KENAPA ZAMANI SLAM HISAP DADAH?

21.1.15 Suria Lekatlekit 19 Comments

Rasa macam sayang sangat.. Zamani Slam artis yang bagi aku sangat low profile, nampak pemalu, sopan & baik sangat. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.. susah nak dengar apa2 kontroversi tentang diri beliau tapi sayangnya... Akhirnya zamani kecundang. Tahun 2015 mungkin menjadi tahun gerimis mengundang buatnya.. Harap Mentari muncul lagi selepas ni.


Rasanya ramai dah tahu kes penyanyi zamani slam yang di tangkap & di sahkan positif dadah. Bila tengok fizikalnya yang kurus memang ramai dapat teka tapi sebab atitute dia yang kita nampak baik. Tak nampak macam bermasalah.. ramai yang berpositif zamani sakit. Tapi bila terbongkar semua ni.. aku sendiri rasa, sayangnya Zamani.. kenapa terjebak?

Apapun.. masih ada sinar harapan untuk dia. Semoga lepas ni zamani akan menjalani hidup yang lebih sihat & bebas dari dadah. Sayang bakat besar di rosakkan dengan dadah.. Zamani bukan jahat mungkin tersilap langkah.

P/S : serius aku rasa macam tak puas hati sebab dia bagi aku retis yang baik sangat.. kenapa hisap dadah??

Jom shopping di lazada & dapatkan offer 25% dari code ni
 Lazada Malaysia

19 comments:

  1. Aku memang dah tahu dia terjebak sebab husben aku kenal dia... tapi tu laa dia tak pernah kena tahan kan...?? mungkin ini masa dia... alhamdulillah... semoga dia bersih dari najis tu selepas ni...

    ReplyDelete
  2. pernah jumpa dia kt airport.. dia senyum dulu kt kita.. mmg nampak baik

    ReplyDelete
  3. pernah jumpa face to face dengan dia.. dah lah tak sombong suara sedap lak tu..
    tapi saya dia sia-siakan bakat dia dengan dadah.. moga dia berubah selepas ditangkap ni..

    ReplyDelete
  4. sayangkan... akk antara peminat lagu2 Slam ni.. suara Zamani ada kelainan tersendiri..

    ReplyDelete
  5. Betull tak sangka sebab akak pun ingat kan dia sakit..penat je akak dok kesian2 kat dia dulu...harap2 dia berubah la lepas nih..sayang nya dia berbakat dan masih laku..kat IG dia peminat2 dari indon pun ramai follow dia,..

    ReplyDelete
  6. pernah jumpa face to face tp tu la sayangnya dia layan dadah...masa jumpa tu dia dah kuat main ice dah....dia ni kawan baik satu kelas pada rakan sekerja...dulu dia sekolah kat Seremban masa remaja...

    ReplyDelete
  7. sy mmg agak keciwa dgn Zamani menagih dadah.Suara dia mmg best. semoga diberi HidayahNya.

    ReplyDelete
  8. Manusia tidak lepas daripada buat kesilapan..

    ReplyDelete
  9. Sayangkan bila ada bakat yang bagus tapi terjebak pulak dengan najis dadah. Zamani ni memang sejak dulu lagi kurus tapi betul, dia takda kontroversi. Memang gerimis mengundanglah tahun ni untuk si Zamani. Harapnya dia masih mampu pulang ke pangkal jalan. Adat manusia, kadang-kala tersilap langkah.

    ReplyDelete
  10. Ni mesti kes tak masyuk...stress...patutnya zamani kenalah meminta kepadaNYA...supaya dipermudahkan rezeki dan segala urusan . Waallahuaklam

    ReplyDelete
  11. Kathy pun ingat dia sakit sis.. Tak sangka dan sayang sungguh. Moga ada jalan kembali.

    ReplyDelete
  12. minat dia dr sekolah lg...sampai dah kawin anak 3 dah...hubby pun tau minat sgt dgr lagu2 dia..bila dpt berita ni sedih sgt2...kecewa sebak xtau nk luah mcmmn...serah segalanya pd yg Esa..

    ReplyDelete
  13. Yang saya pandang bakat dia hal lain urusan dia dgn tuhan..kita tak tahu kenapa dia jadi macam bgini..

    ReplyDelete
  14. katanya sebab frust dengan cinta yang beralih arah pada orang yang lebih berharta.. kesiankan..hebatnya cinta sehingga menyiksakan diri sendiri....semoga bertambah iman selepas ini..

    ReplyDelete
  15. Yang saya pandang bakat dia hal lain urusan dia dgn tuhan..kita tak tahu kenapa dia jadi macam bgini..

    ReplyDelete
  16. Keperibadian Zamani memang dipuji...ketagihan adalah suatu kesilapan dirinya...tetapi kami peminat hambaNya yg dikurniakan suara merdu ini tetap berdiri teguh dibelakangnya dan mendoakannya...

    ReplyDelete
  17. Setuju dgn komen di atas ni...mmg suara Zamani sgt merdu...kurniaan Illahi...akan mendoakan dan sokong sampai bila bila..walau pun apa kesalahannya

    ReplyDelete
  18. Sama2 mendoakan yg terbaik utk die..org baik ALLAH akn sayang dan permudahkn urusan..kita xtahu sebab die salah langkah tu..tp ckuplah kita tahu dia seorang yg sgt baik dan berbudi bahasa

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!