GANGUAN SERAM RUMAH TINGKAT 4 KUATERS JKR SEKSYEN 24 SHAH ALAM

8/11/2016 08:03:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

GANGUAN SERAM RUMAH TINGKAT 4 KUATERS JKR SEKSYEN 24 SHAH ALAM. Aku kalau stress je mesti nak baca cerita seram. Entah kenapa bila di selubungi misteri ni hilang pulak stress. Sebab stress punya pasal terbaca satu kisah yang berlaku kat kuarters JKR seksyen 24 shah alam. Peristiwa seram ni di alami oleh sebuah keluarga. Tapi yang share kisah ni adalah pihak bini dia. Sebab bini dia selalu je kena gangguan kat rumah tu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Macam biasa rumah yang ada gangguan jin ni memang akan ada gangguan bunyi orang seret barang atas lantai la, bunyi guli jatuh la, bunyi orang keletung keletang macam memasak kat dapur tengah malam, bunyi orang seret tong gas tapi keluarga ni extreme sikit sampai bunyi orang tumbuk sambal belacan pun ada. Macam aku dulu jugak la.. Dok anggap orang tingkat atas yang buat semua bunyi tu tapi ending bila jiran tingkat atas dah pindah bunyi tu tak ikut pindah sekali. Still ada walaupun rumah kosong... maka pepaham je la.

Seperti yang aku & suami pernah rasa.. memang tension giler beb dengan gangguan bunyi2 macam tu siang malam pagi petang membawa ke tengah malam. Boleh ganggu mimpi indah tau tak.Tension la depa ni tengah sedap2 tido tetiba dengar bunyi orang seret tong gas. Tapi depa masih anggap orang tingkat atas memasak sebab dia kerja awal pagi & perlu menempuh perjalanan dari shah alam ke KL setiap hari

Nak di jadikan kisah seram tu pada satu malam ni.. dalam pukul 12 macam tu tetiba anak dia meraung. Time tu baby lagi. Kebetulan suami dia pulak kerja shift malam. Bila anak menangis macam tu memang aku pun cuak. Nak2 suami tak ada kat rumah & kita sorang2. Sebab anak dia terus terusan menangis non stop dia mula baca la apa2 yang patut dengan harapan kalau ada apa2 gangguan moga gangguan tu pergi. Tapi tetap anak dia menangis tahap nak keluar anak tekak. Sebab tertekan campur takut campur marah.. dia menjerit Agar apa2 benda yang menganggu anak dia tu kesian & berhenti ganggu anak dia. Alhamdulillah dengan izin Allah anak dia berhenti menangis & tido sampai ke pagi. Start dari kes tu dia mula syak rumah dia duduk ada something yang tak kena.

Bila suami dia balik kerja dia pun mengadu domba la akan kejadian seram yang berlaku semalam. Suami dia cuma cakap tempat depa duduk dulu kawasan kelapa sawit jadi mungkin bekas penempatan makhluk2 itu yang di rampas manusia. So chill sudah.. hehehe tapi tetap dia rasa nak pindah cuma bila fikir tak tau nak pindah mana so pilhan yang ada stay dulu.

Gangguan bunyi seret tong gas, bunyi guli bagai macam satu irama biasa dalam kehidupan depa selama tinggal kat situ jadi dah tak ada rasa nak takut cuma ada satu kejadian seram lagi berlaku bila anak dia dah masuk fasa boleh cakap sikit. Malam tu suami dia kerja malam lagi.. Tinggal dia dengan anak dia sedang menonton TV dalam pukul 10 malam gitu. Tetiba anak dia dok tunjuk kearah pintu bagi isyarat macam ada orang kat pintu. Mula2 dia buat tak kisah tapi bila anak dia tetap bersungguh tunjuk kearah pintu dia mula rasa tak sedap hati. Mula la meremang segala bulu buluan yang ada. Mulut mula terkumat kamit membaca apa yang patut. Tapi bukan baca mentera semerah padi yer.. dia baca ayat2 suci al quran. Anak dia tak habis2 dok ajak pergi dekat pintu. Apa lagi tindakkan drastik mak dia.. tutup tv angkut anak masuk bilik. Masuk bilik pun anak dia tetap nak ajak keluar ke pintu. Sebab terlampau takut dia ambil anak tarik selimut terus tertido sampai ke pagi.

