PERKARA YANG KITA TIDAK PERNAH TAHU TENTANG PEMBUAT TEH TARIK

8/28/2015 10:06:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

PERKARA YANG KITA TIDAK PERNAH TAHU TENTANG PEMBUAT TEH TARIK. Dengar macam kerjaya buat teh tarik ni macam takde apa sangat la.. Konon tak belajar tinggi pun boleh buat teh tarik. Ye betul.. memang kau belajar sampai ke angkasa lepas pun belum tentu kau reti buat teh tarik. kepakaran buat teh tarik ni bukan semua orang ada. Kita pandang macam.. alah apalah sangat. letak teh & susu lepas tu tarik je jadilah teh tarik. yelah buat pakai air liur je memang bunyi macam senang.


Sebab tu apa jugak kerja & kerjaya pengukur bukan hanya tahap pendidikan.. Kepakaran sesuatu bidang tu kadang2 bukan lahir dari sekolah,universiti kolej bagai. Kemahiran ni kadang2 boleh dapat di mana & kat mana jer... Macam tu jugak dengan orang yang kerjanya buat teh tarik atau menghiburkan orang dengan aksi tarik teh dia. Takde sekolah atau mana2 unoiversiti yang ajar buat teh tarik.. Hanya orang tertentu je mempunyai kepakaran tersebut.

Jangan sesekali pandang rendah dengan pembuat teh tarik. Lepas korang baca artikel ni confirm korang tabik kat pembuat teh tarik. Nak tahu betapa hebat seorang pembuat teh tarik yang angkasawan pun tak boleh nak lawan kehebatan mereka meh baca kat sini >> 11 Perkara Yang Akan Buat Anda Kagum Dengan Pembuat Teh Tarik <<

Dalam hidup ni.. Jangan sesekali memandang rendah pada sesiapa pun walau kerjayanya hanya buruh sebab semua benda & perkara ada fungsi penting. Kalau semua kita di lahirkan untuk menjadi golongan profesional sapa nak buat kerja buruh?? Maka makin bersepah la Malaysia dengan manusia dari berbagai warganegara.

Moral of the story.. Macam blogger popular & blogger picisan.. Kalau semua blogger popular sapa nak ambil job review tiga pat ploh hengget. Kesian peniaga2 kecil kecilan yang baru nak up bisnes. Nak bayar blogger meletop kebabom takde budget. Maka disitulah letakkan fungsi blogger picisan macam kami. Nak review produk @ service kat blog lekat lekit boleh PM kat FB atau email.

2 comments:

  1. Koi suka teh tarik mak koi...tempat lain semua tak cukup rasa....hihihi

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kalau dapat minum teh tarik.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com