WANITA BERKAHWIN BANYAK KALI ADALAH WANITA KUAT

16.8.15 Suria Lekatlekit 13 Comments

WANITA BERKAHWIN BANYAK KALI ADALAH WANITA KUAT. Tu dia.. sesuatu sangat tau tajuk entri. Mesti ada yang mula fikir ehem hem dah ni.. Yelah asal sebut pasal kahwin & Kuat mula la fikir kuat dari segi tenaga batin kan? Alah jangan tipu la hangpa tak pikiaq lagu tu.. cheq nujum mak belalang. Sekilas senyuman hangpa tu cheq boleh tau, hokay! So, dont play play noh... hehehehe

Kenapa aku klasifikasikan wanita yang berkahwin banyak kali ni wanita yang kuat? Kuat apa? Kuat nafsu ke? Kuat melawan suami ke? Kuat membebel ke? Kuat dari segi apa tu gamaknya yer... Dia kuat sebab dia minum milo ke? Sebab lagu iklan milo selalu sebut minum milo anda jadi sihat dan kuat! Untuk mengupas kupis & kopek isu ni.. marilah kita sama sama membaca sambil belajar..


Bila terbaca artikel pasal perkahwinan bekas retis Abby Abadi yang ke empat.. Yang jarak perkahwinan dia dengan perkahwinan yang gagal sebelum ni tak la jauh sangat buat aku kagum jugak dengan Abby abadi ni. Sebelum ada yang tanya.. Erkk bukan perkahwinan dia yang ke 3 ke? aku pun mula2 ingat yang ke 3 tapi rupanya yang ke 4 sebab dia pernah berkahwin dengan someone tapi tak di gembar gemburkan di media so ramai tak tahu. Kagum sebab bagi aku dia wanita yang sangat kuat biarpun di uji dengan jodoh2 yang tak berkekalan sebelum ni tapi dia tidak pernah serik untuk berkahwin & mencuba cari bahagia dalam sebuah perkahwinan. Berbanding dengan sesetengah orang baru sekali putus cinta terus tukar jadi pengkid, lesbian bagai.. apa barang kan?? Gamaknya orang camtu kalau gagal dalam perkahwinan terus tukar jantina. hahaha

Bukan bermakna semua wanita yang banyak kali gagal & tetap masih nak berkahwin lagi tu gatal.. Siapa yang taknak bahagia bersama seorang lelaki bernama suami, ye dak?? Kalau ko pun ada keinginan nak kawen jangan nak muncung2 mulut tu mengata orang gatal bagai tu sebab tak serik serik nak kawen lagi. Sekurang kurangnya dia tak pernah takut dengan kegagalan biarpun berkali kali gagal. Dia berani mencuba walau pun percubaan yang sama gagal berkali kali. Kau hado??

Moral of the story.. Banyak sebab orang berkahwin banyak kali.. Ada yang maybe sebab dia memang jenis cepat jemu dengan pasangan dia.. tak di nafikan & ada yang bukan kehendak dia apa yang berlaku. Cuma maybe jodoh2 dia sebelum ni bukan pilihan yang terbaik. Jadi kita tak boleh judge semua wanita yang tak serik berkahwin banyak kali tu GATAL hokay! Kadang2 sebab mereka lebih kuat dari kita sebab tu Allah pilih untuk bagi ujian tu pada mereka.

13 comments:

  1. akak tanak komen pasal abby kawen banyak kali ni....tapi akak nak luahkan perasaan kagum dengan blog ko yg berwajah baru ni....wahhhhh!!!! wow!!! terbaekkkk dik....seram seh gambor minah kat atas tu...kalau buka blog ko memalam kene scroll laju2 ke atas...hahaha

    ReplyDelete
  2. Saya ada terbaca komen kat berita pasal perkahwinan abby tu..katanye someone tu norman hakim jugak mummy..depa kawen 2 kali..rujuk balik pas cerai talak satu..wallahualam..apa2pun semoga jodoh kali ni berkekalan..saya setuju dengan mummy..memang kuat betul hati die..banyak kali gagal sbelum ni x wat die layu jatuh terjelepuk..semoga kali ni die bahagia bersama suami tercinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan dengan norman hakim tapi orang lain.. nama dia lupa dah sebab ada bekas wartawan kak Gee bagitau kat komen satu artikel berita harian. Tapi perkahwinan dia dengan someone tu memang media highlight kat media.

      Delete
  3. raja farah dah bertunang selepas habiss edahnya. moga beliau terus kuat dan tabah.

    ReplyDelete
  4. Weeewittt header baru...!! tadi ingat nak komen tapi sebab takde mood nak taip sangat so sekarang ada mood nak kasi taip laaa...

    Respect dengan Abby Abadi yang tak pernah MALU untuk bangun membina kehidupan lain dengan insan yang lain... ada perempuan jenis takut orang kata cinta dia tak setia lah apa lah...

    Dah cerai hidup, maka tak salah untuk bangun dengan orang baru kan?? Semoga yang ini kekal dengan Abby.. pimpin Abby sampai ke syurga... ameen..

    ReplyDelete
  5. Betul tu.. Dah jodoh dia.. Kenapa kita suka timbulkan isu benda baik begini. Nape tak doakan masjid mereka kekal kukuh?

    ReplyDelete
  6. Setuju... Jodoh tu kan rahsia Allah... Jodoh yg ada sekarang ni pun..tak tahu smpai hujung nyawa ke tak kan...cuma usaha la untuk kekal ye tak...selebihnya All

    ReplyDelete
  7. Setuju... Jodoh tu kan rahsia Allah... Jodoh yg ada sekarang ni pun..tak tahu smpai hujung nyawa ke tak kan...cuma usaha la untuk kekal ye tak...selebihnya All

    ReplyDelete
  8. Selebihnya Allah sahaja yang Tahu..

    ReplyDelete
  9. Apapun semoga Aby bahagia dan semoga perkahwinan kali ni kekal selamanya...kita doakan yg baik2 jer la...

    ReplyDelete
  10. xde sape yg nk pkahwinannya gagal kan..sume hrp bhgia bkekalan....kwen utk kali ke berapa pun Tuhan saja yang tahu apa yg tsirat & hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  11. Kira kuat jugalah Abby ni menepis segala dugaan dan halangan. Kalau kita sendiri pun tak sanggup nak lalui episod-episod berumahtangga berulangkali dengan suami berbeza. Tapi dek kerana dah kerap dia kahwin, tak hairan pun bila dia ambil keputusan nak kahwin lagi. Moga kali ni bahagia hingga ke jannah. Tak mahulah lepas ni buka pekung di dada lagi ...

    ReplyDelete
  12. saya pun salah seorang insan yg diuji sama mcm kak Abby Abadi. semoga perkahwinan kali ni dirahmati Allah.. mulut org tu mmg tak boleh nak tutup harap2 depa bertaubat. takde orang dkt dunia ni perfect pun yg komen2 negatif tu pun sbnarnya kelakor mcm maharajalawak mega, rancangan Allah, nak komen2 kelakor nape tah hehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!