KENA TAHU PERKARA NI SEBELUM BELI RUMAH DI LEMBAH KLANG

2.4.16 Suria Lekatlekit 0 Comments

KENA TAHU PERKARA NI SEBELUM BELI RUMAH DI LEMBAH KLANG. Bila tinggal di kawasan bandar semua jadi bernilai & semuanya ada harga. Dari sekecil kecil benda sampai la sebesar besar perkara tak ada yang percuma nak2 lagi hartanah kat sana. Rumah kategori mampu milik pun ramai yang hanya mampu tengok apatah lagi rumah tak mampu beli hanya mampu usya dari jauh je.


Kalau kat lembah klang.. Orang tak berapa kaya mungkin kebanyakkan hanya mampu menyewa atau ikat perut nak bayar loan rumah setiap bulan. Orang miskin confirm la bawah jambatan, kat kaki lima mereka berumahtangga. aku kategori miskin bandar jugak la.. sebab hanya mampu sewa apartment 3 bilik je je setakat ni. Pun aku tetap bersyukur.. Sebab boleh hidup selesa, makan kenyang & tidur masih lena berbanding yang di luar sana.. hidup berbumbungkan langit berlantaikan tanah tu.

Lagipun aku bukan asal orang sini, kampung aku nun di kedah. Masih ada tanah pusaka kalau tetiba tua nanti dah tak lalu nak hadap hidup kat bandar. Suami aku pun walau membesar kat KL ni tapi in law pun still ada kampung & tanah cuma depa pilih bermastautin kat sini je. Yelah.. kalau mak mertua aku dia kata buat apa nak balik kampung sedangkan adik beradik dia kebanyakkan bermastautin kat sini dah. Dia pun dari umur 13 tahun tinggal di KL. Sekarang dah masuk umur nak pencen. Bayangkan berapa lama dia tinggal kat sini. Tapi kalau dah takde pilihan sangat untuk hidup di bandar masih ada kampung untuk tumpang berteduh sebab masih ada tanah pusaka yang belum tergadai. Hope tak tergadai la selamanya & mampu di warisi setiap generasi.

Tapi Macam mana nasib anak bandar yang memang tiada apa2 di warisi dari orang tua & mereka sendiri pun masih tak mampu membeli aset macam rumah sendiri? Lagi kesian kan.. Tu la kalau susah sikit2 tak dapat nak emas 916 tu tak payah sedih rasa macam miskin hina sangat sebab ada orang yang sampai tak kenal emas 916. Hidup dia setiap hari cuma struggle cari makan je.

Tapi kalau ada kemampuan sikit2.. masih mampu apply loan untuk rumah tu elok la beli dengan segera sebab nilang hartanah bukan jenis akan turun tapi sentiasa naik. Aku pun tak pandai sangat bab hartanah ni tapi yang aku tahu tu la.. Setiap tahun hanya naik tak pernah turun sebab hartanah jenis aset yang takkan susut harga. Tapi kalau ada yang memang berniat nak beli rumah area lembah klang.. Wajib baca & Tengok ni dulu. Bukan apa takut menyesal sebab terlepas pandang >> Nak beli Rumah Area Lembah Klang Anda Harus Tengok & baca Ni dulu << Kalau dah tengok baru fikirkan semula samada nak beli atau tak.

Moral of the story.. Jangan mengeluh kalau sepanjang hayat kita hanya mampu menyewa sebab akhirnya kita akan memiliki rumah sendiri tanpa perlu bayar loan setiap bulan. Cuma keselesaannya bergantung pada amalan yang kita bawa nanti.. hehehe. Peace Yo!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!