SALAH FAHAM TERBESAR TENTANG PENGAMBILAN PIL PERANCANG YANG MESTI ANDA TAHU

9/09/2017 08:28:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

SALAH FAHAM TERBESAR TENTANG PENGAMBILAN PIL PERANCANG YANG MESTI ANDA TAHU. Cara paling mudah & murah nak merancang atau menjarakkan kehamilan adalah dengan mengambil pil perancangan kehamilan. Harga antara RM 9 - RM50++ mengikut brand la. Boleh di dapati di klinik klinik kesihatan ataupun farmasi. Tapi di galakkan sebelum mengambil pil perancangan kehamilan ni elok la mendapat pemeriksaan doktor terlebih dahulu.


Kita biasa dengar kalau ambil pil perancangan ni nanti jadi gemuk... Kalau ambil lama boleh menyebabkan kanser bla.. bla... mitos yang amat popular sejak dulu sehingga kini. Tapi kalau mak den dulu katanya dia tak ambil pil perancang sebab bila dia ambil dia jadi kurus sangat hahahaha... So how? Adakah benar pil perancang menyebabkan kegemukkan di kalangan kaum wanita? Jom kita baca penjelasan dari doktor paling sempoi & santai yang memang aktif kat facebook... Kami copy & paste jer sebab taknak tersalah menyampaikan fakta yer..

3 MITOS TERHEBAT TENTANG PIL PERANCANG:
========================================

1- Makan pil perancang membuat kan wanita gemok. 

Jawapannya TIDAK.
Pil perancang mula di pasarkan dah lebih 50 tahun..1961. Pil perancang zaman awal awal dulu, kandungan hormon oestrogen nya tinggi. Hormon ini yg menyebabkan pengumpulan air ( water retention) dan naik selera makan. So, wanita sebelumk tahun 2000 mungkin akan alami sedikit kenaikan berat badan lepas ambik pil perancang...itu pun sebab TAK KAWAL MAKAN. Kalau naik selera, tapi berjaya kawal makan, tak la gemuk. Water retention tu selalunya di kawasan breast, pinggul..pun bukanlah terlalu banyak. Namun sejak lebih 15 tahun yg terkini, pil perancang dah kurang sangat kesan hormon oestrogen tu, maksudnya less water retention, dan takde nak naik kan nafsu makan.

So, kenapa berat badan naik?

Logiknya, selalunya lepas bersalin mmg berat badan nak kembali ke berat sebelum pregnant ambik masa. Kegagalan nak bersenam secara regular + gagal jaga makan yg menyebabkan badan macam di pam pam. Jadi please stop mengkambing hitam kan pil perancang.

2- Makan lama sangat pil perancang nanti jadi mandul.

Jawapannya TIDAK.
Pil perancang tiada kesan kumulatif. Makna nya, kalau ambil 5 tahun VS 1 tahun, lepas berhenti makan pil ni, sama aja tahap kesuburan anda.
Ada juga dakyah yg kata kalau belum kahwin / remaja makan pil perancang akan mandul. Ini auta. Tiada asas .Remaja perempuan yg makan pil perancang atas saranan doktor adalah utk rawatan lain( bukan merancang). Boleh baca post aku sebelum ni tentang Kegunaan Lain Pil Perancang.

3- Makan pil peracang lama sangat nanti jadi kanser.

Jawapannya TIDAK*
Kajian demi kajian telah dijalankan, menunjukkan kesan baik ( benefit) makan pil perancang jauh melebihi risiko tak makan dalam mengurang kan risiko kanser ovari, rahim dan colorectal. Makna nya, pengambilan pil perancang mengurangkan risiko kanser kanser ini.
Namun YA, ada sedikit risiko kanser buah dada.
Tu sebab, secara peribadi, ini pandangan aku sahaja...kalau dah rasa cukup bilangan anak, dan risau terbabas pregnant, tak perlu la nak makan pil perancang sampai berbelas tahun. Pil perancang ni tetap ubat yg ada hormon. Faham kan konsep ini. So, nak merancang macam mana? Suruh suami anda pakai condom, atau anda jalani prosedur ikat saluran Fallopio. ( ikat saluran peranakan). Abis cerita. Sebab tujuan pil perancang ni ialah utk kita ' spacing' kan jarak anak, bukan utk elakkan terus dari dapat anak.

Makan lah pil perancang, jangan bergantung 100% pada " teknik merancang sendiri". Sebab merancang sendiri, selalunya gagal, terbabas. Jumpa doktor anda, berbincang dengan doktor tentang method merancang yg sesuai utk anda...yg menggunakan hormon ni selain pil, ada juga dalam bentuk suntikan setiap 3 bulan, ada dalam bentuk implan yg boleh tahan 3- 5 tahun. Yang mana sesuai / kurang side effect, berbeza bagi setiap individu.



Dah jelas kan? Jadi jangan lagi nak menyebarkan mitos mitos yang tak ada asas lepas ni ok! Sebenarnya Tuan Doktor pernah jelaskan pil perancangan ni tak semestinya di ambil untuk menjarakkan kehamilan jer tapi juga untuk membetulkan kitaram haid. Jadi jangan terkejut kalau ada anak dara yang ambil pil perancang. Jangan nak membawang pulak bila tau ada anak dara ambil pil perancang. Study sikit sebelum berbawang bersama rakan seperjuang... hehehehe

Moral of the story.. Semoga perkongsian ni memberi sedikit info & manafaat kepada semua. Kalau nak baca lebih banyak info tentang kesihatan & perubatan meh le reramai Doktor paling sporting & friendly ni Khairul Faizie Mohammad Kamar'

1 comment:

  1. em.. tak pernah try lagi makan pil perancang.. hee~ takut pun ade.. saya sejenis takut makan ubat..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com