HINANYA ORANG YANG EDIT MUKA BAGI CANTIK

9.6.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Zaman sekarang ni nak gambar nampak cantik dah tak susah. Tak payah nak teruk2 belajar photoshop atau apa2 software editing. Melambak boleh cari aplikasi camera yang auto menukarkan wajah pontianak kepada wajah bidadari katanya. Hanya dengan satu snap.. ting! terus cantik.

Sumber Google

Bagi aku.. biarlah dia nak nampak diri dia dalam keadaan cantik. Yelah.. bukan semua orang di lahirkan dengan kelebihan muka lawa, ensem bagai. Mungkin benda tu buat dia happy even dia tahu hakikat sebenar dia tak secantik gambar. Bukan dia nak perasan cantik pun sebenarnya.. Tapi dia teringin nak nampak cantik. Manusia mana yang tak suka kecantikkan. Semua orang suka nampak cantik.

Sekarang ni sebab ramai yang nampak cantik dengan editing ataupun aplikasi camera.. banyak troll2 di buat untuk sindir golongan cantik editing ni tak kurang statement2 berunsur menghina. Alahai.. dia cuma nak nampak cantik macam satu dosa besar pulak. Macam aku pulak kalau aku tengok muka aku ter over cantik hasil editing benda tu bagi motivasi pada aku untuk cari produk yang boleh merawat masalah kulit aku sekaligus mencantikkan aku macam dalam gambar even aku tak upload pun muka aku tunjuk kat orang. Buat untuk kepuasan sendiri & motivasi diri. Sebab tu aku selalu mention muka aku cantik macam kawah bulan. hahahaha

Dan berhenti menghina orang yang cantik dari editing sebab majoriti ramai yang guna aplikasi editing sekarang untuk cantik. Retis pun yang korang nampak cantik pun hasil editing jugak.. tak 360, makeup. Apa ko fikir makeup tu bukan satu editing ke?

Bersyukurlah hangpa yang natural beauty katanya tak payah nak edit2 muka sedia lawa macam puteri gunung gondol tu.. sebab bukan semua orang di beri kelebihan mempunyai wajah cantik tapi kalau dia beri pilihan semua orang nak cantik.

Moral of the story... Allah boleh tarik kecantikkan yang dia bagi pada kita dengan sekelip mata so jangan sebab kita cantik kita boleh hina orang lain yang cuba untuk nampak cantik macam kita even fake pun.

P/S : kita pun tahu beza kot antara natural & edit sebab effect flawless @ glowing dia tak sama. So, tak jadi isu sangat la...


Yang menarik
8 perkara yang bagai mimpi ngeri selalu berlaku bila kita pergi bercuti. Nak2 lagi bila buat tempahan bilik tak kira hotel atau chalet atau homestay yang indah khabar dari rupa. Jom tengok 8 perkara buruk yang boleh berlaku semasa kita pergi bercuti & cara mengatasinya >> Things To Do In The Event These 8 Travel Nightmares Come True <<

4 comments:

  1. tah tak jd isu sgt .. yg jadi salah ialah bila org jual produk online tu ... pi edit muka bg lawa hakikatnya ... adoi la

    ReplyDelete
  2. saya pun tak nampak apa masalahnya diorang nak edit
    yang golongan cantik ni susah hati pasal apa

    ReplyDelete
  3. hehehe...setuju sis..
    semua orang nak presentable kan..
    bgila chance...kikiki

    ReplyDelete
  4. Ye.. Bio la diorg nak edit pun kan? Kathy pun banyak kawah bulan jgk sis.. Heheheheh.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!