BERGOSIP BAIK UNTUK OTAK & MEMANJANGKAN UMUR

11.6.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

Biasanya orang selalu kaitkan gosip dengan sesuatu benda yang negatif tapi ada jugak orang rajin mengkaji kebaikan bergosip terhadap kesihatan manusia. Bukan la aku nak menggalakkan orang bergosip tapi sekadar share info menarik yang aku baca. Masing2 dah besar.. dah reti kot nak nilai baik buruk sesuatu perkara.

Sumber Google

Yang aku baca Gosip katanya baik untuk kesihatan & otak sebab bila bergosip kita lebih akrab dengan kawan sepegosipan, boleh belajar menerima maklumat penting dari orang yang kita percaya & mampu memanjangkan umur. Semua ini adalah kemampuan komunikasi yang vital yang boleh mencegah manusia untuk mati cepat.

Juga di katakan boleh membuatkan manusia tu jadi bahagia bila bergosip sebab manusia katanya perlu jaringan sosial untuk rasa bahagia. Selain tu boleh meningkatkan komunikasi.. yelah.. gosip memang perlukan komunikasi mana boleh sampai dari hati ke hati je kan.

Hasil kajian tu aku tak nak komen la baik atau tak.. Sebab aku pun manusia tak lepas dari bergosip. Mengaku siap2 sebelum kena maki #MakKauHijau katanya. hahahaha tapi apapun perbuatan hendaklah berpada pada & bersederhana. Benda yang baik pun kalau di lakukan secara berlebihan boleh menjadi kemudaratan.

Moral of the story... erkk.. apa gosip kita hari ni. Meh la kita bergosip untuk kesihatan otak & panjang umur. hehehhehehe

 Sumber : Gosip Meningkatkan Kesihatan Manusia 


 Yang Menarik
 Orang malaysia kategori kurang subur sejak 2010?? Nak tahu sebab apa meh tengok kat sini >> Ini Sebab Malaysia mempunyai tahap kesuburan yang rendah <<

6 comments:

  1. sampai sekarang dkna tertanya-tanya maksud 'mak kau hijau' tu ..blur ..

    ReplyDelete
  2. gosip dengan manusia mcm dh xblh dipisahkan la sis...hahahahaha

    ReplyDelete
  3. akak jarang bergosip..tapi selalu baca gosip..heheheh

    ReplyDelete
  4. Hehehhe.. Selalu baca gosip artis je.. Hehehehe.

    ReplyDelete
  5. Hehehhe.. Selalu baca gosip artis je.. Hehehehe.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!