KISAH VIRAL 9 BERADIK TERMASUK SEPASANG KEMBAR KEMATIAN IBU DI TOKOK TAMBAH

4/15/2016 02:14:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

KISAH VIRAL 9 BERADIK TERMASUK SEPASANG KEMBAR KEMATIAN IBU DI TOKOK TAMBAH. Semalam ada jugak ternampak & terbaca kat news feed aku viral pasal sembilan beradik termasuk sepasang kembar yang baru di lahirkan 8 hari yang kematian ibu mereka. Serius.. Sebab aku juga manusia yang ada perasaan jadi tersentuh jugak la. Biar hilang harta beb jangan hilang mak.. Perasaan tu tak boleh gambar dengan kata kata. Nak2 lagi tengok 9 beradik termasuk sepasang kembar yang tak habis pantang lagi, memang fasa2 umur macam tu sangat sangat memerlukan seorang ibu di sisi. Kita yang tua ni pun rasa sentiasa perlukan mak.. apatah lagi mereka yang masih kecil. Tapi ajal maut ketentuan Allah..


Yang tak bestnya.. Ada individu tak bertanggungjawab sengaja menambah perisa cerita kononnya.. si kembar tu sampai pampers tak bertukar & tak mandi sebab kesempitan hidup tak mampu beli pampers, botol susu pun cuma ada satu, bekalan air kena potong sebab susah. Katanya bapak dia cuma kerja driver lori walhal cerita sebenar yang pampers tak sempat bertukar & si kembar belum mandi sebab bapak dia sibuk dok uruskan daftar kematian & jenazah isteri dia. Bapak bebudak tu bukan driver lori tapi bekerja sebagai posmen di kuala lumpur. Bekalan air depa pun tak kena potong malah ada sedara mara yang menjaga mereka dengan baik. Kehidupan depa tak ada susah sangat masih mampu survive. Anak2 dia pun tak ada yang tercicir dari sekolah. Mungkin yang susah sekarang ibu mereka tak ada untuk menguruskan mereka tapi mereka masih ada saudara mara yang prihatin yang menjaga mereka.


Paling tak best ada yang guna kisah 9 beradik kematian ibu ni untuk mengutip derma dengan account peribadi. Tak tau la derma tu sampai ke tidak pada keluarga mereka cuma kalau nak salurkan sumbangan di nasihatkan terus kepada keluarga tersebut tak perlu melalui account peribadi orang tengah. Risau takut yang ambil kesempatan.

Kadang2 cerita 'hot issue' ni memang bukan semua betul pun. Benda betul di manipulasikan jadi tak betul. Yang betul tu sikit yang tokok tambah tu yang banyak bagi menyedapkan jalan cerita supaya mampu meraih perhatian nitezen mungkin untuk tujuan tertentu. 

Zaman media sosial.. Itulah yang berlaku. Nak buat jahat sekarang tak payah susah2 dah macam orang jahat zaman dulu. Duduk depan kebot pun boleh buat macam2 jenayah terutama penipuan & menyebarkan berita palsu. Jadi hati hati.. Jangan percaya sangat dengan viral. Selidik dulu sebelum share. Takut ter share berita tak betul tak pasal2 kita jadi penyumbang pada fitnah tanpa sengaja sebab keprihatinan kita tu.

Moral of the story.. memang susah nak bezakan berita yang betul dengan yang palsu sekarang sebab cerita di buat melalui gambar yang mungkin buat kita tertipu cuma langkah selamat yang boleh kita ambil tak payah nak jadi orang pertama yang share. Insya Allah terhindar dari ter share viral palsu.

2 comments:

  1. Isu-isu macam ni ramai yg ambil kesempatan kan suria..
    Betul juga tu , jangan bank pada akaun peribadi takut duit tak sampai ajer..

    ReplyDelete
  2. Kebetulan anak saudara akak kerjanya ada kaitan dengan stesen TV. Dia kata kawan-kawan collect duit nak beri pad bapa budak-budak ni. Banyak jugalah tapi lepas tu bapanya beritahu yang tak perlulah minta-minta derma lagi untuk anak-anak. Cukuplah apa yang diberikan. Bab anak-anak katanya, dia akan jaga sendiri dengan bantuan ahli keluarga. Tak akan ada anak-anak yang akan dipisahkan dan diserahkan pada orang lain sebab tak mampu.

    Kehilangan emak pada usia macam ni, memang siksa. Kita tengok pun kasihan. Tak boleh bayangkan macamana nak hidup tanpa ibu tersayang!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com