TEORI MH370 PALING ROMANTIK MACAM KISAH CINTA TITANIC

6/12/2015 03:09:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Teori & spekulasi yang terilham dari manusia yang punya imaginasi yang tinggi & jauh sejak kehilangan pesawat MH370 rasanya kalau compile boleh buat filem. Cerita depa memang menarik cuma kadang2 ada yang tak masuk akal. Yelah.. cerita dogeng memang best baca tapi nak percaya tu memang susah.

Terbaca share post dari page My Media Hub tapi nak clik link tu tak boleh pulak detect virus ke hapa. Tapi baca tajuk & description pasal teori pesawat MH370 terus aku terbayang kisah cinta Jack & rose. Katanya pesawat penumpang MH370 terjunam dengan sempurna sehingga menenggelamkan pesawat tu ke dasar lautan hindi tanpa menyebabkan pesawat itu berkecai & masih kukuh.


Aku mula terbayang masa pesawat tu menjunam ke dalam laut mesti lemah lembut & sopan santun jer sampai tak sedikit pun serpihan pesawat terkopek atau terpecah. Alahai romantiknya cara dia menjunam ke dalam laut... macam kisah cinta Jack & rose dalam filem titanic. Kira masa dia nak terjunam tu macam orang terjun tiruk dalam effect slow montion.


Berhenti la buat teori yang tak logik. Bukan membantu menyelesaikan masalah malah maybe benda tu lebih menyakitkan hati ahli keluarga mangsa yang terlibat. Dah la... hidup mati pun takde bukti. Besar kuku cebisan pesawat atau apa2 bukti yang menunjukkan MH30 bersemadi di lautan hindi pun takde. Yang bersepah teori, spekulasi.. Bukti?? Sapapun tak dapat tunjuk.

Moral of the story.. Mh370 masih menjadi rahsia Allah. berhenti mencari publisiti dari trajedi ni dengan membuat teori & spekulasi merepek. Jom la kita sama2 sedekahkan Al Fatihah buat semua mangsa yang terlibat dengan pesawat MH370.

P/S : Ini cuma pendapat seorang yang tak reti langsung pasal kapal terbang. Cuma ikut logik akal aku memang tak berapa logik

1 comment:

  1. Hnya Allah Maha Mengetahui keberadaan MH370 saat ini.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com