JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO

2/20/2019 10:26:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO. Tu dia walau jenuh dok bagi kesedaran pasal kosmetik/produk timbang kilo ni tapi masih ada yang tak khatam khatam lagi. Saya pun selalu dapat PM tanya produk ni kilo ke tak.. produk ni selamat ke tak.. produk ni ok tak dah macam aku ni pakar menganalisis produk yang ada makmal sendiri kat rumah pulak.

Kita bukan pakar.. dengan tengok je kita dah boleh tahu produk ni selamat ke tak. Tapi di sebabkan lambakkan produk beracun @ produk kosmetik timbang kilo kita dah boleh kenalpasti melalui ciri ciri yang ada pada sesuatu produk tu samada selamat atau mencurigakan.

Pagi ni sempat menonton rancangan Selamat pagi Malaysia.. sejak pakatan harapan menerajui kerajaan baru ni dapat pulak siaran TV1 kat rumah den ni (Ni pun bukan politik tapi kejadian yang benar benar berlaku) maka boleh la menonton TV1 dengan jelas tanpa polkadot. Almaklum la den ni rokyat marhaen yang tak melanggan esteruk atau apa2 siaran TV berdekoder tu. Cuma pakai TV guna area ampaian jer. So memang certain siaran TV dapat dapat atau tak jelas.

So dari perbincangan topik 'Kosmetik Timbang Kilo' Tadi boleh la saya share dengan pembaca blog saya yang masih blur blur menatang apa kosmetik timbang kilo.

Sebagai pengenalan.. Kosmetik adalah produk kecantikkan & penjagaan diri yang di gunakan di luar kulit macam produk penjagaan wajah, produk penjagaan rambut, produk penjagaan kulit badan, pewangi badan & sebagainya. Produk kosmetik ni tak boleh ada tuntutan perubat seperti merawat ia cuma produk kecantikkan & penjagaan kulit/badan/rambut sahaja. Tak boleh claim produk di bawah kategori kosmetik ni merawat gatal gatal ke, ezcema ke hapa.

Produk kosmetik perlu ber notifikasi (KKM) untuk di pasarkan di Malaysia tak kira produk tu produk tempatan (local produk) atau produk luar (International product). Wajib kena ada NOT KKM. Dan NOT KKM bukan kelulusan tapi cuma pengistiharan yang di buat pengeluar bahawa produk mereka selamat & bebas bahan berbahaya. KKM tidak pernah memberi sebarang kelulusan kepada produk kosmetik kerana proses untuk mendapatkan NOT KKM tidak melalui ujian makmal & analisa di lab kkm. Cuma di isytihar oleh pengeluar melalui dokumentasi sahaja.

Kita terus ke Topik Kosmetik Timbang Kilo. Apa tu Kosmetik @ Produk timbang kilo? 

Produk kosmetik Timbang kilo ni adalah produk yang material dia di beli secara pukal (borong) normally dari negara jiran kemudian di packing & di letak label jenama & di pasarkan atau kita biasa dengar produk rebrand. Proses packaging dia pun maybe packing sendiri kat rumah atau tempat tempat yang tidak memenuhi ciri ciri keselamatan & kebersihan yang di tetapkan.

Produk kosmetik timbang kilo ni bila KKM ambil sampel & buat lab test.. Biasanya di cemari dengan bahan di panggil racun berjadual iatu Merkuri, Hidrokinon & tretinoin. Merkuri & hidrokinon biasanya memang dalam dos yang banyak & merbahaya la (dos yang tidak di benarkan) & tretinoin adalah sejenis bahan yang tidak di benarkan dalam produk kosmetik sebab Tretenoin di gunakan untuk merawat masalah jerawat yang serius & perlu berdaftar dengan produk kategori ubat. Iatu perlu berdaftar sebagai MAL kerana dia dalam kategori ubat terkawal. Jadi produk kosmetik yang ber Notifikasi (NOT KKM) memang tidak boleh meletakan Tretinoin dalam produk mereka.

