HARGA SATU NYAWA DI TANJUNG MALIM & SLIM RIVER HANYA RM10

3.6.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

Betapa rakus & tamaknya manusia di muka bumi Allah ni kan? Setiap inci semua milik mereka sehingga makhluk lain nak menumpang hidup pun susah. Nasib baik Jin tu makhluk yang orang tak nampak, kalau nampak gamaknya ada program membenteras jin pulak.


Alkisah terbaca di post kakimotong tentang pemberitahuan dari Majlis Daerah Tanjung Malim melalui portal rasmi mereka katanya.. rewards akan di beri pada mereka yang menangkap & menyerahkan anjing terbiar kepada mereka akan di bayar RM10 untuk setiap ekor. Depa nak buat apa kumpul anjing terbiar banyak2. Mustahil nak bela @ tempatkan kat satu taman anjing di mana anjing2 itu akan hidup bahagia cukup makan minum.


Program macam ni boleh di salahguna.. tak mustahil anjing dalam jagaan orang pun boleh jadi mangsa sebab semua berebut nak dapat duit. Aku tak tuduh tapi anjing2 yang di tangkap & di serahkan kepada mereka.. Insya Allah PTS la tu. Ya Allah.. terancam sangat ke tanjung malim & slim river dengan anjing liar. Jarang pulak aku dengar tv3 siar berita orang kena serang anjing kat situ. Takde ke cara lain mengatasi masalah anjing liar ni?


Walau anjing tetap bernyawa. Anjing bukan tikus.. Anjing juga ada ceritanya dalam Al Quran. Anjing juga patut di kasihani. Anjing jugak ada fungsi dalam kehidupan manusia. Anjing bukan sampah untuk dilupuskan macam tu sahaja. Carilah solution yang lebih baik.. Jangan merentap perasaan pencinta haiwan dengan program macam ni. Program sentuh anjing kemain garang kita membantah tapi program bunuh anjing siap di bayar.. kita semua diam.

Kita jangan salahkan Budha mymar yang membunuh etnik Rohingya kalau kita sendiri menyokong perbuatan macam ni kat Malaysia. Jadi tak pelik la kecoh pasal penemuan kubur besar & kem tahanan etnik rohingya kat Malaysia. Apa beza kita dengan budha2 mymar yang kejam tu? Kang ada pulak orang cakap.. jangan samakan manusia dengan anjing. Yelah.. tak sama. Anjing tak kejam sampai nak bunuh setiap manusia yang dia jumpa hanya kerana seorang dua yang pernah aniaya atau bunuh spesis dia berbeza dengan manusia. Faham sendiri sudah.  Anjing pun makhluk bernyawa yang ada rasa sakit. Islam tidak kejam & tidak ajar mengejami sesama makhluk.

Moral of the story.. Owner2 anjing sekitar tanjung malim & slim river awasi anjing anda takut jadi mangsa hanya kerana RM10.

P/S : Apa yang berlaku adalah dari perbuatan manusia tapi yang terima akibat & jadi mangsa adalah haiwan. Kita buat silap lepas tu kita jatuhkan hukuman pada mangsa kesilapan kita.


Yang Menarik
yang paling menyampah kat Whatsapp bila orang add masuk ke group tanpa keizinan, hantar mesej2 spam jualan/produk mereka atau suka sangat copypaste khabar2 angin & berita tak sahih.. Ada cara anda membalas mesej mereka menggunakan emoji. Meh tengok sini
These 8 Emoji Comebacks Will Leave Your Annoying WhatsApp Opponents Speechless!

3 comments:

  1. selalu dok ajo anak jangan bunuh binatang kalau dia tak kacau kita
    tapi saya setuju entry ni, boleh disalah ertikan oleh manusia yang terlebih bijak kat luar nun
    anjing orang pun dia kata anjing liar
    kena ubah statement, tapi apa tujuan diorang dok kumpul pun
    ishhh...membayangkan pun rasa ngeri

    ReplyDelete
  2. selalu nya anjing2 liar tu asalnya dari yang orang bela tu la..bila anjing tu dah sakit,dah tua dia biarkan kat luar.berjalan entah kemana2...lepas tu bising kata angjing tu kacau orang,kejar orang padahal tuan punya anjing tu yang salah.mula la dia repot kat Majlis perbandaran..sebab dia nak buang anjing tu jauh2 .nak bunuh tak boleh jadi dia report la ...dengan harapan boleh hilang rasa bersalah pada anjing tu..benda ni jadi depan mata akak..kami jiran2 ni dok perhati je anjing dan bekas tuan nya tu punya perangai..

    ReplyDelete
  3. Hmmm... Kat sini baik ada tuannyer pun anjing di biarkan saja mengejar orang. Aduhai.. Lintang pukang budak² lari,mak budak pun sama. Hehehehhe.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!