KISAH RUMAH SEWA BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM PART II

8/02/2016 08:18:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

KISAH RUMAH SEWA BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM PART II. Seperti yang di janjikan dari entri kisah seram yang lepas pasal rumah berpuaka di seksyen 17 shah alam tu.. Malam ni aku sambung la kisah tu. Maka malam ni pakat2 duduk dalam selimut siap2 sambil baca entri cerita seram pasal rumah sewa berpuaka kat seksyen 17 tu. Kisah dia memang lebih menyeramkan dari episod pertama. Ni kira final kisah ni.. Bagaimana dia menggangu budak2 student IPT yang menyewa kat situ & kenapa rumah tu jadi berpuaka.

Gambar sekadar hiasan

Kalau episod pertama haritu kisah Ustaz Zul kena sakat.. kisah kedua pasal ustaz suhaimi salah seorang penyewa kat situ di sakat tapi kisah ustaz suhaimi di sakat tak extreme sangat. Cuma masa dia nak naik tangga ke tingkat atas... dalam samar samar dia ternampak satu lembaga yang macam manusia berambut panjang sedang mencangkung atas tangga memandang kearah dia. Sempat jugak mereka bertentang mata dalam 2 - 5 saat macam tu sebelum lembaga tu hilang. Kira tak sempat jatuh cinta tapi sempat jugak buat ustaz suhaimi berdesup lari keluar dari rumah tanpa tutup pintu, start kereta pergi rumah kawan dia yang tak jauh dari tempat tu. Tu dia penangan puaka rumah sewa seksyen 17.. Ustaz pun bertukar jadi watson nyambek katanya. memecut melebihi had laju sebab terkejut & takut.

Tu pasal kisah ustaz suahaimi.. Ni kisah bebudak student IPT yang menyewa kat situ. Dalam episod pertama memula cuma seorang je student IPT yang sewa kat situ tumpang abang angkat dia ustaz suhaimi (boleh baca episod pertama tu kat sini >>PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM << ). Selepas masuk sem ke 2 tu ramai student yang turut menyewa kat situ. Dalam episod pertama si pencerita (student pertama yang sewa kat situ) memang tak kena sebarang gangguan tapi lepas tu... Dia pun tak terkecuali dah. Setakat bunyi orang ketuk pintu tengah malam, bayang-bayang kat cermin tingkap, suara-suara halus.. suara anjing tengah malam (walaupun kawasan kejiranan kat situ tak bela anjing sebab majoriti melayu islam) tetapi tetap berlaku lolongan anjing menyeramkan di waktu malam.

Kejadian paling seram & extreme ni berlaku pada waktu tengah malam. Kira2 dekat pukul 12 tengah malam la.Almaklum la time tu la jin & syaitan sangat aktif melakukan aktiviti tak bermoral dok kacau anak cucu cicit adam katanya. Tapi biasa budak2 student ni mana ada jenis tidur awal. Kalau jenis tidur awal confirm la jadi bahan. Tapi malam tu tetiba dia rasa mengantuk sangat walaupun kebiasaanya dia tidur macam kawan2 dia yang lain jugak antara pukul 1 atau dua pagi. So dia masuk la bilik.Dia kongsi bilik dengan ustaz suhaimi. duduk master bedroom. Ada la satu katil queen size. Tapi ustaz tak ada malam tu. So dia tidur sorang2 je tu yang tak sedar dia tidur dalam keadaan terbalik. Kepala dekat hujung katil, kaki mengadap kepala katil

Sedang enak di buai mimpi tetiba dia rasa bahagian kaki dia macam sejuk lain macam jer. tetiba teringat pulak mak mertua kakak dia cakap kalau bahagian kaki sejuk konon roh orang mati sedang pegang tubuh kita. Di kukuhkan lagi kisah dogeng & mitos konon roh orang mati pegang badan kita akan rasa sejuk bila teringat pulak kisah kawan abang ipar dia yang mati lemas & mayat di jumpai selepas 3 hari hilang. Konon lepas mayat tu di jumpai roh kawan abang ipar dia berkeliaran la cari kawan kawan & berlaku benda yang sama pada abang ipar dia yang di percayai di datangi roh kawan dia yang mati lemas tu. Tapi kakak dia yang kena sentuh bukan abang ipar dia. roh orang mati mana boleh balik kedunia dah dik Ooi.. Yang kau percaya sangat tu dah kenapa. hahahaha. Aku tulis balik sebab dia share kisah tu macam tu. So dia percaya yang sentuh kaki dia pada malam tu adalah roh orang yang dah mati. Awas! Dalam Islam yang menganggu manusia bukan roh orang mati tapi hanya jin & syaitan yang mungkin menjelma seperti simati untuk menyesatkan & merosakkan akidah manusia.

