KALAU BUTA SENI TAK PAYAH BERANGAN NAK TENGOK TEATER

4/01/2016 10:26:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

KALAU BUTA SENI TAK PAYAH BERANGAN NAK TENGOK TEATER. Antara perkara yang paling aku suka buat dulu adalah tengok teater even aku tengok teater tak mahal. Kadang2 free je.. samada di panggung dewan bandaraya kuala lumpur (DBKL) atau kat taman budaya KL. Tiket paling mahal pun pernah aku bayar RM10 jer tu pun kat taman budaya. kalau kat DBKL untuk teater bangsawan je kena bayar RM5 kalau teater lain free. Pun enjoy walau tak mampu nak tengok teater kat Istana budaya.

Salah satu gambar yang pernah aku ambil masa aktif tengok teater dulu. Ni antara teater yang pernah aku kritik hahahha... Boleh baca review kat SINI

Tapi tu kisah sebelum ada anak.. lepas ada anak memang aku tak boleh nak teruskan minat aku yang satu ni. Giler tak rindu nak tengok teater. Rindu beb! Tengok teater kepuasan dia tak sama macam tengok wayang ok! Bagi aku tengok teater lebih best dari tengok movie. Pelakon teater lebih hebat berbanding pelakon terkenal yang muka selalu keluar movie setiap tahun.

Dulu aku selalu la review teater2 yang aku tengok.. macam biasa la tak semua teater tu memenuhi citarasa aku kan. Ada yang best aku puji la sampai langit ke tujuh, yang tak best tu macam biasa la kena kritik kritik manja. Pernah dapat komen dari someone maybe terlibat dalam teater yang aku kritik.. dia kata aku tak faham seni teater sebab tu aku cakap tak best. Lahai.. sebagai penonton dia bukan nak fikir elemen seni bagai.. pendapat dia mewakili apa yang di rasa je bila tonton sesuatu. Takkan nak jadi penonton seni teater perlu pergi ambil kelas seni pulak kan.. Maybe dia tak boleh terima kenyataan kot sebab aku kritik teater tu tak best.

Kalau macam teater salah satu bentuk persembahan yang melibatkan lakonan & watak sapa2 pun bagi aku boleh tonton tanpa memahami apa tu seni sangat. Sebab benda tu cuma dua.. kalau jalan cerita & watak di bawa memberi kesan pada yang menonton confirm akan di nilai sebagai satu persembahan yang best kalau benda tu tak mampu buat penonton faham apa yang nak di sampaikan, watak yang di bawa pun membosankan.. memang la persembahan macam tu di kategorikan gagal. Melainkan la korang nak tengok perkara2 melibatkan seni macam ni >> Ini 8 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Kalau nak Hadiri sebarang Festival Seni Sepanjang 2016. tak tau benda ni better jangan join << Maybe la memerlukan golongan yang kalau tak banyak pun sedikit pemahaman tentang seni untuk tidak membuatkan korang jadi blur.

Seni itu luas.. hidup kita pun berkaitan dengan seni. Menulis blog pun juga perlukan seni & berkaitan seni jugak. Seni penulisan.. Masak pun ada unsur seni jugak.. Untuk kita lebih kreatif membuatkan masakan tu nampak menarik. Jadi kesimpulannya.. Manusia & seni memang sentiasa berdamping cuma antara kita sedar & tidak je.

2 comments:

  1. belum pernah tgk teater, saya ni buta seni

    ReplyDelete
  2. x pernah lagi tengok teater.. pertama kali pegi istana budaya tu pon tengok Hi 5 datang malaysia..hahaha... tu pon tak paham..xpe lah..janji anak enjoy

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com