JAMBATAN BERHANTU INI JADI TEMPAT ANJING BUNUH DIRI

6/25/2015 08:47:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Lama rasanya tak open segmen seram serik lekat lekit. Yelah.. Masuk bulan puasa ni setan semua kena ikat so dia tak menghasut sangat suruh popularkan dia tapi tetiba malam ni terima satu bisikan Yusof taiyob suruh tulis cerita seram sebab katanya maybe ada yang rindu nak rasa terkencing dalam seluar lepas baca kisah seram kat blog puaka lekat lekit


yelah.. yelah.. tanpa perasan dengan lebih lanjut meh la kita mulakan pengembaraan seram kita malam ni. Jauh sikit la kena ambil tiket flight. Tak pe Air Asia ada buat promosi free seat. Dah tempah tiket flight moh ler kita terbang sekarang ke timur Dunbartonshire. ia terletak berhampiran istana Gothic Overtoun House. 

Katanya ada satu jambatan berhantu yang bila anjing lalu kat situ mesti terjun.. ada di antara anjing tu mati & ada yang tidak. Lebih 600 ekor anjing yang pernah cuba membunuh diri bila melalui jambatan tu tanpa di ketahui sebabnya. Yang pelik kesemua anjing yang terjun dari jambatan tu akan memilih tempat yang sama untuk membuat terjunan. Macam biasa la bila berlaku benda2 macam tu di kaitkan dengan kisah mistik. Menurut penduduk tempatan kejadian tu ada kaitan dengan hantu  'White Lady Overtoun". Ada yang berkongsi pengalaman melalui jambatan tu katanya seperti ada kuasa yang cuba menolak dia dari jambatan tersebut. 

Kejadian mistik & pelik tu berlaku sejak sedekad lalu.. Hurmmm.. gamaknya hantu ni nak apa yer. Asyik dok campak anjing dari atas jambatan jer. Maybe dia berdendam dengan anjing kot sebab kata orang tua2 anjing boleh nampak hantu. Bila anjing boleh nampak dia maybe spoil sikit la aktiviti dia nak menakutkan orang... entah la. hahahaha

Moral of the story.. setiap yang berlaku pasti bersebab kerana tak ada sesuatu pun di jadikan atau terjadi tanpa sebab musabab. Tu memang lumrah hidup.

Sumber : Ratusan Anjing Terjun Di Jambatan Berhantu Ini 

5 comments:

  1. Alahai..jambatan anti anjing kot. Hehehehe..

    ReplyDelete
  2. mungkin dari atas anjing tu nampak macam ada tulang besar dalam air tu yang dia terjun..hehehhahha

    ReplyDelete
  3. Mungkin dia mati kene gigit hanjing kot pastu jadi hantu dan balas dendam dgn hanjing sebab tak puas hati

    ReplyDelete
  4. anjing tu dengar suara memanggil2 die kot..hihi

    ReplyDelete
  5. Hantu tu pernah dikecewakan oleh anjing peliharaan masa hidup dulu. So ia berdendam dan berjanji akan menghapuskan semua spesies anjing di muka bumi nilah tu.....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com