KISAH GADIS 15 TAHUN BUNUH DIRI SELEPAS SELESAI SOLAT ZUHUR

10.3.16 Suria Lekatlekit 8 Comments

KISAH GADIS 15 TAHUN BUNUH DIRI SELEPAS SELESAI SOLAT ZUHUR. Kadang2 sebagai ibu bapa kita rasa cara didikan kita dah cukup betul bila melihat anak cemerlang dalam pelajaran, tidak nakal, rajin bersolat & mengaji. Kita rasa cara kita dah cukup betul.. tegas dari awal usia untuk membentuk anak yang cemerlang di mata masyarakat tanpa menyedari sebenarnya kita sedang melakukan satu kesilapan paling besar yang hanya menunggu masa untuk musnahkan segala yang kita miliki hari ni.


Terbaca kat blog OhBulan.. Sebelum ni tak follow OhBulan sangat kat facebook.. rupanya blog OhBulan ni best juga cerita2 dia yang memberi pengajaran. Alkisah seorang ibu datang pada seorang penulis media sosial ni untuk menceritakan tentang kejadian anak perempuan dia yang berusia 15 tahun mengantungkan diri selepas selesai solat zuhur. Betul2 menyentapkan hati seorang ibu macam aku. Hati ibu mana boleh terima.. anak baru selesai beribadat boleh mengambil tindakkan sebegitu.

Katanya.. Mereka ni dari keluarga yang memang di segani jiran tetangga. Bukan sahaja mempunyai kehidupan yang selesa malah mempunyai anak2 yang baik akhlak & cemerlang dalam pelajaran. Tapi semuanya hilang dengan sekelip mata selepas kejadian salah seorang anak perempuan mereka yang mati membunuh diri. Pada awalnya memang si ibu ni tak faham kenapa si anak yang baru selesai solat zuhur.. sanggup mengantungkan diri dengan telekung. Semasa mereka berjaya masuk ke dalam bilik gadis tersebut.. memang semuanya dah terlambat. Gadis itu sudah tidak bernyawa tergantung dengan telekung yang di gunakan sebagai alat mengantungkan diri. Hanya kerana mendapat nombor dua dalam keputusan peperiksaan percubaan.. anak gadis ni mengambil keputusan yang mengecewakan kedua ibu bapanya.

Semuanya kerana.. pada suatu malam sebelum dia ke sekolah. dia tanya kat bapak dia.. Kalau dia tak berjaya dapat nombor satu macam mana? Si bapak ni memang terkenal dengan ketegasan  menjawab.. " Kau bukan lagi anak aku!" Si Ayah ni memang perangai dia tak pandai nak bermanja dengan anak anak.. Apa yang dia pentingkan cuma pelajaran. Dia akan pastikan anak dia semua cemerlang dalam pelajaran. Kalau merosot sikit pun dia akan hantar ke kelas2 tuisyen. Semua anak anak dia boleh membaca seawal 4 tahun. Memang dia seorang bapa yang mementingkan kecermelangan akademi berbanding perkara lain.

Yang si Anak gadis ni jenis suka tagih perhatian.. Macam2 cara dia buat nak bermanja dengan ayah dia tapi ayah dia tapi tetap Si Ayah tak pernah cuba untuk bagi ruang pada dia untuk di manjakan. Pernah dia cuba buat kek masa harijadi ayah tapi kena marah. Kata si Ayah lebih baik beli dari buang masa buat kek. Lagi bagus masa tu guna untuk belajar. Pernah dia cuba buat sarapan kegemaran ayahnya tapi di marah katanya nak jadi bibik macam orang indon. Pendek kata.. Ayah dia ni benda lain dia tak fikir asyik suruh belajar sampai anak2 pun tak reti bergaul & bersosial. Kehidupan mereka hanya dengan buku sahaja.

Sedih kan kalau dapat bapak macam tu? Bapak kita pun ada jugak tak pandai belai2 anak tapi tak ada la asyik paksa belajar je. At Least ada jugak dia bagi kebebasan bermain & berkawan. Sebab benda tu penting untuk proses membesar seorang anak.

pada saat jenazah si anak tu nak di pengebumian.. Jadi pertikaian penduduk setempat. Ada yang mengatakan anak itu bukan lagi muslim. Ada yang menyuruh jenazah di kebumikan di luar kawasan tanah perkuburan. Waktu tu la si Ayah merayu supaya jenazah anaknya tak di perlakukan sedemikian rupa. Perkara tu dah pasti menjatuhkan maruah & air muka dia yang selama ni di segani penduduk setempat. Selepas selesai upacara pengebumian.. Si Ayah hilang selama 2 bulan &  muncul semula dalam keadaan yang sangat berbeza.

