  5. Gambar introduction tu hantu langsir kan?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com