ADA KE ORANG BELI KALAU REVIEW DI BLOG?

8/22/2016 05:31:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

ADA KE ORANG BELI KALAU REVIEW DI BLOG? Soalan tu antara soalan biasa blogger akan dapat dari sesetengah client yang merisik untuk menggunakan khidmat blogger. Ramai blogger macam tak puas hati bila di tanya soalan macam tu.. Aku pun mula2 rasa macam tu. Sebab kita budget macam semua orang faham fungsi blog. Yang dok review kat blog tu bukan semua blogger... Kebanyakkan memang bukan blogger malah ada yang masih baru kenal dunia online & baru berjinak jinak dalam aktiviti perniagaan secara online maka target depa apapun budget depa nak keluar pasti depa nak ada pulangan keuntungan.


Jangan marah wahai blogger bila di tanya soalan macam tu. Kita kadang2 kena duduk dalam situasi orang yang berniaga jugak. Orang berniaga bukan semua faham fungsi blog macam aku cakap awal tadi la. Depa cuma faham apa yang depa sedang buat jer... Memang agak annoying soalan macam tu bagi kita. Seolah olah depa anggap blogger ni macam jurujual online produk atau jurunding perkhidmatan depa je. Takpe kalau ada yang tanya macam tu.. Tarik nafas, senyum, lapangkan hati & jawab.

Nak jawab macam mana.. Aku bagi tips secara santai je la yer. Sebab aku ni bukan reti sangat nak formal2 dalam penulisan ni. Jawab je.. blog adalah salah satu sumber rujukan orang zaman sekarang. Sebab orang zaman sekarang dah tak berpandukan iklan TV, radio, suratkhabar sangat bila nak mencuba sesuatu produk atau perkhidmatan. Orang sekarang lebih selesa google baca review & pengalaman seseorang guna produk atau perkhidmatan tu. Sebab orang sekarang memang hidup dengan smartphone,gadget elektronik & internet kat mana2 saja. Apa je depa nak cari semua kat internet. Jadi dengan menjadikan blog sebagai medium memperkenalkan & mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka boleh jadi satu kelebihan bila orang lain google. Sebab bila ada yang review produk & perkhidmatan anda, maka ia dah tersenarai dalam carian google. Lagi banyak blogger review tentang sesuatu produk & perkhidmatan tu lagi menambah keyakinan kepada pelanggan untuk mencuba jadi membuka peluang anda menjana keuntungan. Tapi blogger bukan menjanjikan selepas produk atau perkhidmatan anda sudah berada di sesatu blog sales anda akan melonjak sampai juta juta lemon. Ia bergantung kepada kebaikkan, keberkesanan & keperluan sesuatu produk atau perkhidmatan tu. Bergantung dengan budget korang jugak la.. kalau nak jadi viral ambil la ramai blogger untuk tulis pasal produk & perkhidmatan korang tu. Bila ramai blogger bercerita pasal sesuatu produk & perkhidmatan ia boleh menarik minat orang untuk mengenali seterusnya mungkin mencuba.

Sebab tu penting kalau nak minta blogger review terutama produk.. bagi free produk untuk blogger cuba sebab nanti dalam review blogger akan bagi sekali testimoni & pengalaman menggunakan produk tu. Kalau memang berkesan.. Ia menjadi salah satu bukti untuk menyakinkan pembeli. Tapi blogger ni memang kebanyakkan tak letak syarat wajib bagi free produk. Yang wajib bayar upah dia menulis review jer. Yelah.. kami pun bekerja. Ingat kerja menulis blog ni tak perlu modal hanya perlu kreativiti je ke? Modal masa, tenaga, bil eletrik, internet bagai semua bukan free. Lain la kerajaan sponsor semua tu kat blogger. hehehe

Moral of the story.. Buat blogger semua terutama yang berjiwa muda, cepat sentap & marah tu. Kadang2 memang ada client yang sangat annoying tanya soalan bukan2. Biasa la manusia ada macam macam perangai. Dalam family kita sendiri pun ada yang perangai annoying. Inikan pulak client/customer.. Selagi kita rasa boleh jawab, jawab je. Kalau tak boleh matikan perbincangan & bagitahu setakat tu je kita mampu beri penjelasan. Kita chill sudah katanya. hahaha... konon macam aku ni sentiasa cool sangat kan? wakakakaka

P/S : Sepanjang aku membuat review berbayar ni, Alhamdulillah ada jugak feedback dari client yang kata ada jualan selepas aku review. Kebanyakkan pelanggan dia dapat tahu dari review blog aku. Kalau nak try test boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com

2 comments:

  1. awal2 memang tak suka suka soalan tu..tapi rilek je..jawab dengan bijak dan yakin.Jangan jawab sampai advertiser menyampah lepas tu lari.sampai bila2 dia tak cari kita dah.Ada blogger yang sampai advertiser tanya pageview pun dia tak suka..ahahahh...Benda2 tu sebenarnya advertiser wajib tahu dan kita kena bagi tau.Duit dia kan..dia nak bayar kat kita ,kita kena la buat yang terbaik..

    pengalaman akak biasanya bila akak dapat advertiser yang cerewet, itulah yang akan datang lagi pada akak untuk minta review..padahal kalau dia email je akak mula dah pening kepala..nak tolak serba salah sebab tak de sebab nak tolak.ekekek..

    ReplyDelete
  2. Saya pernah tempah iklan di blog Cik Akak (Blogger Naomay). Alhamdulillah, saya bayar RM10, ada juga orng beli buku saya melalui blog beliau. Dua bulan saya beriklan di blog beliau. Saya puas hati walaupun sambutan tidak seperti yang diharapkan. Tapi dari segi ROI, kira berbaloi2 juga. Saya beriklan RM20 untuk 2 bulan. Jualan saya 4 biji buku.
    So kiraan dia:
    4 X a - RM20
    = 4a- (Rm20)= gross profit.
    Net profit= 4a- (RM20 + minyak kereta pegi pos office + dakwat pen + sampul surat)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com