MASALAH YANG BAKAL ANDA HADAPI BILA DI KOREA

3/04/2016 08:02:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

MASALAH YANG BAKAL ANDA HADAPI BILA DI KOREA. Banyak jugak entri yang aku buat pasal korea ni kan.. Yelah, aku hanya mampu berjalan hujung jari je nak jalan hujung tapak kaki belum besar tapak kocek katanya. Kadang2 tapak kocek dah besar tapi isi dalam masih dok kecik lagi. Tu yang sampai sekarang belum sampai ke korea. Takpe.. Ada rezeki Insya Allah.. aku ber Kpop kat sana dengan fesyen color block katanya. Sambil ambil pakej murah dengan MuslimTravelBug kat Korea..


Kat sini bukan la nak cerita pasal fesyen korea bagai tapi just nak share info untuk korang yang manatau tengah plan nak bercuti di korea. Banyak perkara korang kena tahu sebelum ke korea. Terutama musim yang paling sesuai untuk pergi korea. Sebab korea ni musim dia tak sama macam Malaysia. Tu rasanya semua dah sedia maklum kan.. Korea ada 4 musim.. Tapi musim paling terbaik nak melawat korea adalah musim bunga, luruh atau sejuk. Tapi kebanyakkan orang pilih musim 'Winter' la untuk melancong ke korea sebab time tu kan cuti sekolah & time tu la boleh merasa main salji katanya. Almaklum la malaysia ada musim banjir je.. musim salji memang tak ada. Rumah salji buatan ada la dua tiga bijik kat sini. Tapi tetap tak sama yang original turun dari langit. Tapi bergantung pada individu jugak la.. Ada orang suka pergi melancong musim lain macam musim bunga sebab cuaca dia sedang2 jer.. Tak sejuk tak panas. Senang nak berjalan jalan dalam cuaca macam tu. Time tu jugak meriah dengan buah buahan segar, sayuran sayuran segar & makanan laut yang fresh. Ada jugak yang rasa musim luruh paling best. Bergantung pada citarasa orang la.. Tapi bagi aku musim paling best nak kemana mana adalah musim duit banyak. Cuma musim tu susah sangat nak datang hahahaha


Kalau korang tengah musim duit banyak nak pergi melawat korea.. ada beberapa perkara korang kena tahu. Takut benda ni nanti jadi masalah pada korang kalau tak tahu. At least tahu boleh la korang stanby, ye dak??

Ni antara perkara yang paling penting korang kena tahu sebab benda ni paling susah nak dapat kat korea iatu makanan halal. Tapi ada juga yang rasa senang nak dapat makanan halal ni.. ada yang rasa susah. Tapi susah jugak la kalau korang menginap kat tempat yang jauh sikit daripada kawasan Iteawon, sebab Iteawon ni antara daerah yang paling banyak boleh jumpa makanan halal. Kalau jauh dari Iteawon mungkin jadi masalah nak ulang alik kesana semata mata nak makan, kan? Tapi sebenarnya korea banyak makanan berasaskan sayur sayuran & makanan laut macam ikan cuma masalah kalau kita tak pandai bahasa korea memang jadi susah sikit nak tanya apa apa. Jadi solution orang selalu buat bawa stok megi atau serunding banyak banyak bila kesana.

Salah satu tempat makanan halal di Itewon

Yang kedua.. kena banyak naik turun tangga. Ni yang ada masalah sakit lutut mungkin effect jugak la kaki korang kalau asyik naik turun tangga. Kat FB MuslimTravelbug ada share gambar2 dari korea berkenaan dengan banyak naik turun tangga ni. memang rata rata mengakui perkara tu. Kalau korang ada bawa mak bapak yang dah masuk zon warga emas atau bawa sapa2 la yang dah memang tak kuat sangat nak naik turun tangga ni, di galakkan la ambil pakej sahaja sebab boleh travel naik bas/van. Kalau macam aku yang masih muda rumaja peringkat purba ni boleh la kita travel macam mat saleh. Jalan kaki jer. Mungkin sebab tu jugak perempuan2 korea ni kurus & ramping kan? hahahaha


Yang ni kalau musim duit tak berbuah lebat memang masalah sebab Matawang korea 3 kali lebih tinggi. katanya ramai yang tak tahu. Ada jugak yang ingat matawang korea macam indonesia. Kalau kat indonesia memang ramai rakyat Malaysia boleh jadi jutawan.. hahahhaa tapi tidak di korea ok! Jadi buat persediaan awal! Jangan sampai kat korea ada yang kena ikat perut pulak sebab nak jimat sejimat jimatnya. Contoh kalau bawa RM1000 untuk perbelanjaan, seminggu tu cukup la. Tapi bergantung pada jenis orang jugak. Kalau jenis shopping tak pandang kiri kanan..memang RM1000 jangan kan kat korea kat indonesia pun tak cukup jugak


Yang ni mungkin Orang Islam rasa macam tak best sikit dengar sebab kat korea katanya susah sikit nak solat. Bukan kata tak ada surau di sediakan tapi mungkin jumlah dia sangat sikit jadi susah nak jumpa. Masjid pun sangat jauh katanya. Tapi ada tips kalau korang nak solat kat korea.. Korang boleh solat di dalam fitting room, parking kereta, laluan tangga & tempat2 tersembunyi. Tapi make sure nak keluar tu stanby siap2 tikar/sejadah atau pelapik untuk memudahkan korang bersolat di luar nanti. Pakaian korang biarlah pakaian yang boleh bawak solat sebab kalau pakai telekung solat tu & bersolat kat tangga kecemasan nanti terkejut pulak orang korea. Terus panggil uncle seekers kat Malaysia ni. Manalah tau kot2 masa solat ada yang guna laluan tu.. Yang paling penting jangan sampai menghalang laluan kalau nak bersolat kat tangga atau kat mana mana tempat sebab orang korea ni pun jenis bersifat curious jugak.


