MANDI MALAM BOLEH BUAT KITA CEPAT NAMPAK TUA

4.6.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

Sapa suka mandi malam.. Nak2 lagi yang memang selalu balik rumah dah masuk malam hari, mesti mandi jugak kan? Yelah.. kang nak tidur tak selesa dengan badan melekat lekit. Nak2 lagi yang jenis memang kerja outdoor.. Lagi la badan rasa tak selesa. Banyak mitos pasal mandi malam.. antara paling popular menyebabkan terkena penyakit paru paru berair. Itu mitos yer... Mandi malam tidak menyebabkan terkena penyakit paru paru berair.


Yang tak mitos pasal ni.. Benda yang orang pompuan nak elakkan berlaku tapi orang pompuan la paling suka mandi malam. Yelah.. orang pompuan ni kan tak boleh badan rasa tak bersih.. Almaklum la orang pompuan katakan... Tak pompuan la kalau badan dah boleh lekat memo.hahahahaha..

Menurut sumber yang aku baca mandi malam boleh mempercepatkan penuaan... Sia2 la dok tenyeh collagen cream, telan segala produk collagen nak awet muda. Katanya tubuh tidak kuat menerima rangsangan air dingin saat kita mandi malam, hal ini kerana metabolisme tubuh meningkat. Untuk itu tubuh memerlukan kandungan kalori dan oksigen yang tinggi untuk menstabilkannya.

So, elakkan mandi malam secara kerap. Sekali sekala takpe.. Errk... aku pun kalau keluar balik rumah dah malam tetap la mandi. Jangankan aku anak aku pun aku mandikan jugak. Tapi bukan hari hari.. Normally hari berjimbaraya la.

Moral of the story...  Nak awet muda jangan mandi malam. Make sure sebelum maghrib dah mandi.

Sumber : Mandi Malam Beri Kesan Buruk Pada Badan 


Yang Menarik
yang paling menyampah kat Whatsapp bila orang add masuk ke group tanpa keizinan, hantar mesej2 spam jualan/produk mereka atau suka sangat copypaste khabar2 angin & berita tak sahih.. Ada cara anda membalas mesej mereka menggunakan emoji. Meh tengok sini  >> These 8 Emoji Coponmebacks Will Leave Your Annoying WhatsApp Opents Speechless!

3 comments:

  1. waaa...
    xleh nk mndi mlm selalu sgt dh ni
    nice info
    lgpon mmg xbaik mndi mlm kn
    tp dh kdg2 blik lewat
    haish ....
    xboleh nk elak :)

    ReplyDelete
  2. tapi masa ngandung dulu mmg selalu mandi memalam.. patut la nampak tua.. hahaha.

    ReplyDelete
  3. Tanpa di sedari kita sendiri yg mempercepat proses penuaan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!