KISAH SERAM AKIBAT TERLANGGAR KUCING BERPUAKA

3/30/2016 08:05:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

KISAH SERAM AKIBAT TERLANGGAR KUCING BERPUAKA. Ingatkan Jin suka mendampingi manusia jer rupanya kucing liar pun kadang2 ada jin menumpang atau jadi penjaga. memang di luar pemikiran aku yang kategori memang suka dengan kucing ni. Selama berpuluh tahun aku hidup dengan berpuluh ekor kucing tak pernah pun aku jumpa mana2 kucing berpuaka, inilah kali pertama aku terbaca kisah pasal kucing berpuaka/berpenunggu ni. Cuma dulu masa kecik kecik masa kecoh pasal orang minyak.. ada jugak dok cerita mitos kononnya kucing hitam ada kaitan dengan benda mistik & harus di bunuh. Time tu memang aku tak setuju sangat. Dah lama masa tu koleksi kucing2 kat rumah aku ada warna hitam. Risau jugak la kalau ada mana2 orang gila tangkap kucing aku lepas tu bunuh.


Tapi kisah ni takde kena mengena dengan kucing hitam ke hapa warna sekalipun sebab tak di sebut warna kucingnya cuma yang di ceritakan ada kaitan dengan kucing yang menyebabkan seorang bayi di ganggu makhluk ghaib.

Alkisahnya.. aku ambil dari pengalaman seorang ustaz yang merawat seorang anak kecil yang tiba2 menangis tak berhenti henti. Sebelum merawat ni ustaz ni tanya la jugak mak bapak budak tu, apa punca dia menangis. Sebab nak merawat pun kena tahu jugak punca. Mak bapak dia pun tak tahu. Memang kalau ada tak ada sebab musabab mustahil la budak tu menangis.

Lepas tu si bapak pun cerita la.. Katanya masa dia nak pergi kerja dia terlanggar seekor kucing sampai mati. Dia tak perasan kucing tu ada bawah kereta dia katanya. Bila sedar dia terlanggar kucing liar sampai mati, di ambil bangkai kucing tu terus buang dalam semak. Cis! tak bertanggungjawab punya manusia. Kucing pun hidup dengan satu nyawa yang tak ada jual kat farmasi ok! Apa salahnya letak tepi.. balik nanti semadikan la dia dalam tanah. Main campak2 dalam semak.. alahai sedihnya.

Tak lama lepas tu masa dia kat opis.. bini dia call suruh balik sebab anak depa menangis tak henti henti. Macam macam depa cuba pujuk budak tu tapi tak berjaya jugak nak buat dia berhenti menangis. Depa syak ada perkara tak kena  tapi tak terfikir pulak ada kaitan dengan kucing liar yang si bapa ni langgar. Di bawa anak tersebut kerumah jiran nak minta tolong.

Maka tahulah si ustaz yang nak merawat punca anak mereka menangis tak henti henti. Ia berkaitan dengan gangguan jin yang ada kaitan dengan kucing liar tersebut. Katanya.. kucing liar tu ada penjaganya (Jin). Setelah ikhtiar penyembuhan di lakukan termasuk pergi melihat bangkai kucing tersebut, Alhamdulillah bayi tersebut berjaya di sembuhkan.

Pesan ustaz tu.. Kucing liar ada yang datang bawa rezeki & ada juga datang bersama penjaganya (Jin) jadi berhati hatilah. Bagi aku pulak.. kes ni macam ni satu dalam sejuta sebab jarang aku nak dengar ada kucing berpenunggu @ berpuaka ni. Jadi aku masih yakin untuk bersangka baik dengan semua kucing2 terbiar atau kucing liar ni.

Setiap misteri yang berlaku memang ada rahsia & sebab di sebaliknya. Hanya orang tertentu sahaja dapat membongkarkan termasuk la filem2 ni. Kadang2 kita tak tahu macam mana dia boleh terfikir nak buat macam tu sampai buat orang teruja walau hanya tengok trailer. Inilah rahsia di sebalik teori sekuel filem yang selama ni kita tak tahu >> Terbongkar! 6 rahsia sekuel cloverfield yang buat satu dunia menanti untuk tonton << Aku rasa benda ni lagi menarik dari kisah kucing berpuaka. Tak caya try la baca mesti korang teruja.

Moral of the story..  Jin & syaitan sememangnya sentiasa menjadi misteri tapi kena sentiasa ingat mereka ada di mana2 walau di tempat yang mungkin di luar jangkaan kita. Macam kita tengok trailer filem jugak.. Dari trailer belum boleh tentukan cerita tu best ke tidak.. sama macam jin kadang2 kita rasa dia macam ada kat sesuatu tempat, padahal tak ada tapi berada di tempat yang kita tak jangka dia akan duduk sebab kita tak boleh nampak dia secara fizikal dengan mata kasar.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com