Yang ni rasanya ramai yang suka.. Nak2 lagi yang jenis manusia tak kira la pergi memana melekat macam kembar siam dengan smartphone & online activity sebab kat korea senang nak dapat wifi. Pergi ke mana2 coffee shop & minta password wifi dorang. Nak lagi best beli je simkad kat korea tapi tak di galakkan sangat sebab mahal & perlu daftar guna pasport. Tu leceh sikit. Apapun tak perlu risau anda terputus hubungan dengan alam maya sebab wifi ada di mana mana so senang nak buat live update kat korea. Manalah tau terlanggar bahu dengan retis korea ke.. lepas tu sempat selfie lagi. Memang viral punya hahahaha

Ni orang2 melayu memang tak berapa suka la sikit.. bukan sikit memang banyak. Dah sedap2 membuang tetiba cari paip air tak ada dalam toilet. Mau cuak macam hilang anak. Sebab toilet kat korea memang tak ada paip air. Jadi stanby la air siap siap sebelum ke tandas bila di korea. Almaklum la kita ni bangsa yang tak biasa lepas buang lap lap gitu je kan. Kena cuci pakai air baru confident nak duduk dekat orang. Tapi ada tips dari guide nak cari toilet kat korea... cari mall yang high class seperti Hyundai Shopping Mall. Kebanyakkan tandas mereka memang ada air pancut terus dari mangkuk tandas tu. Air pun wangi selesa sikit macam kat hotel..

Gambar Sumber Dari Google

Yang paling penting kalau korang nak ke korea korang kena tengok pakej pakej yang menarik di daripada team student di korea iatu Muslimtravelbug.com. Mereka ni ada sediakan pelbagai pakej jenis backpackers yang guna pengangkutan awam macam subway & bas awam, pakej jenis private guna private van & bas ataupun kalau malas sangat nak fikir tapi yang yang murah ambil je pakej fullboard diorang termasuk flight.

Subway, korea

Kalau nak berkenalan dengan Muslimtravelbug & tengok aktiviti mereka di korea boleh tengok kat sini >> Facebook >> https://www.facebook.com/Muslimtravelbug

Pakej pakej murah ke korea untuk tahun 2016 yang diuruskan oleh Muslimtravelbug adalah seperti berikut, Pakej mereka bermula RM2700-RM3200 (Bergantung kepada jenis pakej) tapi semuanya menarik dan termasuk penerbangan. Jadualnya seperti berikut

April
17-21 April 2016
19-24 April 2016

May
12-16 May 2016
19-23 May 2016

Ogos
4-8 Ogos 2016
18- 22 Ogos 2016

Sept
14-18 Sept 2016
22-26 Sept 2016

Oktober
19-23 Oct 2016
26-30 Oct 2016

Nov
2-6 Nov 2016
9-13 Nov 2016

Dec
2-6 DEC 2016
5-9 DEC 2016
7-11 DEC 2016
12-16 Dec 2016

Kesemua pakej-pakej mereka termasuk TIKET PENERBANGAN, penginapan Hotel 3 bintang, makanan halal,tips,guide mereka yang best dan lain-lain. Boleh rujuk laman web mereka untuk butiran lebih lanjut. www.muslimtravelbug.com


Kalau nak tahu Muslimtravelbug ni Asalnya mereka adalah pelajar di Korea selatan dan menguruskan keperluan percutian orang Malaysia di Korea. Mereka dah beroperasi sejak 2012 lagi dan semua urusan adalah secara terus daripada korea. Mungkin sebab itu harga lebih murah daripada lain.

Sebagai pengguna bijak.. semestinya kita nak yang murah. Bukan tu je bila di negara luar kita jugak taknak di tipu oleh agen travel guide ni Jadi kalau nak murah & selamat dari kena tipu sila travel bersama Muslimtravelbug di korea.

6 comments:

  1. language barrier tu pon mslh besar jugak. sbb tu kna ada guide, senang hidup

    ReplyDelete
  2. part yg toilet tu memang ada berat2 sikit kan...nyampah...hahaha...jadi pepandai le stanby air dlm botol mineral...korea ni kirenye ada gak dalam list cuti2 luar negara...tapi tu la dalam list jelah pon pegi nye ntah bile...takpe2 kite berangan je dulu...kikiki

    ReplyDelete
  3. teringin nk g..tp xde bajet lg :(

    ReplyDelete
  4. Siapa tau sampai hajat suatu masa nanti ke korea, thanks info ye..;)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com