ROKOK SELUDUP SUMBANG DANA KEPADA AL QAEDA & TALIBAN

7.6.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

Kempen rokok seludup sekarang semakin rancak di perkatakan.  Pelbagai kajian terhadap rokok seludup di dedahkan.. termasuk kandungan yang di katakan ada najis manusia. Watdehek kan? Dok sedut najis la perokok seludup selama ni.hahahaha

Kalau pasal merbahaya ni tak payah cerita, katanya lebih bahaya 3 kali ganda dari rokok yang masuk secara sah. Malaysia di iktiraf sebagai negara kedua terbesar dalam jenayah rokok seludup ni. Kira kategori Champion jugak la.

Macam macam cara nak bawak masuk rokok seludup

Tapi masalah paling terbesar Malaysia apabila rokok seludup ni menyebabkan kerugian RM1.9 bilion setahun kepada kerajaan. Bukan sikit tu.. sebab tu kempen membenteras rokok seludup giat di jalankan sekarang ni.

Orang yang membeli rokok seludup jugak di sifatkan sebagai mereka yang menyumbang pada penjenayah global sebab katanya rokok seludup antara penyumbang kepada Dana kumpulan Al Qaeeda, Taliban & pertubuhan jenayah yang lain di dunia. Ni bukan aku reka reka cerita ok. Tak caya baca sendiri kat sini >> Tahukah Anda Perdagangan Rokok Seludup Ada Kaitan Dengan Jenayah Terancang Dunia? <<

Moral of the story kat Malaysia ni merokok tak salah tapi yang jadi salah adalah bila korang hisap rokok seludup. Peace Yo!

2 comments:

  1. Merokok membahayakan kesihatan diri dan orang lain.

    ReplyDelete
  2. 1.9 bilion kerajaan rugi mesti le mengamuk sakan...cuba kalau kerajaan tak rugi pegi jahanam le sape pon nak isap rokok seludup camni...prihatin ada makna gitu...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!