CARA MUDAH BEZAKAN DAUN BAWANG,DAUN KUCAI,DAUN SUP & DAUN KETUMBAR

27.6.15 Suria Lekatlekit 8 Comments

Hari ni kita ke dapur ada sempadan sekejab yer.. Almaklum rumah sempit la katakan. Nak buat dapur tanpa sempadan ni kang tak cukup space dalam rumah so buat dapur ada sempadan je la. Hari ni Chef lekat lekit nak bagi sedikit penerangan pada daun yang selalu orang konpius.. Nak beli daun ni terbeli daun tu. Sebab rupa depa ni macam kembar seiras kalau sekali pandang kena belek sikit baru nampak perbezaan

Antara daun masakan yang paling buat orang konpius adalah daun bawang & daun kucai. Laki aku pun pernah silap beli. Nak beli daun bawang terbeli daun kucai. Padahal kalau di amati sebenarnya nampak jer hijau panjang2 macam sama tapi tak sama. Sebab daun kucai dia leper.. Tapi daun bawang dia bulat sikit macam ada gelembung udara dalam daun tu. Daun bawang selalunya orang jual masih ada bawang dia di hujung tapi daun kucai selalunya orang dah potong di hujung.

Daun Bawang

Daun kucai

Daun kedua daun sup & daun ketumbar. Daun sup dia lebih besar & daun dia jarang2 sikit berbanding daun ketumbar daun dia kecik2 & agak rimbun. Bau pun tak sama. Walau nampak macam tak ada beza sebenarnya kalau tengok betul2 ada perbezaannya.

daun sup

Daun ketumbar

Jadi.. Pada yang selalu konpius atau tersilap beli moga tips & petua ni dapat membantu yer. Aku ni bukan pandai sangat tapi yelah sejak jadi surirumah yang bergelumang di dapur hari hari.. maka terbelajar la semua benda ni secara tidak sengaja. so, apa yang aku tahu aku share la. Manalah tau dapat membantu.

Moral of the story.. si suami jangan silap beli lagi yer... Sebab orang laki ni memang jenis nak membeli jarang membelek.. asal nampak sama rembat terus bayar. hahahaha


yang menarik
Sebenarnya lelaki ada sifat semulajadi yang memang boleh handle anak dalam beberapa perkara ni yang ibu nampak tak pakar untuk selesaikan. Nak tahu apa perkara yang seorang Ayah lebih pandai handle berbanding ibu meh baca kat sini >>  11 Perkara Yang Ayah Lebih Pandai 'Handle' Dengan Anak-Anak Berbanding Ibu <<

8 comments:

  1. Lebih kurangnya dua dua tu... Ena pun kekadang tak reti nak bezakan.. Terima kasih kak...

    ReplyDelete
  2. hehe... saya pon kadang2 confius.. selalu tersalah beli.. kene marah ngan mak huhu

    ReplyDelete
  3. Hehehhe.. Bagus tips ni. Ada yg tak dpt beza ke halia dgn lengkuas,serai dgn lalang? Hehehehehe.

    ReplyDelete
  4. Daun sup tu mmg selalu salah.. Pernah kene marah dgn nenek

    ReplyDelete
  5. dedulu akak pon selalu konpius dik tapi sekarang niakak dah pandai nak bezakan jenis2 daun ni...sekilas ikan di air akak tahu jantan ka betina kekdahnye....kahkahkah....ayat berlagak tak hagak2 ;p

    ReplyDelete
  6. agak tak reti nak bezakan daun sup dengan daun ketumbar hoho

    ReplyDelete
  7. saya mula2 kawen, pegi beli brg dapur dgn mak mertua, mak mertua suruh ambik daun sup, saya pegi amek daun ketumbar. damn malu teramatttt...
    alhamdulillah skrg masalah xkenal daun2 ni dah selesai. hahaha.. pengalaman mengajar kite...
    btw, nice post ;)

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni mak ayak sy tgh suruh beli daun sup utk wat nasi ayam masa berbuka nanti..dan gigih google takut silap beli..hehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *