ONLINE GAMERS KINI DAH JADI SATU KERJAYA PROFESIONAL DI MALAYSIA

28.1.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Wah lepas ni online gamers boleh di kategorikan sebagai atlik negara e-sukan la kan. Dari hobi yang dok ngabihkan masa depan pc main game kini dah boleh jadi satu kerjaya. Sekarang ni semua benda dah boleh buat duit walau sekadar bermain games.


Tadi terbaca kat harian metro online pasal artikel ni..

Selebihnya baca kat Harian Metro

Wah lepas ni Online gamers dah jadi satu bidang profesional la kan. Takde la orang pandang main games ni satu perkara tak berfaedah & buang masa. Tapi yang dok main candycrush kat FB tu toksah berangan nak jadikan ia sebagai kerjaya. hahahaha... Kalau serius nak jadi gamers profesional pi la main dota.

Apapun perkara kalau ada kesungguhan semua boleh menjana sumber pendapatan. Macam berblog jugak la kan. Jadi jangan pelik kalau orang duduk rumah sekarang ni tapi berpendapatan lebih tinggi dari orang dok keluar pagi balik petang kadang2 sampai malam. Kerja di era IT ni tak semestinya luar rumah je. So, up kan mentaliti anda jangan pandang orang yang duduk rumah jaga tak menyumbang sumber pendapatan. Kalau tak banyak pun boleh la support duit shopping sendiri macam aku ni. hahahaha

4 comments:

  1. pelik pulak sukan yang tak keluar peluh macm ni kan? hehehehhe.. tapi bagi kaki games tu memang peluang baik la utk mereka.

    ReplyDelete
  2. Macam macam cara kita boleh buat untuk jana pendapatan zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. Anak sulung OKje lelaki dan dia mmg hantu sangat game ni. Memang pernah kena belasahlah sebab game ni. Kita sebagai mak ayah bukan tak bagi, cuma pandai bagi jerlah...Tau ajelah budakkan. Nasiblah SPM lepas jugak ke U

    ReplyDelete
  4. Alahai, akak baru terbayang-bayang akak ni salah seorang online gamers yang disegani. Tapi dah Suria kata main Candy Crush tak masuk kira sebagai profesional, sedih akak! Tak dapat nak menunjukkan kewibawaan bermain Candy Crush :) Akan datang ada e-sukan pulak ya. Macam-macam ada rupanya sekarang!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com