RUMAH SEWA ORANG MATI DI BUNUH JADI BERHANTU

8.6.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

Kita yang menyewa ni.. kadang2 tak tahu salasilah rumah yang kita nak sewa. Tak tahu siapa penyewa sebelum ni.. tak tahu apa yang pernah berlaku pada rumah tu & tak tahu rumah tu ada penghuni tak nampak ke tidak. Bila kita dapat rumah yang kita rasa sesuai dengan kita tak kira tempat dia strategik atau sewa dia yang dalam kemampuan mahupun rumah tu selesa untuk kita tinggal.. Maka selalunya kita akan terus deal. Jarang sangat nak tanya pasal penyewa sebelum ni. Kalau tanya tuan rumah  takkan bagitau punya.

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Bila jadi banyak kejadian bunuh kat rumah ni aku terfikir jugak.. yelah sekarang ni zaman viral so rumah yang pernah berlaku kes pembunuhan kejam macam yang berlaku pada sebuah rumah sewa yang di sewa sekeluarga kemudian berlaku kejadian bunuh & mayat si anak di tanam bawah lantai dapur kemudian di simen semula.. Lepas selesai siasatan & kes, ada lagi ke orang nak sewa rumah tu?

Kebanyakkan rumah macam ni akan jadi rumah hantu sebabnya jarang dah nak ada orang duduk. Bila dah tinggal & di biarkan usang maka datanglah makhluk2 tak nampak, nak2 lagi tempat yang pernah jadi pembunuhan memang antara sempat kesukaan jin. Spesis jin ni memang suka sangat nak tinggal free. Amaklum la orang tak nampak. Lepas tu mula dia buat hakmilik. Kalau ada orang lain datang tinggal start la dia menyakat.

Sebenarnya rumah2 macam ni boleh di bersihkan mengikut ritual keagamaan masing2. Kalau milik orang Islam.. buat cara Islam. Begitu jugak kalau pemilik dia non muslim buat cara depa je la. Tapi tu la yang susah nak bersih adalah mentaliti masyarakat. Asal rumah orang mati kena bunuh jer.. mesti jadi rumah seram berhantu. Maka mula la blog melekit nak up cerita segmen seram serik lekat lekit. Yelah.. asyik dok momokkan orang dengan cerita seram pasal rumah tu maka aku pun bernafsu jugak nak tulis hahahaha.

Kesian kan.. bila yang berlaku kes macam tu adalah rumah sewa & yang buat adalah penyewa maka yang teraniaya adalah pemilik rumah tu. Rumah dia dah jadi takde value lagi. Kecuali hartanah memang ada value la. Roboh & bina semula. Tapi nak buat macam mana kalau dah takde rezeki dari rumah tu... macam aku hari ni cream bird nest bio essence anak aku campak dari tingkat 9. Banyak lagi isi dalam tu.. tapi dah takde rezeki maka berkecai kat lantai bawah je, Mujur tak kena kepala orang. Kalau tak bocor jugak. erkk.. ada kena mengena ke dengan cerita rumah orang mati di bunuh. Hahahaha..tetap nak bagitau tu.

Moral of the story... Jangan terlalu taksub dengan momokkan cerita rumah yang ada orang mati di bunuh atau bunuh diri akan jadi berhantu. Jangan terpengaruh dengan filem. Yang jadi berhantu bila rumah tu di biar kosong bukan hantu dari roh orang yang mati tu.


Yang menarik
Sebelum merancang untuk ada anak, ni yang perlu korang buat dulu >>Planning to have children soon? Stop what you’re doing and check this out now. <<

5 comments:

  1. MEMANG MENYERAMKAN ......

    ReplyDelete
  2. kalau cite tu orang tahu, memang automatik takdelah orang nak beli atau sewa
    kalau bukan islam percaya tak elok duduk rumah gitu
    macam akan bawa bala pada diorang

    tapi cite antu memang akan angkat cite gini konon nak bagi seram
    penah tengok cite seram bollywood kalau tak silap saya bhoot?
    cite pasal rumah tu ada pembunuhan juga
    bestlah juga. 1st cite bollywood yang saya tengok takde orang berjoget or nyanyi =)

    ReplyDelete
  3. Akak gigih baca cerita hantu je dik... tapi kalau duduk rumah berhantu...kim salam

    ReplyDelete
  4. Memang orang takut nak duduk rumah yg ada tragedi berdarah mcm ni,even tuan rumah ti sendiri kot..

    ReplyDelete
  5. Salam. nak tanya berbaloi tak kalau beli rumah murah sebab ada kes bunuh kat rumah tu sebelum ni? bajet pun cukup2 je sbb discaount harag dalam 100k sebab kes tu. nak pindah dgn family, ada baby kecik jugak. tapi bajet tu je yg mamapu. kalau buat majlis baca doa panggil ustaz baca quran etc ok ke? risau pulak

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!