HINANYA ORANG YANG ADA HOBI BELA KUCING

5.4.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

HINANYA ORANG YANG ADA HOBI BELA KUCING. Memang aku levelkan orang2 yang ada hobi bela kucing ni manusia paling hina. Memang aku tak respect jenis manusia macam ni. Bagi aku manusia jenis macam ni tak layak untuk di sayangi. Kita dampingi orang2 macam ni pun patut buat macam hobi je. Masa suka kita layan la.. Bila dah bosan kita tinggal je tanpa rasa bersalah baru dia rasa macam mana perasaan orang buat kat dia macam tu.


Kucing walau seekor haiwan pun ada perasaan suka, sedih,sayang, rindu bagai. Jangan ingat dia binatang yang tak berakal dia tak bernafsu & berperasaan. Bayangkan masa dia suka.. dia kutip jaga & belai kucing tu. Tiba satu masa dia rasa macam menyusahkan sesenang je dia buang atau pergi campak kat mana2 pusat perlindungan haiwan atau campak depan rumah aktivis pencinta haiwan tanpa rasa bersalah.

Hello.. pencinta haiwan akan mencintai setiap haiwan yang dia jaga. Kalau hilang rasa macam hilang anak tau. Aku pernah hidup dengan kucing berpuluh puluh ekor.. Kalau hilang tu memang risau. Aku pernah pukul dua tiga pagi keluar cari kucing tak balik masa kat kampung dulu. Walaupun aku banyak kucing tapi hilang sekor pun tetap rasa hilang jugak. Kalau mati tu.. Ya Allah Tuhan saja yang tau rasa sedih tu macam mana. Bila tengok dah tak ada kelibat dia dalam rumah.. Rasa macam tak lengkap. Apatah lagi nak buang atau bagi kat orang. Biarlah penuh satu rumah.. Asalkan kita nampak dia depan mata. Cuma kat sini, tempat aku tinggal tak sesuai nak bela kucing. Kalau bela kang ada je datang ketuk pintu rumah.

Terbaca satu status akak ni.. Dia pun salah seorang aktivis haiwan secara sukarela. Bergerak secara individu. Katanya ada la semangkuk manusia ni datang rumah dia hantar selonggok kucing tanpa bagi sebarang sumbangan ke hapa. Hantar kucing je semata mata tanpa rasa malu atau bersalah. Nak hulur singgit dua pun takde buat tampung makanan kucing tu. Sesenang hati kau je.. masa suka kau simpan, masa kau dah bosan campak je tanggungjawab kau kat orang. Mohon pergi mati la orang macam ni. esok2 kau mati berulat dalam rumah tak ada orang tau jangan tanya apa dosa kau yer...

Sesiapa yang nak bagi sumbangan boleh berhubung terus dengan beliau yer. Insya Allah berkongsi rezeki dengan haiwan pun salah satu cara membuka pintu rezeki.

Kalau rasa hati, perasaan,jiwa korang tak mampu sampai ke tahap menyanyangi & mencintai haiwan better kau bela cicak je dalam rumah. Tak pun bela semut & lipas. Itu je yang layak hangpa buat pets. Memang haiwan2 kotor je layak untuk manusia yang tak ada perikemanusiaan macam tu. Buat haiwan suka suka je nak ambil & suka2 je nak campak. Kalau rasa nak hilangkan bosan kat rumah tak payah jadikan haiwan sebagai pelepas sepi korang. Korang buat je benda ni >> Benda Best Yang Mungkin Anda Tak Pernah Cuba Buat Bila Di Rumah << Sebab kalau korang bela sekadar suka2 macam tu, emosi haiwan tu jugak terdera. dia dah sayang, dah manja dengan korang tetiba korang buang dia. Cuba bayangkan korang sayang & bergantung hidup dengan seseorang tetiba orang tu buang korang dalam hidup dia. Sakit tak??

Moral of the story.. Haiwan pun salah satu amanah Allah kepada manusia. Bukan semua orang mampu bela haiwan kat rumah tapi jangan menganiaya mereka kalau tak mampu untuk menyayangi. Bagi aku perbuatan bela masa suka, buang bila rasa terbeban adalah salah satu bentuk penganiayaan jugak. Kau jangan ingat nak dapat title pencinta haiwan kalau macam tu kau punya cara bela kucing. Ingat kucing bukan haiwan yang kau boleh buat sebagai hobi ia berkaitan dengan amanah & tanggungjawab. Amanah & tanggungjawab kau tak boleh anggap sebagai hobi,hokay!

3 comments:

  1. Adoi!! baca tajuk nak marah dah tadi, terhina rasanya cos Mrs. A pun bela kucing jugak!!!

    Tapi kalau orang yang macam tu gaya belanya bila sekor dua suka dah membiak buang sesuka hati memang hinalah.

    ReplyDelete
  2. kesiannya kat yg menanggung tu.. semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  3. Hari ahad lepas akak makan kat cafe, ada seorang non muslim dtg meja akak dan kawan akak, dia ambil tulang di dlm pinggang kwn akak masuk dlm plastik then dia pergi meja lain pula. kami tgk saja, nak blk dr makan kami sembang, dia nak bg kucing makan kan... hebatnya Allah Ya Rahman Ya Rahim alirkan kasih sayang kat dia sbg alat Allah utk kucing2 terbiar kat cafe....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com