Ciri ciri yang biasa KKM kesan pada produk kosmetik timbang kilo.. Mempunyai warna yang terang (warna warni) & di datangkan dalam bentuk set yang mempunyai krim siang & malam.


Produk yang selamat adalah produk yang dah melalui proses RnD (Research & Development) iatu proses metode penelitian yang digunakan untuk menghasilkan produk tertentu dan menguji keberkesanan & keselamatan produk tersebut. Selain RnD.. produk juga perlu melalui labtest.

Tip memilih produk yang selamat supaya tak terguna produk kosmetik timbang kilo yang mengandungi bahan terlarang adalah..

1. Semak label pada produk pastikan semua label ini ada

➠bahan bahan (Ingredient)
➠Description (penerangan Produk)
➠Cara penggunaan
➠Alamat pengilang
➠Cadangan pada jenis kulit/ masalah kulit yang boleh menggunakan produk tersebut

2. Semak samada produk tersebut samada ada BerNotifikasi yang sah (NOT KKM) ada melalui RnD & labtest atau dermatology test/clinical approve etc..

3. Sebelum mencuba atau menggunakan sesuatu produk kenali jenis/masalah kulit. Pastikan bahan bahan yang terdapat dalam produk tersebut bersesuai dengan jenis/masalah kulit anda. Kalau tidak faham boleh merujuk kepada mereka yang lebih arif tentang ingredient produk.

Sekiranya anda terguna & mengalami kesan sampingan selepas menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang beracun mohon terus dapatkan rawatan di hospital.

Tu input yang saya dapat dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dengan topik Kosmetik Timbang kilo tadi. Moga info sedikit ni memberi manafaat besar pada anda semua.

Moral of the story.. Sematkan di hati cantik itu sihat bukan putih ke hitam ke kulit korang. So jangan terlalu mengejar nak putih, nak gebu, nak nampak urat hijau sampai mengabaikan keselamatan & kesihatan anda. Katakan tidak pada Produk Kosmetik Timbang Kilo & Bahaya.

6 comments:

  1. setakat ni memang tak pernah beli lagi la yg timbang kilo ni...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih info nya. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. Kulit muka saya breakout diatas pakai produk merkuri deeja cosmetic .. Saya nk thu macam mana nk pulihkan balik muka saya jadi flawless . . Saya rsa tkthu nak pakai skincare ape dah 😢

    ReplyDelete
  4. salam.. boleh tolong saya tak.. saya sekarang tengah try produk mj cosmetic.. pakai belum smpai sebulan.. saya nak tahu produk tu berbahaya atau tak? sebab 2minggu saya pakai ni jadi mcm pedih, naik jerawat.. mj cosmetic tu lulus kkm.. tapi saya nak tahu dia berbahaya atau tidak.. sbb saya fikir dia jadi mcmtu sbb nak sesuaikan dgn kulit saya.. kalau berbahaya saya nak stop pakai.. tolong.. 🥲

    ReplyDelete
  5. salam.. boleh tolong saya tak.. saya sekarang tengah try produk mj cosmetic.. pakai belum smpai sebulan.. saya nak tahu produk tu berbahaya atau tak? sebab 2minggu saya pakai ni jadi mcm pedih, naik jerawat.. mj cosmetic tu lulus kkm.. tapi saya nak tahu dia berbahaya atau tidak.. sbb saya fikir dia jadi mcmtu sbb nak sesuaikan dgn kulit saya.. kalau berbahaya saya nak stop pakai.. tolong.. 🥲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk bawah label kosmetik tiada sebarang kelulusan dari KKM yang ada hanya NOTIFIKASI (NOT KKM) iatu pendaftaran untuk di pasarkan di Malaysia sahaja. Sekiranya cik rasa ada kesan sampingan selepas memakai apa apa produk kosmetik/skincare di nasihatkan untuk tidak meneruskan & dapatkan rawatan & nasihat doktor di klinik

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com