Kes ketiga katanya selepas beberapa tahun.. tahun tu suami dia tak dapat cuti raya so beraya la mereka di rumah berhantu tu. Seminggu sebelum raya jiran tingkat atas dia dah balik kampung jadi rumah tu memang kosong la tapi malam ketiga raya berlaku satu lagi kisah seram. Almaklum raya macam cerita best kat TV maka depa laki bini pun layan la TV sampai tengah malam.. dalam pukul 12 tengah malam tetiba dengar bunyi riuh dari rumah tingkat atas. Macam ada kenduri atau majlis makan makan. Bunyi orang gelak ketawa, bunyi budak2 berlari riang ria di hari raya kat tingkat atas. Secara logiknya tetengah malam takkan la kau tak reti respect jiran tetangga tapi nak lebih misteri jiran atas dia sebenarnya masih lagi bercuti raya kat kampung masa tu. So rumah tu pada malam kejadian pun tak ada sesiapa. Bila fikir macam tu masing2 berpandangan sesama sendiri.. Siapa yang berpesta muda mudi kat rumah jiran depa tingkat atas tu?? Masing2 dah pucat.. terus tak jadi nak layan TV. Masuk bilik layan tidur sampai pagi je.

Menurut jiran tingkat atas depa.. memang kejadian macam tu selalu berlaku kat orang yang tinggal di rumah depa sebelum ni. Dia sendiri tak tahu apa punca gangguan2 tersebut. Ada lagi kisah seram di kongsikan jiran dia tingkat bawah rumah dia, tingkat 3. Rumah jiran tingkat bawah dia ni selalu saja di ganggu dengan suis lampu, suis kipas. Suka sangat benda tu main suis kat rumah dia. tetiba je lampu padam, kipas off.. semua kejadian tu berlaku waktu malam.. 

Sejak mengalami gangguan tu katanya anakdia selalu nampak benda2 tu. Mula2 dia sendiri tak tahu anak dia boleh nampak tapi bila berlaku satu kejadian semasa dia tengah drive ke pasar pagi.. ada satu jalan yang ada hutan sikit tetiba anak dia yang baru boleh cakap sikit2 tu tetiba mata terbeliak macam terpandang sesuatu dalam hutan sambil tunjuk kearah tu. Dia cuba bagitau 'hantu' tapi cara tak berapa fasih lagi. Mak dia paham la. Kau bayangkan la perasaan mak dia masa tu.. Balik rumah tu dia cerita kat suami dia sebab nak test suami dia ajak pergi kat jalan yang sama malam tu. Mula2 husband dia tak percaya & kata dia cuma terlampau takut tapi bila berlaku benda yang sama. Anak dia mula tunjuk2 kearah hutan sambil cakap hantu siap suruh berhenti kereta lagi.. apa lagi husband dia pecut kereta balik rumah la. Baru dia percaya anak dia boleh nampak benda tu.

Sampai umur 6 tahun katanya anak dia boleh nampak benda2 ghaib ni tapi selepas berubat akhirnya tertutup la hijab & tenang sikit hidup budak tu.

Moral of the story.. nak sewa atau beli rumah terutamanya bukan perkara2 macam ni je kita kena ambil berat >> 5 Tips penting anda mesti ikut sebelum beli rumah supaya tidak menyesal << perkara2 yang melibatkan gangguan2 makhluk halus jugak kena kita ambil kira. Sebab tu bila masuk rumah baru tak kira la rumah baru memang 1st hand atau rumah baru kita nak tinggal yang sebelum ni pernah orang tinggal, di galakkan buat bacaan yassin atau tahlil untuk menghalau penghuni2 ghaib yang mungkin dah bermastautin kat dalam rumah tu tanpa kita sedar. Pernah berlaku masa opis aku pindah ke tempat baru di salah ara damansara. tempat baru katakan.. habis 1 opis demam panas silih berganti termasuk aku dengan suami aku masa tu. Masa suami aku demam dia rasa macam tak sedap hati sebab dia nampak opis macam seram so kami pergi Darus syifa. Kat situ baru tahu.. ada gangguan & perawat kat situ minta di adakan bacaan yassin kat opis tu. Selepas di adakan Alhamdulillah sampai aku resign tak ada berlaku apa2 gangguan lagi.

2 comments:

  1. peehhh. kalau sy, dah blah dah dari rumah tu.

    ReplyDelete
  2. Hish...seram jugak tu kalau anak tunjuk pintu, kita pulak berdua dgn anak yg tak reti apa tu....mau tak ngantuk pun gigih pejamkan mata hoho..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com