UNFRIEND.. MEMBONGKAR SEGALA RAHSIA & RASA

4.6.15 Suria Lekatlekit 11 Comments

Dah nama blogger ni setiap kejadian atau perkara berlaku mesti jadi inspirasi nak menulis. hahaha itu otak seorang penulis kot even penulis blog je. Nak2 lagi blogger macam aku ni yang ramai haters dalam nama kawan. Tapi benda tu tak pernah buat semangat berblog aku down walau seinci pun. Malah.. aku sentiasa ada idea nak update blog.



Alkisah.. aku unfriend sipolan ni. Sebab yelah.. kita dah tua nak balas2 sindir ni rasa alahai kebudakannya aku. Malu la pulak kat diri sendiri rasanya.  Tetiba je dapat hidayah nak buang tabiat sarcasm ni. Yer dulu aku memang suka sarcasm tapi sebab aku ada niat nak kurangkan benda tu kat FB maka aku rasa yang mana mengajak sangat aku berbalas tu bagus jugak aku unfriend jer. Maka aku rasa unfriend je la. Aku ni jenis fighter so baik la aku berundur untuk kebaikan kedua belah pihak. Lagipun sipolan tu pun merasakan aku macam penyumbang dosa pada dia yang dok baca statement2 pedas aku kat FB. Ni kira membantu dia dari terpalit dosa yang aku buat la. Yelah aku bukan baik sangat. Hahahahha

Tak sangka la pulak.. dia akan up pengakuan ikhlas ni kat blog dia. even dah unfriend bagi aku bukan putus kawan pun. Sebab tu aku masih rasa nak intai cerita kat blog dia. Sebab aku anggap benda ni sangat small matter. Dari hint jelas sangat akulah orang tu. Serius aku tak pernah terfikir atau sangka aku salah seorang bahan umpatan dia selama ni. Tak best pulak guna perkataan mengumpat tukar gosip la baru retis sikit katanya.hehehehe. Punyalah baik sangka aku dengan dia sampai tak terfikir pun orang sedang bergosip aku kat belakang. Mujur tak masuk blog beautifulnara.hikhikhik Mesti aku popular di kalangan orang2 yang dia suka bercerita kan. Kalau nak otograf jangan segan2 minta yer... hehehehe. Memang aku suka tegur dia.. komen dia.. bangkang dia.. selalu cerita situ abis situ je. takde membawa sampai nak ajak orang lain PM semata mata nak kutuk dia ker.. atau cerita dengan laki aku apa2 pasal dia. Sebab takde benda yang terkesan pun pada aku pasal dia. Cuma cerita di alam maya. Lagipun aku dengan laki aku lebih suka mengumpat drama adaptasi novel & sinetron indonesia kat TV je. hahahaha..

Dia mengaku memang dia selalu mengumpat  Gosip pasal aku.. So dia bersyukur bila aku unfriend dia. Katanya kurang la dosa dia mengumpat Gosip aku. Baru aku tahu selama ni dalam baik pun dia mengumpat gosip pasal aku. Tak sangka selama ni dia anggap aku ni seorang yang rasa diri aku sentiasa betul. Yang tu aku tak salahkan dia. Tu pendapat dia tentang diri aku so aku terima sebagai satu teguran je. Maybe cara aku nampak macam tu kot. Insya Allah aku cuba kurangkan kejujuran aku ni bila memberi pendapat. rasa tak boleh sokong kita diam & biar je. Sebab bukan semua orang suka kita jujur. Macam pernah aku baca kat entri Kak Diana. Kadang2 kita rasa kita seorang yang telus tapi tanpa sedar benda tu menyakiti hati orang lain so adakala kita perlu bersikap tidak peduli jugak. Komen apa yang boleh sedapkan hati orang sudah. kita melantang dalam blog jer hahahaha.

Kesimpulannya.. Tak salah la aku unfriend dia sebab untuk kebaikkan dia jugak. Kurang jugak dosa dia kan. Alhamdulillah pilihan yang aku buat tu bagi manafaat jugak pada dia & bagi pengajaran pada aku.  Unfriend banyak sebab sebenarnya.. salah satu sebab, kadang2 sebab sentap, aku boleh unfollow tapi kalau orang yang sentiasa sentap dengan status aku masih follow post2 aku pun jadi masalah juga tu yang berlaku sindir menyindir. Apa yang aku buat adalah cuba untuk tidak berperang dengan orang lain sebab aku tau kelemahan aku adalah suka membalas balik statement orang tak kira secara direct atau sarcasm. Nak buat camna saka kebot warrior tu tak boleh buang. Nak kena pi jumpa bomoh VVIP 1 Malaysia gamaknya.hahahaha... Tapi aku jenis cerita situ abis situ. So aku cerita sini abis sini.

