BILA KENA SAMAN.. PALING BASIC KENA TAHU APA ITU WRIT, AFFIDAVIT & INJUKSI

9/14/2017 03:57:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

BILA KENA SAMAN.. PALING BASIC KENA TAHU APA ITU WRIT, AFFIDAVIT & INJUKSI. Bukan la nak cerita pasal saman 24jam sehari, 7 hari seminggu tapi di sebabkan saman ni la banyak perkara saya belajar termasuk la istilah istilah mahkamah yang sebelum ni memang saya tak pernah tahu atau ambil tahu. Yelah.. tak pernah terlibat dengan kes mahkamah katanya.. Dia punya tak ambil kisah memang tahap.. ' Ada ku kesah??'. Tapi bila dah diri sendiri terlibat kena 'kesah' jugak la.


Lumrah blogger memang semua benda nak share kan.. Almaklum la blogger ni kan menulis untuk info masyarakat. Zaman sekarang bukan orang rajin dah nak baca buku, surat khabar. Ramai merujuk melalui blog.. Walaupun blog ni 'Rojak' sangat tapi banyak juga tau informasi & pendedahan yang cheq tulis untuk orang awam. Apa ingat lekatlekit reti mencerca orang je ke?

Ramai yang tak tahu.. Bila seseorang tu terlibat dalam kes mahkamah antara Istilah yang akan kita dengar Writ, Affidavit & Injuksi.. Tu antara yang popular la kalau mana2 orang yang terlibat dengan kes mahkamah contohnya macam saya.. Kena saman sivil.

Sumpah dulu aku tak tau menatang apa writ saman tu. Bila orang tanya writ saman terkebil kebil biji mata sebab kita sebut surat saman ja kan. Rupanya surat saman yang kita dapat tu la di panggil Writ. Bukan LOD ok.. LOD ni macam warning letter dari peguam orang yang nak menyaman kita belum di failkan kat Mahkamah tapi writ saman memang kes tu dah di failkan kat Mahkamah ada nombor kes semua.

Secara ringkasnya tentang writ
➤ Writ - Dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan pihak pembela supaya hadir pada masa dan dalam tempoh yang ditetapkan.

Bila dah dapat Writ.. tetiba lawyer cakap kena buat Affidavit semua. Tu dia... menatang apa pulak semah Ooi.. Affidavit ni. Macam nama anak mat saleh ja.. Rilex Tijah. Mai nak explain apa itu Affidavit. Semestinya bukan nama anak mat saleh saleh. Ia satu istilah yang mahkamah guna.. Affidavit ni macam satu dokumen yang siap dengan akuan sumpah untuk menyatakan tentang kes. Tak kira la saman sivil atau kes jenayah.

Secara ringkasnya tentang Affidavit
➤ Afidavit – Dokumen pengakuan bersumpah sama ada defendan atau plantif tentang sesuatu hal, sama ada dalam kes jenayah mahupun kes sivil.

Dah kena saman.. lepas tu kena pulak Injuksi. Tepu otak aku limah.. Apa jadahnya Injuksi tu? Serius memula lawyer cakap injuksi sekali lagi akak terkentut sebab tak faham.. Nasib baik google dapat membantu. Injuksi ni satu perintah yang menghalang seseorang dari melakukan sesuatu. Contoh menghalang kita dari menulis atau bercakap tentang sesuatu perkara tu. Selalunya injuksi di failkan oleh pihak Plantif (Yang menyaman) Kepada Defendent (yang kena saman).

Secara ringkasnya tentang Injuksi
➤ Injuksi – Perintah mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan sesuatu kerja/perkara pada masa dan tempat tertentu.

Tapi yang paling penting hangpa kena faham dulu apa itu saman. Saman adalah satu perintah di mana anda kena hadir ke mahkamah. Kalau tidak hadir anda akan di kenakan perintah ingkar. Contoh kalau kena saman sivil.. Tak hadir ke mahkamah.. Buat derk.. buat rilex.. buat peace. Jadi mahkamah keluarkan perintah ingkar, yang menyaman anda akan menang tuntutan tanpa perbicaraan. Jadi kalau kena saman.. Better hadir diri ke mahkamah. Sebab pihak plantif (menyaman) boleh mohon perintah waran tangkap untuk hangpa jugak ok!

Tu je serba sedikit info yang boleh di kongsikan oleh blogger yang sedang hadapi kes saman. Sama sama la kita belajar moga ilmu yang sedikit memberi manafaat yang besar pada semua. Tak semestinya kena tunggu terlibat dengan kes mahkamah dulu baru kita nak ambil tahu kan.. Kita tak tahu masa depan kita macam mana jadi tak salah untuk kita belajar sesuatu walaupun tiada keperluan kita untuk masa sekarang.

Moral of the story... Apa yang berlaku kepada saya moga menjadi pengajaran pada orang lain. Perbaiki apa yang yang silap terus melangkah & redha dengan ketentuan Allah. Paling penting sentiasa bersangka baik dengan Allah & Positif apabila di uji, Insya Allah musibah akan menjadi hikmah & hidayah. 

6 comments:

  1. bahasa guaman lain.. tinggi sastra. anyway thanks sharing. :)

    ReplyDelete
  2. Salam, walaupun keterangan ringkas. Tapi amat membantu saya. Terima kasih Bang.

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Sy baru jumpa blog ni & nak mtk nasihat sket. Sy baru je terima writ saman dari loyar & mtk sy naik court pada 28 Jan ni. Saman ni adalah saman sivil dimana sy x dpt byr loan dari bank.Klu nk cite nape sy x dpt byr loan tu mmg pjg citer & bukan sengaja nk byr ke apa. So nak tanya hearing tu nanti apa yg perlu saya lakukan & blh tak kita merayu atau negotiate ataupun dah tutup terus. Saya skrg takut sampai kena declare bankrup. Blh mtk pencerahan.

    ReplyDelete
  4. Saya dituduh rasuah tapi di sahkan tiada kes oleh pihak sprm. Kalau saya kemukakan saman malu, siapa yg perlu kemukakan afidavit?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com