RAHSIA BEDAK AGNESIA YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU

29.6.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

Punya la banyak produk dok beli alih2 bedak agnesia jugak paling membantu di musim panas ni. Yelah.. masuk je bulan puasa, cuaca dari agak panas dari kebiasaan. Kebetulan aku pulak baru jer nak cuba pencuci muka baru yang tak pernah aku cuba sebelum ni. Maka tetiba kulit aku jadi masalah balik even masalah lama pun bukan settle lagi. Mood terus dari beauty rasa jadi beast. Hahahaha

Panas menyebabkan kulit aku jadi berminyak lepas pakai pencuci muka bio essence Tanaka white. Lepas tu aku tambah pulak dengan koleksi skin care baru Evesoft skinz youth recall hydrating toning lotion.. konon nak bagi pori mengecil. rekemen akak kerja kat guardian kat kulim. Dah la kulit jadi berminyak.. pakai pulak tonner eversoft tu.. masalah jadi double. Minyak tambah muka aku tepi2 hidung jadi macam ruam & naik jerawat pasir pulak. Faktor cuaca panas jugak. Gelabah punya pasal aku order ephyra skin bar dengan dkna abza.

Produk yang kena kuarantin dulu.. hahaha

Sementara tunggu sabun pencuci epyhra tu sampai.. aku stop dulu semua skincare yang aku guna.. aku pakai bio essence miracle bio water foamy cleaser  yang ada fungsi oil control kemudian.. aku tempek je bedak agnesia. Pakai macam bedak sejuk tu. Alhamdulillah 3 kali jer pakai bedak agnesia.. minyak, ruam & jerawat pasir dah takde. Sebab bedak agnesia memang membantu menyembuhkan ruam pada kulit. Musim panas memang sesuai sapu kat anak anak bedak agnesia ni. Dia macam menyejukkan kulit jugak la. tapi sebelum ni mungkin ada antara korang yang tak tahu bedak agnesia boleh jugak di gunakan untuk masalah kulit wajah seperti jerawat, gatal,ruam,kulit berminyak bagai..Sebenarnya untuk kulit berjerawat pun boleh rawat dengan bedak agnesia sebab dia ada antiseptic yang membunuh kuman. Yang penting bedak ni murah jer berbanding skincare yang lain. Di percayai turun temurun & di gunakan kat kedai gunting rambut india sejak dulu kala hahahaha.


Semalam aku nak keluar pun aku skip pakai foundation. Aku cuma pakai bio essence sunscreen moisturizing cream yang ada spf 56, Maybeline pure concealer Mineral (aku pakai macam foundation. Tempek satu muka hahahaa) & bedak ronasutra. Alhamdulillah.. even cuaca panas muka tak jadi kuali goreng ikan sangat.


Skincare pulak aku pakai yang biasa aku pakai sebelum ni lepas minyak kat muka terkawal, ruam dah takde & jerawat pasir dah hilang .. Pakai balik la Bio essence bio gold water, Bio essence bird nest double whitening cream, Nour Ain night cream & cleanser aku pakai bio essence miracle bio water foamy cleaser. Yang aku reject buat sementara waktu.. Tanaka white cleanser & Eversoft tonner. Rasanya aku berani dah pakai kot hahaha..

Moral of the story.. petua yang aku boleh share bila korang cuba sesatu produk tu macam bagi effect tak baik kat kulit korang jangan terus pakai dulu. Stop & rawat. Macam aku stop semua termasuk skincare yang aku pakai sebelum ni.. aku rawat dulu dengan bedak agnesia... lepas dah ok baru pakai skincare yang aku pakai sebelum ni. Jangan ambil risiko.. nanti takut korang sendiri tak sudi tengok muka sendiri. hehehe


Yang menarik
Ni cara pelumba kereta profesional malaysia buat duit, jom tengok >> Berapa banyak duit pelumba kereta profesional boleh buat <<  

6 comments:

  1. oh bedak ni..selalu guna tp xsure jenama ni ke jenama apa pnh guna.. rjin dlu guna bedak antiseptik.. kulit zaza pun lepas stop smua benda n guna serum babeskin dan ubat doc.. skg dh nk ok dah akk...hehe

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg menarik..tahan gak muka sis guna pelbagai produk..dan baru Sal tahu bio essence ada spf 56...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebenarnya banyak pakai produk bio essence jer.. cuma night cream nak abiskan nour ain.

      Delete
  3. rajin suria cuba macam-macam produk ye
    saya kalau dah setia dengan satu, memang guna tu ajelah sampai bebiler =)

    bedak ni ada aje kat rumah sebab aisyah selalu kuar ruam =)

    ReplyDelete
  4. Tak sudi tengok muka sendiri memang sadis sangat tu

    ReplyDelete
  5. selalu juga dulu guna agnesia ni..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!