Moral of the story.. paling penting tak payah menyibuk masalah orang lain.Yang sakit atau susah depa, kau tengok je. Nak komen just komen kesian.. sabar... Semoga baik. Tapi bukan semua orang suka kita komen suruh sabar. hahahahaa... so, tak payah komen terus la.  Ingat yer semua.. Serapat mana pun kita dengan seorang kawan, Tak semua kawan boleh terima kita bersikap jujur dalam memberi pandangan. Kadang2 orang anggap kita rasa diri kita sentiasa betul & orang lain semua salah bila kita bagi pandangan yang tak memihak pada mereka. Dan jangan anggap kawan akan simpan semua rahsia kita bila putus kawan. Sebab tu kita perlu jaga rahsia sendiri tak perlu sangat nak berkongsi rahsia dengan kawan sebab kita tak tahu di masa akan datang adakah dia masih seorang kawan atau tidak. Peace!

P/S : Kadang2 Allah menggerakkan kita melakukan sesuatu untuk memberitahu kita sesuatu. Entri ni tak bertujuan nak memburukkan sesiapa. Aku pun manusia so aku pun nak cakap jugak bagi pihak 'Rasa Hati' aku. Takkan orang lain boleh buat aku tak boleh, kan? Semoga Aku berubah jadi orang yang lebih baik selepas ni.. Insya Allah. hehehehe

P/S : Kebanyakkan orang yang konon tak suka dengan statement2 aku kat laman sosial mesti touching kalau aku unfriend @ unfollow.. ni la di katakan benci tapi rindu kot. hihihihi  tapi nak buat macam mana cinta antara kita bertualang dosa.. Jadi berpisah jua akhirnya. hikhikhikhik...


Yang menarik
Yang merancang percutian musim cuti sekolah ni meh tengok sini 8 perkara yang kerap berlaku semasa kita pergi bercuti & cara nak atasinya
Ini Yang Perlu Anda Lakukan Bila berlaku 8 Perkara Yang Tidak Di Ingini Semasa Bercuti

11 comments:

  1. mengalah tidak semestinya kalah.. biarlah orang nka kata apa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengalah & mengaku salah jer... Sebab terang2 kita pun ada silapnya jugak. hehehehe

      Delete
  2. mcm tahu je lekit cete pasal sape..hahaha..xsangka plak lekit rupanya yg dia tuju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapapun dia moga dia jangan ikut la perangai buruk saya.. kalau dia pun tak suka, apatah lagi orang lain. Jadi.. pilihlah orang lain jadi icon @ idola hehehehe

      Delete
  3. Tula...setiao yg berlaku psti ad hikmah dia kan sis..take it postively...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima dengan positif ni.. terima juga kesilapan diri sendiri..

      Delete
  4. serba salah pula nak komen
    cuma pada saya, kalau kawan tu seorang kawan yang baik
    bagaimana teruk pun perhubungan kawan tu, rahsia yang diamanahkan tetap disimpan
    ia melibatkan integriti seseorang invidu

    tapi yelah, ini namanya kehidupan
    kadang ianya membantu kita jadi lebih matang untuk melalui perjalanan seterusnya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. orang yang tak pernah buat silap mustahil boleh tahu apa yang terbaik & lebih baik. So, kadang2 kesilapan tu membantu kita jadi lebih baik di masa akan datang & mengajar kita tentang siapa yang boleh kita percaya atau tidak

      Delete
  5. Sebab tu kathy tak suka sangat dedahkan rahsia peribadi dgn org. Cukuplah dia kenal apa yg kathy tulis kat belog je. Tapi alhamdulillah,hingga hari ini kathy masih mampu menjdi hamba Allah yg boleh menjaga rahsia org lain.

    ReplyDelete
  6. hahaha, kecik perkataan 'mengumpat' tu >.<

    ReplyDelete
  7. Mintak dijauhkan kawan2 yg camtu...depan lain belakang lain...salute ko dik sebab kite ni manusia mana ada sempurna....semperna bulan ramahdon yg tak lama lagi ni jom sama2 la kite cuba perbaiki kelemahan dan kesilapan....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!