DAPUR PANAS TV3 MASAK RESEPI DARI NAJIS SOTONG

27.10.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

DAPUR PANAS TV3 MASAK RESEPI DARI NAJIS SOTONG. Haritu aku ada tengok iklan untuk rancangan dapur panas. Salah satu resepi dia yang aku dengar ada gunakan dakwat sotong sebagai bahan masakan. Jadi aku mula konpius. Samada selama ni aku salah faham atau mereka yang kurang study tentang penggunaan dakwat sotong dalam masakan halal ni. Nak kata rancangan ni masak masakan tak halal tak jugak.. Tapi kenapa guna dakwat sotong??


Jadi untuk lebih kepastian aku luangkan masa tengok dapur panas kat tv3 hari ni. Sorry.. tak bergetar pun tulang temulang aku tengok chef dia. Aku cuma nak tengok apa dia masak je. Nak2 lagi sebab ada resepi berasaskan dakwat sotong.. Nak buat isu kena ada bukti ye dak??

Memang betul dia masak dakwat sotong.. Menu dia bernama Risotto dakwat sotong. Katanya ia sejenis masakan dari Italy berasaskan nasi jugak. tapi beras dia guna katanya takde jual kat sini. Orang Itali makan dakwat sotong maybe depa non muslim tapi kenapa mesti rancangan masakan boleh masak masakan macam ni??

Aku pernah tulis entri berkenaan hukum makan dakwat sotong ni. Aku rujuk dari portal rasmi Jakim, e-fatwa. Hukum yang tertulis dalam portal tersebut.. Boleh rujuk entri ni >> Hukum Makan Dakwat Sotong <<

Mungkin yang suka makan dakwat sotong mempunyai selera tidak normal. Bahaya ni. hahahaha

Jadi kenapa dalam rancangan masakan yang di siarkan di tv masih menggunakan bahan tersebut dalam makanan? Atau depa memang tak sengaja sebab kurang rujukan? Ke memang orang sekarang suka makan najis? ops.. hahahaha

Moral of the story.. Dalam banyak2 perasa kenapa dakwat sotong jugak nak jadikan perasa dalam makanan. Aku kalau dah tahu benda tu di fatwakan 'Najis' orang bagi 10 alasan ni nak ajak aku keluar makan kalau aku tahu makanan tu ada dakwat sotong confirm aku tak terpedaya >> 10 Taktik Orang Guna Untuk Ajak Kita Makan << Bila dah kata Najis sila rasa geli. Kalau setakat taik sotong tak payah italian taste sangat la kan... hahahhaa

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!