VIDEO SERAM ONLINE YANG MEMBUNUH PENONTON UNTUK HIDUPKAN SYAITAN

6/02/2015 11:42:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Hari ni segmen seram serik lekat lekit bersiaran awal sikit. Kesian jugak asyik malam jer baru nak post cerita seram. Ingat semua peminat cerita seram ni berani2 sangat ke? Ada orang minat tapi penakut maka dia pilih time2 yang tak berapa seram untuk baca @ tonton cerita seram. Bukan semua orang macam aku yang kalau boleh bila tengok @ baca cerita seram nak feel seram tu.. tu sebab aku pilih malam. Tapi Malangnya deria seram tu tak jugak sampai.


Hari ni nak cerita satu kisah berkenaan seorang perempuan sihir yang mati di bunuh oleh penduduk setempat kerana membunuh ramai orang dengan sihirnya. Mayatnya di buang dalam sebuah perigi. Biarpun jasad dia dah mati namun Roh dia seolah olah masih hidup. Ada seorang lelaki yang suka menyendiri & mengkritik di laman sosial cuba menghidupkan kembali perempuan sihir ni bagi tujuan membalas dendam pada haters yang mengkritiknya. Dia perlu cari satu jasad yang sesuai untuk Roh jahat ni bagi menghidupkan kembali perempuan yang ada ilmu sihir ni. Banyak yang di bunuh tapi tak ada seorang pun yang sesuai untuk roh jahat ni.

Dia telah mengupload satu video seram di internet bagi memerangkap orang yang menontonnya. Semua yang menonton akan mati selepas tu. Dia buat bagi tujuan mencari jasad yang sesuai untuk menghidupkan semula Roh jahat ni. Sehinggalah seorang guru wanita yang mempunyai kuasa mistik dari kecil.. Dimana dia boleh mengalahkan sesiapa sahaja yang menjadi ancaman kepada dia dengan hanya menjerit. Dan itulah jasad yang di cari Roh jahat tersebut. Dalam pada yang sama ada seorang polis yang menyiasat kes2 kematian misteri yang melibatkan mereka2 yang menonton video tu dapat membongkar misteri tersebut & berjaya menemui tempat semua mayat2 yang di bunuh bagi tujuan mencari jasad untuk Roh jahat ni. Semua yang di bunuh di buang ke dalam sebuah perigi. Tapi polis ni akhirnya terkorban bila di serang hantu kaki panjang yang jalan merangkak. Rupa dah macam belalang pulak aku tengok.

Roh perempuan jahat ni terus berusaha untuk dapatkan jasad cikgu wanita ni akhirnya tewas bila video sumpahan tersebut di musnahkan oleh teman lelaki cikgu perempuan ni pada mulanya jugak di culik untuk memerangkap cikgu perempuan ni. Akhirnya.. Roh jahat tersebut dapat di musnah.

Tu la review filem Sadako cara melekat lekit. Filem ni hantu dia lebih kurang macam hantu filem the Ring cuma beza hantu the ring adalah dari video tape & keluar dari skrin TV tapi hantu sadako dari video yang tersebar di Internet & keluar dari skrin pc @ smartphone untuk membunuh mangsa yang menonton.Tapi dua2 keluar dari perigi jugak. Standard rambut panjang. Yang bosan filem Jepun ni starting dia..  sementara nak tunggu datang babak2 yang best tu Ya Allah bosan tahap kritikal. Majoriti filem seram jepun macam tu. Kena sabar jugak untuk sampai ke part yang best & mendebarkan.

Untuk koleksi peribadi. Doakan sampai aku boleh buka kedai sewa dvd seram hahaha

Kesimpulannya.. Filem ni kategori boleh tonton. Bukan baru sangat tapi sebab tak berapa lama dalam filem 2012 so dvd dia pun senang nak cari. Kalau korang jenis belasah movie kat online jer melambak boleh cari yang full movie.

Moral of the story stok dvd seram untuk tengok dah habis.. next week kena bertapa memburu hantu baru gamaknya. hehehehe

6 comments:

  1. betol sangat la tu dik kalau memalam tu ada lemah skit nak baca bab hantu2 ni walau pon akak suka bebenau...selalu kalau ada movie hantu kat tv malam2 akak record je esok siang baru tengok...hahahha

    ReplyDelete
  2. Makcik Sadako ni yang tak menahan rambutnya tu. Rimas sungguh tau....

    Eh, lupalah cerita ni dah pernah tengok ke belum. Baca sinopsis cara melekit macam tak pernah tengok. Tapi kalau tengok pada nama tu, memang famous amos makcik sorang ni. Rasa dah pernahlah kot tengok tapi terlupa dah jalan cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MD sadako ada 2 episod... satu sadako & satu lagi sadako 2.. cer check yang mana dah tengok hehehehe

      Delete
  3. tak ada semangat yang cukup kuat untuk menonton...

    ReplyDelete
  4. Bestnyer... Suka²..

    ReplyDelete
  5. Bestnyer... Suka²..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com