Menurut cerita si Ayah selama kehilangan dia, dia banyak bergelandangan & menumpang tidur di masjid2. Hampir berpuluh kali dia bermimpikan si Anak di jerut leher dengan tali cemeti kemudian di gantung pada satu pohon yang tinggi. Si Anak minta tolong pada Ayah tapi si Ayah tak mampu menolong. Mimpi tersebut buat si Ayah kadang2 takut untuk tidur.

Dia sedar akan kesilapannnya walau dia tahu dia tak mampu lagi menolong anak gadis yang telah pergi tapi perkara tu merubah dia menjadi seorang ayah yang lebih penyayang & pandai bermesra dengan anak anak.

Pengajaran dari kisah ni.. Ramai mungkin takkan sangka gadis manis bertudung litup dalam wajah yang cukup suci boleh mengambil keputusan membunuh diri tapi di sebalik kisah hidupnya.. Mungkin bukan sesuatu yang mustahil bagi sesiapa sahaja yang berada dalam diri gadis yang masih mentah untuk tersalah buat keputusan boleh melakukan perkara macam tu. Mak ayah mana tak nak anak2 dia berjaya tapi tegas perlu kena pada tempatnya. Kalau salah cara.. walau nampak cemerlang di mata masyarakat tapi sebenarnya kita gagal & akan nampak kegagalan itu bila anak anak mula memberontak.

Moral of the story.. Tengok mak bapak zaman sekarang push anak2 belajar sampai macam tak cukup rehat. Pagi petang siang malam ada kelas. Pagi sekolah. Petang kelas agama, malam mengaji atau tuisyen. Hari minggu pun kadang2 ada tuisyen. Kita dulu pun belajar tak sampai macam tu. Nak2 lagi budak kampung macam aku. Petang jer memang aktiviti wajib keluarkan peluh katanya. Tu beza budak kampung dengan budak bandar. Tapi ada jugak budak kampung yang tak berapa kampung. Tak caya? Meh test kat sini nak tau korang betul2 budak kampung atau budak bandar >> Kalau Nak Tahu Korang Kategori Kampung atau Bandar Meh test sini << Yang feeling bandar tu.. bandar sangat ke korang lepas test? hahaha

8 comments:

  1. moga kisah ini menjadi iktibarlah pada ibu bapa lain..semua ibu bapa nak anak mereka cemerlang..tapi kena tengok juga..cemerlang yang bagaimana..selalu kita dengar anak derhaka..tapi kita jarang ambil tahu bagaimana derhakanya ibu bapa kepada anak..

    ReplyDelete
  2. Hmmm.. terkesan dgn kisah ni. Memamg menyayat hati.

    ReplyDelete
  3. iman kurang mantap ke dalam jiwanya..salah siapa kalau bukan orang di sekelilingnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy sendiri ada rasa nk bunuh diri... Tapi jangan risau sy xkan bunuh diri... Orang bunuh diri biasanya sbb tekanan dah di kemuncak sy sendiri akan gagal kawal emosi dan mengamuk ada rasa nk cedera diri sendiri + bunuh diri.. Sy dah tahan bertahun2 rasa nk bunuh diri, tapi nak ingatkan kami bukannya lemah iman atau akal sempit

      Delete
  4. Menyusup di hati.
    Moga menjadi teladan buat kita semua.

    ReplyDelete
  5. Semoga dengan artikel ini bisa menjadi inspirasi & pelajaran bagi kita, khususnya saya yang sudah baca

    ReplyDelete
  6. Sy sendiri ada rasa nk bunuh diri... Tapi jangan risau sy xkan bunuh diri... Orang bunuh diri biasanya sbb tekanan dah di kemuncak sy sendiri akan gagal kawal emosi dan mengamuk ada rasa nk cedera diri sendiri + bunuh diri.. Sy dah tahan bertahun2 rasa nk bunuh diri, tapi nak ingatkan kami bukannya lemah iman atau akal sempit

    ReplyDelete
  7. Sy sendiri penghafaz Quran sy dah hafaz 18 juz ada sesiapa boleh tolong ni no. Sy 0179240281 dan email Syahmi.azhad.sa@gmail.com

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!