MALAYSIA MASIH KATEGORI NEGARA MUNDUR

7.6.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

Kita hidup berkongsi manfaat dengan semua hidupan. Saling memerlukan sebab Allah menjadikan setiap perkara, benda & makhluk semua ada fungsinya. Jika tiada salah satu, mungkin bumi ni tidak sempurna & ada cacat celanya. Tapi manusia ni bukan nak kata.. Rasanya kalau boleh semua dia nak bolot.

Terkesan dengan kata kata Mahatma Ghandi.. Kehebatan sesebuah negara & kemajuan moral di nilai dari macam mana kita melayan haiwan. Kalau kat Malaysia ada pihak yang sanggup meluluskan & mengadakan kempen RM10 untuk seekor anjing.. Dah jelas nampak moral rakyat Malaysia. Dibatalkan pun sebab kecaman dari pengguna laman sosial. Rasanya kalau zaman takde laman sosial.. maybe banyak anjing2 terbiar di bunuh dengan cara PTS dengan kempen macam ni. So dari segi moral Malaysia belum maju. Masih kategori sebagai negara mundur bagi aku.

Jika anda pencinta haiwan anda mesti tengok apa yang anda boleh bantu SPCA. SPCA adalah pusat yang menempatkan haiwan2 terbiar atau yang di hantar pemilik yang dah tak mahu menjaga. Kalau takde duit.. cukup la membantu dengan memberi suratkhabar lama & plastik sampah sebab salah satu keperluan di situ. Tak susah kita untuk menyumbang cuma mahu dengan tidak jer... Kalau korang rasa nak adopt pets pun boleh cari kat SPCA.


Nak tahu macam mana anda boleh membantu SPCA jom tengok kat sini >> 23 Things You Didn't Know You Could Give To The Selangor SPCA <<

Moral of the story.. Kita tak perlu jadi peminat haiwan untuk menjadi pencinta haiwan cukuplah kita ada sifat perikemanusiaan sesama makhluk. Aku pernah ada seorang kawan yang takut & geli dengan kucing tapi tetap bagi kucing terbiar makan cuma dia tak berani nak pegang je. Simple untuk menjadi pencinta haiwan. Tak susah untuk membuat kebajikan sesama makhluk.


Yang menarik
Air Asia sedang mencari sukarelawan untuk travel ke seluruh negara Asean. Jadi kalau korang rasa minat nak jadi Air Asia Voluenteer Asean Traveller meh tengok kat sini macam mana nak apply. Rugi peluang macam ni bukan selalu ada. Travel keseluruh negara Asean tu. Meh clik laju2 >> AirAsia is looking for 5 travel junkies to be their Asean Traveller!<< 

1 comment:

  1. Betul tu.. Jangan di siksa dan aniaya haiwan tersebut dah mencukupi...perikemanusiaan tu penting.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!