GAMBAR ANAK HARITH ISKANDER,ERRA FAZIRA & TOMOK DI WEB LUCAH

24.6.15 Suria Lekatlekit 9 Comments

Rasa takut pulak nak upload gambar anak dalam media sosial sekarang. Rasa macam nak padam atau private semua gambar anak aku kat media sosial.. Rasa perlu jugak buat sebab sekarang ni bahaya ada di mana mana. Bila terbaca kat astroawani pasal gambar anak anak artis ni di sebarkan di web lucah yang ada unsur pedofilia.. rasa darah turun sampai kekaki.


Kang ada yang cakap.. alah gambar jer bukan orang culik anak kau untuk di jadikan pemuas nafsu golongan pedofilia.. kalau ada yang cakap macam tu memang minta makan kaki la. Bukan anak kau senang kau cakap.. Small matter. Rasanya para ibu bapa sekalian kita kena mula bertindak dari sekarang. Padam atau privatekan atau berhenti upload gambar anak anak kita. Kita tak tahu dari gambar apa ancaman bahaya yang menanti mereka.


 Sumber Astroawani

Hope parenting blogger berhati hati. Sebab niche blog depa orang tahu cerita pasal anak anak mungkin akan jadi target golongan macam ni. Kalau boleh tapis gambar anak2 sebelum di kongsi. Hari ni maybe target anak anak artis tapi tak mustahil lepas ni mungkin anak anak kita pula.

Moral of the story.. zaman sekarang memang takde tempat selamat lagi, so kita perlu lebih berhati hati dengan tindakkan kita & kena sentiasa mohon perlindungan dari Allah


Yang menarik
Adakah anda tergolong dalam golongan yang suka berkongsi 8 perkara ni kat laman sosial meh baca kat sini >> 8 PERKARA YANG BAHAYA DI KONGSI DI LAMAN SOSIAL <<

9 comments:

  1. Bahaya memang bahaya kak... lagi2 golongan pedofilia ni sangat membiak sekarang.... jauhkan anak kau dari kena benda2 gini...

    ReplyDelete
  2. alahai, bahaya btl.. hrp² xde la gmbr anak² kite kak..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah mohon dijauhkan dari golongan ni

    ReplyDelete
  4. Ya Allah menakutkan....golongan pedofilia ni memang dasar gila patut orng2 camni kite hanto duduk pulau jerejak je...dapat pijak sekor2 pon lazat gak

    ReplyDelete
  5. Ya Allah deme ni xde keje ke , huhuh

    ReplyDelete
  6. ada terbaca status tu tadi
    menakutkan, mesti dia rasa kecewa sangat

    ReplyDelete
  7. Mmg kena lebih berhati² skrg ni. Ada je syaitan bertopeng manusia di sekeliling koya dan anak² kita.

    ReplyDelete
  8. Zaman sekarang ni memang rasa tak selamat langsung. Makin canggih teknologi, makin terancam rasanya hidup. Walaupun tak glamor mana, takut jugalah kalau perkara macam ni terjadi. Kena kurangkan gambarlah nampaknya...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!