SERAM & SERIK NAK KE AUNTY AINI'S GARDEN CAFE LAGI

8/21/2015 11:10:00 AM suria lekatlekit 9 Comments

SERAM & SERIK NAK KE AUNTY AINI'S GARDEN CAFE LAGI. Tu dia kali ni bukan kisah dari sumber2 google yer.. Kali ni nak share pulak kisah pengalaman sendiri. Semalam 20 Ogos 2015 adalah hari ulangtahun anak aku yang ke 4. Cara kami celebrate tiap2 tahu memang takde tiup2 lilin atau potong. Caranya kami spent time together & buat aktiviti yang best. Takpe next week ada lagi satu birthday celebration... Tengok kemana kah kita hahahaha.

Semalam bawak budak lala ke PD mandi laut tapi biasa la keluar dari rumah pun dah pukul 1. Sampai sana singgah PD Ostrich show farm.. tapi anak aku ni biasa la dia lagi tertarik dengan Ayam dari burung Unta. Nak2 lagi konsep kat situ lebih kurang macam farm in the city tu.. Ada haiwan di lepas bebas. Anak je bandar mak orang kampung tak excited pun tengok ayam, kambing bagai... Aku besar dengan binatang tu depan mata. Tapi tempat dia kecik je la tiket dia tak la semahal farm in the city. Dewasa RM13 & kanak kanak RM6. Photo pun tak mahal. Sekeping RM10 je. Aku ambil la sekeping sempena birthday anak aku. Masuk 4 tahun tetiba donkey anak aku panggil sapi pulak.. sempat la dia mengambil pengalaman suap donkey makan. Biar dia berkejaran dengan makhluk2 kat situ sampai penat baru gerak ke laut. Lepas mandi laut dengan dady nya.. dah dekat senja siap2 gerak balik je la.

Gambar Compile je la.. Nanti aku rajin2 aku tulis review PD Ostrich show farm yer. Camera gedabak tak bawak so kualiti gambar sekadar enpon 3310 je la.. hehehehe

Dalam perjalanan balik tu.. Malam singgah Dinner kat Aunty Aini's Garden Cafe. cantik tempat dia berkonsepkan garden la. Penuh pokok. Kami pilih makan kat pondok yang di kelilingi pokok.. Sampai pondok tu budak lala terus pandang macam orang takut kemudian menangis. Nak kata anak aku takut dengan suasana hutan rasanya tak sebab kami selalu bawak dia pergi mandi kat sungai pisang gombak tu ok jer.. Budak yang tak berapa pandai nak cakap ni susah jugak dia nak bagitau apa yang dia takut. Sebelum ada yang tanya even aku pernah bagitau anak aku ni speech delay.. Perkembangan bahasa dia baru nak berkembang. Sebab dia tunjuk reaksi macam tu terpaksa bagi dia smartphone dia conteng2 tak nak bagi dia terlalu memerhati kawasan sekekiling yang maybe seram kot. Aku tak tau la apa dia nampak & apa dia takut tapi aku cuba positif maybe dia takut sebab deco kat situ yang banyak pokok2 menjalar nampak macam seram kot.

macam ni la suasana dari dalam pondok. Ni siang.. kalau malam lain pulak views dia kan? Insya Allah takde apa2 yang mistik kat sini Maybe anak aku je yang rasa seram kot dengan pokok2 di sekeliling pondok tu
Order la makan.. aku tetiba nak makan mee rebus.. asben aku order nasi putih, udang galah masak lemak, sayur kailan & telur masin. yang sampai dulu mee rebus.. tapi pelik sikit aku rasa apsal kuah mee rebus rasa macam black paper sos jer. Tak rasa pun nampak dah tau kuah dia memang macam black pepper sos. Bila rasa.. tak tau la ni mee rebus version orang Italy ke hapa.. Out! Separuh pun aku makan tak habis. Sampai menu asben aku.. rasa kuah masak lemak udang galah.. memang takde rasa masak lemak cuma rasa udang galah masak krimer.. Out lagi. Sayur kailan pun tak sedap. Yang sama je rasa telur masin je. Untuk anak aku order garlic bread.. ok la nampak anak aku selera je makan. sedap la tu..

Macam ni la rupa mee rebus dia tapi ni bukan aku snap. Aku semalam tak bawak camera. Tab & hp pun time tu dah habis bateri. Ni aku google je. Baca review dia pun kata tak sedap jugak so memang tak sedap la kot hahahahaha
Menu kat situ memang Melayu & barat tapi aku rasa menu melayu yang kami order dah di convert jadi menu barat. Asben aku yang jarang tak habiskan udang galah tetiba semalam ada sekor dia tak mampu habiskan.. Confirm memang tak sedap sangat la. Masak lemak macam semata2 letak krimer & pewarna kuning je. takde rasa serai ke bawang ke hapa ke yang macam biasa kita masak. tapi kebanyakkan review aku baca memang tak ramai yang puji menu kat cafe ni.. Memang tak sedap la kot hahahaha

Nak balik anak aku menangis lagi masa nak keluar dari restoran. aku tak tau la apa yang dia takut kat situ.. Cuma aku berdoa jangan la jadi macam peristiwa kat Melaka haritu. Alhamdulillah sampai rumah lebih kurang pukul 11 aku mandikan dia & dia tido takde meracau2 atau menangis lagi.

So, untuk next time memang aku takkan datang lagi bukan sebab takut tapi totally semua makanan kami order semalam memang tak sedap. Sebab lapar je makan jugak tapi mee rebus tu memang tak sampai separuh aku makan. Harga dia standard la nak kata mahal.. mee rebus sepinggan RM9.50.. aku rasa kalau tengok dari cafe dia tu memang rate biasa la. Tapi sebab rasa yang low class aku rasa tak layak caj RM9.50 hahahaha

Moral of the story.. Ni pendapat dari rasa tekak aku takde kena mengena dengan tekak orang lain. Kalau hangpa rasa sedap tak bermakna tekak aku jugak sedap yer...

9 comments:

  1. Happy birthday lala. Dah besar dah dia..

    Aduhai masakan melayu klu dibaratkan baik takyah kot. Kita nk mkn sedap2 tup2 gulai pun x menjadik, mee pun rasa ntah apa2. Sobss rugi byr mahal2.

    ReplyDelete
  2. Kesian owner dia. Pentingkan deco je, menu & rasa makanan out. Tak tahu lah fikir apa bila bukak restoran T_T.
    Btw, happy birthday Lala =)

    ReplyDelete
  3. Teringat pendapat akak pasal restoran ikan bakar yang kena hentam teruk dengan encik anon... hiks...

    errr gambar mee rebus tu... bukan nak kata rasa, tengok pun tak selera dah...

    ReplyDelete
  4. mungkin hari tu tak masak dari hati

    ReplyDelete
  5. Happy besday lala...moga membesar dgn sehat dan kuat dam moga menjadi anak solehah di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  6. Thanks Suria, pendapat yg ikhlas.. Saya blm berpeluang singgah Café ni.. Café ni mmg famous di N9, selalu ramai org dtg.. Tak sangka pulak indah khabar dari rupa..

    ReplyDelete
  7. Mmg x sedap pon. Me and my friends menangis mcm org gile mkn kat aunty aini's cafe ni. Pedas hanat mcm mkn ghostpaper, cili x msk, kuah masin gile, tunggu lama, portion kecik. Mkn 2 lauk yg diletakkan dalam piring sampai rm40+. Tmpat pun x hygine sebab ada kutu2 ke serangga tah atas meja makan. Pelik gak tgk kat google byk good review. Baca kat sini bru boleh relate!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com