PEMBELI TUDUNG FAREEDA MACAM LEMBU

4.4.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

PEMBELI TUDUNG FAREEDA MACAM LEMBU. Tudung je mahal.. eklusif katanya tapi yang datang beli lembu.. so how?? Tak rasa low class sangat ke kalau di gelar pembeli tudung mahal & eklusif macam tu macam lembu. Yang menjadikan mereka seperti lembu adalah sistem pembelian di butik tu sendiri yang tak sistematik.


Semalam tertengok jugak la video akak, abang, makcik dok berebut macam pelarian kelaparan nak ambil makanan semata mata nak dapat nombor untuk masuk ke butik beli tudung fareeda. Ye ye aku tau kebanyakkan mereka seller.. Kalau nak pakai sendiri aku tak rasa ada yang sanggup berhimpit macam tu. Dalam keadaan macam tu ramai yang tercabul secara tak sengaja. Habis semua bergesel dengan lelaki perempuan. Time tu kalau sapa2 nak ambil kesempatan pun akak akak ni rasanya dah tak kisah.. dia pun tak perasan dah dia sedang di cabul.. yang dia kisah nak dapat nombor masuk ke butik fareeda je.

Memang agak memalukan permandangan macam tu. Berebut, berhimpit, menjerit macam ungka.. Sedangkan suami kepada Anak tokei butik tu upload video tu dengan perasaan macam bangga je bila tengok orang berebut2 nak beli tudung fareeda. Macam tak ada langsung rasa bersalah & sensitif dengan permandangan macam tu. Apa dia kesah kan.. lagi laku lagi banyak untung. Kau nak berhimpit ke, bergesel ke, terjerit macam ungka kena histeria ke kau punya pasal la. Asalkan tudung aku habis jual.

Terbaca komen dari Wardina safiyyah yang menyifatkan mereka (Pihak Pengurusan Fareeda) melayan pembeli macam lembu & kambing. Tak ada usaha nak upgrade sistem agar lebih teratur supaya kejadian macam tu tak berlaku. Aku setuju 100% pandangan & cadangan yang di berikan wardina safiyyah tu. Produk dah laris takkan bahagian marketing bengap2 sampai tak terfikir nak upgrade sistem agar lebih memudahkan & menyelesakan pelanggan. Duit banyak kalau tak ada otak memang la jadi macam lembu jugak. Bila dah yang jual macam lembu.. Maka yang membeli pun apa nak pelik kalau di layan macam lembu jugak kan.


Ni mesti Fareeda lover akan cakap.. Macam tu la melayu tak boleh tengok orang melayu lain berjaya ada je nak kondem. Abis kalau macam tu punya kejadiannya, Memang layak pun kena kecam. Bukan menjatuhkan bisnes orang melayu.. sekadar peringatan untuk mereka ambil tindakkan yang lebih baik. Lagipun fareeda ni dari dulu kontroversi dengan sistem mereka yang macam merendahkan martabat peminat & pembeli tudung tu. Dulu sampai berkampung depan butik macam gelendangan bersepah di kaki lima.. Ni pasal berebut macam ayam berebut dedak pulak. manusia ni kalau tak tegur dia akan rasa selesa & betul je dengan apa dia buat, ye dak? So teguran & kritikkan jugak salah satu penyumbang untuk memajukan bangsa. Orang melayu kadang2 terlebih manja.. kritik kata dengki. Nak kena belai2 selalu.. tu yang laju je banyak dari mekar. hehehehe

Aku tak faham la apa yang orang suka sangat dengan tudung Fareeda tu kan.. Maybe sebab mahal sapa2 yang pakai nampak mewah kot. Kalau kata design dia lawa sangat.. hurmmm.. entahlah tak pernah rasa cantik pun dengan tudung fareeda.. maybe aku tak berapa menjiwai nilai seni yang ada pada tudung fareeda so kena banyak belajar dulu pasal seni kat sini >> Ini Sebab Anda Tak Pernah Enjoy Dengan Seni Jadi Anda Kena Tahu 8 Perkara Tentang Festival Seni Ni Dulu << Manalah tetiba lepas ni nampak muka aku dalam video dok berebut nak beli tudung fareeda pulak. Yelah.. dah faham seni yang ada pada tudung fareeda tetiba jatuh cinta pulak, siapa tahu. Hahahaha

Moral of the story.. Hope akak2 & abang2 yang berhimpit kat dalam video tu balik rumah jadi leper sikit tanpa perlu berdiet. So untuk next time senang sikit nak mencelah. hahahaha

4 comments:

  1. hehe,,, kesian kat depa Allah duk tgk...

    ReplyDelete
  2. mujur saya tak terjebak dgn fareeda. minat naelofar je, beli je online atau booth dia bersepah. harga pun mampu milik dik

    ReplyDelete
  3. Baru nak naik dh kecoh. Ada yg dh buat bangunan pencakar langit, tak penah kecoh pun.

    ReplyDelete
  4. Beli tudung kat pasar malam lagi mulia. Bertudung kerana Allah bukan sebab jenama.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!