SILKY GIRL PRODUK MURAHAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA

6/17/2015 10:08:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Pepatah ada kata ukur baju di badan sendiri, jangan ukur kat pokok balak memang size & cutting dia tak sama dengan manusia. macam tu jugak bila nak berbelanja apa - apa. Tak kira la dari aksesori, produk kecantikkan atau kosmetik. Tapi jangan anggap kita bukan golongan kaya raya tak boleh pulak nak tenyeh2 makeup sebab tak mampu...


Masih lagi ada produk yang selamat & murah. Yelah.. ada sesetengah orang memang tak berani cuba produk yang jual kat pasar malam, uptown, sebab kebanyakkan produk tiruan. Bukan nak hina tapi yelah... takut ada side effect. Aku pun pernah jugak beli eyeliner kat uptown ni.. tapi bila pakai rasa gatal2 kat kelopak mata. Jadi.. risau jugak la muka kawah bulan aku ni jadi kawah gunung berapi pulak. Jadi sekarang aku lebih selesa beli kat farmasi macam guardian & watsons.

Jarang aku nak review makeup even aku pun spesis pompuan suka jugak menconteng arang ke muka katanya. Selalunya aku review skincare jer. So hari ni sebagai nak buang tebiat aku nak tayang jugak makeup murahan yang aku rembat lepas bayar kat watsons masa balik kampung haritu.

Selama ni dok pakai lipgloss jer.. even berwarna tapi jenis warna natural. Ataupun aku pakai lipbalm jer kalau bibir kering sangat. Sebab trend orang dok tayang lipstick merah makngah ni tetiba teringin jugak tapi belum confident nak merah makngah sangat cuma berwarna terang la sikit dari sebelum ni. Maka beli la silky girl moisture boost lipcolor balm.

Ni aku beli kat watsons harga RM17.80

Tapi syok pulak pakai.. satu dia takde rasa bukan2 atau bau bauan. kedua.. lembut jer bila di sapu kebibir. seolah2 ciuman pertama beauty & the beast gitu. Tak menyebabkan bibir jadi pecah atau merekah. Yelah.. base dia pun lipbalm cuma berwarna je.

Yang kedua eyeliner 2 in 1. Jimat katanya beli satu dapat dua warna. Haruslah pensil kayu yang kena asah eyeliner aku pakai ni. Yang best pensil dia lembut.. tak cair & melekat bawah mata kalau kita pakai kat kelopak mata. Tak mudah comot & senang nak lukis. Brand yang sama silky girl jugak.

Gigih aku amik gambar sambil pegang eyeliner. kau apa tau?? hahaha harga dia RM15.21

Silky ni produk murah yang mampu milik. Tak la mahal sangat. Sesuai sangat untuk rakyat Malaysia di zaman GST. Bukan la kata semua murah tapi masih ada yang murah. Yang penting jenama ni takde kontroversi merbahaya ke hapa. Memang dah di kenali ramai. so, sapa2 jer boleh bercantik cantikan secara murahan. Nak dengan tak nak & malas dengan rajin jer.

Moral of the story.. yang cantik kadang2 bukan sebab produk tu mahal tapi skill orang menconteng muka tu main peranan. Macam aku conteng ikut suka.. aku je nampak cantik laki aku selalu cakap macam bibik tapi aku memang tak ambil pusing komen laki aku. selagi dia boleh kenakan aku, dia akan kenakan aku. Cantik pun confirm dia kata buruk. hahahaha

P/S : Blogger Hasrul Hassan kata aku ni tunjuk muka macam puzzle. mesti berpecah pecah.. kalau rajin korang cantumkan la. hahahaha

8 comments:

  1. kite pun suka gak silky girl ni..affordable..heee

    ReplyDelete
  2. Macam best jer..kite pun tgh dok usha make up utk raya ni. Dah lama tak bli eyeliner sbb kalau pakai mesti jadi mcm hantu kum kum. nak testla yg ni, Mane tau sesuai kan..

    ReplyDelete
  3. sis..kalau kt aeon JJ selalu ada jualan clearance stock silky girl..akk bru beli lipstik bedak dengan eyeshadow..berbaloi..lipstik 1 rm8

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. murah tapi cantik hasilnya..

    ReplyDelete
  5. Murah tapi efektif kan silkygirl ni

    ReplyDelete
  6. Pandainya sis conteng² ni.. Cantik..

    ReplyDelete
  7. nak tanye, tau x lipstick ape yang tahan lama? and then foundation or bb cream apa yg bagus ye?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com