AKIBAT TERLALU OBSES DENGAN KERJA INI YANG AKAN BERLAKU

8.4.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

AKIBAT TERLALU OBSES DENGAN KERJA INI YANG AKAN BERLAKU. Aku pernah kenal dengan orang yang terlalu obses dengan kerja masa aku kerja dulu. Dia kira senior merangkap ketua aku la. Kalau korang tengok dia kerja macam takde life. Seolah2 macam berumahtangga kat opis jer.. Dari pagi sampai malam dia kerja. Hari minggu pun kadang2 dia datang kalau ada kerja yang tak selesai. Normally jarang aku nampak dia balik time aku dah balik. Bukan bujang tapi dah berkahwin. Confirm la dia balik rumah ngam2 je time nak tidur. tengok TV? Tak sure aku berapa jam seminggu dia dapat tengok tv.


Akibat dia terlalu obses dengan kerja & kedudukkan dia kat opis tu ada juga la benda yang tak best pasal perangai dia ni. Dia sanggup buat banyak kerja dari orang lain asalkan kedudukan dia tak tergugat. Maknanya.. kalau dia takde banyak kerja tak boleh settle sebab dia je tahu buat. Susah sikit la dia nak ajar korang kerja2 yang dia buat untuk ringankan beban kerja dia. Dia sanggup kerja macam orang tak ada life janji. branch tu dia yang control. Memang best kerja dengan dia sebab tak banyak kerja tapi tempat kau confirm statik kat situ je takkan naik sebab kerja kau sama je sampai bila bila . Perangai dia agak sikit biadab dengan staff2 kat situ tapi manager branch kat situ pun tak berani nak tegur atau tegah. Maybe sebab dia ada kepentingan. Takde dia memang susah la semua orang.

Aku masa kerja dengan dia.. Nak kata suka sangat dengan perangai dia memang tak la.. Tapi aku tak banyak bercakap sangat. Dia jenis ikut mood dia je. Kalau mood baik semua orang dia layan baik, kalau datang mood meroyan habis semua orang boleh kena jerit & maki dengan dia. Kau tanya sikit pun dia punya marah macam kau kacau laki dia. Kebanyakkan orang baik depan dia jer.. belakang majoriti berkajang dorang mengeji. Tapi kadang2 aku kesian jugak dengan dia. Ada certain staff kat situ kalau depan dia macam jilat tapak kaki, belakang macam neraka depa mengata. Sebab yang mana pandai bodek dia dapat la kelebihan sikit. Almaklum la kedudukan dia kat situ agak kuat. Kesian la.. orang baik dengan dia mesti tak ikhlas. Kalau aku kat tempat dia, sebagai manusia aku tetap rasa sedih tapi tu la.. Perangai dia jugak nak setiap masa orang faham mood dia pun tak boleh.

Aku taknak hidup terlampau kejar duit sebab jadi tak enjoy. kau asyik kerja sampai life kau dengan orang2 sekeliling terlampau sikit masanya. Biar la hidup seadanya.. aku nak enjoy dengan life aku. Aku taknak terlampau fikir kerja & sentiasa busy sampai jadi macam ni >> 10 Perkara Buruk Orang Malaysia yang terlampau Sibuk Akan Buat Setiap hari << Inilah yang akan berlaku pada rutin hidup seorang yang terlampau sibuk dengan kerja. Serius.. boleh mati tercekik tengah makan kalau sampai macam ni punya sibuk dengan kerja. Aku tak sanggup.. Confirm jadi stress & tak mustahil boleh jadi gila sebab 24 jam asyik fikir kerja.

Apapun pada ex opismate aku tu.. Hope sekarang dia lebih enjoy dengan life dia. Hope dia tak terlalu obses dengan kerja. Hope dia boleh control mood & amarah bila berdepan dengan staff2 lain. Terlampau garang sampai nampak kurang ajar pun tak bagus. Tak enjoy hidup di benci orang ni walau setiap bulan dapat gaji berkepuk kepuk sampai tak tau nak buat apa.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!