Lepas dia rasa kaki dia sejuk & di sentuh sesuatu tu.. tiba2 rasa badan dia di himpit pulak. Tapi di sebabkan dia dah biasa kena himpit macam tu so dia semakin tahu la cara nak handle. Konon sebelum ni kena himpit siap boleh berunding lagi dengan makhluk yang di himpit. Tak tau la betul ke tidak.. Sebab dah ada pengalaman so dia tak panik sangat la. Dia guna kaedah2 yang dia tahu untuk melepaskan diri. Tapi tak share pulak macam mana caranya. Cuma dia mention ikut sunnah nabi je.

Dalam dia dok meronta ronta tu, sempat dia tengok semua keadaan sekekeling yang masih terang sebab tak sempat tutup lampu sebelum dia tidur. Walaupun tubuh dia kaku tak dapat bergerak tapi jelas dia nampak barang2 dalam bilik tu termasuk almari & jam dinding katanya. Tak semena mena tiba dia terasa macam ada pergerakkan berlaku. Katil queen size tu seolah2 bergerak & terangkat. Tiba2 sahaja dia rasa katil terapung bila dia nampak paras tilam dia dah sama level dengan paras almari plastik dalam bilik tu. Dalam 3 kali katil naik turun macam tu.. Dia cuba meronta2 nak lepaskan diri tapi tak berjaya. Mula la dia rasa marah walau still takut jugak. Nak jerit suara tak keluar tapi sempat dia cabar melalui suara hati suruh makhluk tu tunjukkan diri kalau berani sangat. Apa barang buat serangan hendap macam tu kan? Selepas banyak kali dok cabar jugak makhluk tu tunjuk rupa dia.. tetiba dia terdengar suara macam bunyi babi beserta bau yang memang tak best langsung la. Dia pandang ke arah dinding bahagian kepala katil. Tak lama lepas tu muncul asap hitam dekat kepala katil & membentuk satu rupa yang sangat hodoh. Time tu dia dah tak tau nak cerita macam mana perasaan takutnya dia. Katanya perasaan takut tu melebihi takut masa nak jumpa cikgu disiplin masa sekolah dulu.Masa cabar tu kau macam berani je kan? Itulah peristiwa yang paling menakutkan dalam hidup dia. Dengan izin Allah katanya.. dia berjaya menjerit & terlepas dia dari gangguan makhluk tersebut

Lepas dia bangkit dari katil.. badan dia berpeluh, nafas kencang macam baru berlari naik tangga. Selepas tenang sikit baru dia keluar dari bilik tanpa pandang belakang lagi. Dalam keadaan pening & keliru.. tak tahu nak kata mimpi ke real tapi dia boleh rasa memang semua tu bukan mimpi. So dia pergi ke bilik kawan kawan dia tapi dia tak cerita apa yang berlaku. Tengok kawan2 dia rilex je dok menyembang seolah2 tak ada siapa dengar apa2 bunyi pelik masa kejadian tu berlaku kat dia tadi tapi ada jugak salah seorang housemate dia yang perasan apa yang berlaku malam tu. Kesudahnya malam tu dia join kawan2 lain tidur kat ruang tamu beramai ramai.

Walaupun dia tak share kisah seram penuh misteri & mistik yang berlaku pada dia sebab takut kawan2 dia lari cari rumah sewa lain akhirnya semua membuka rahsia bila satu mensyuarat kecil depa buat ketika berada di luar rumah. Masing2 ada kisah seram di ganggu puaka dalam rumah tu. Akhirnya misteri kenapa rumah tu jadi berpuaka terungkai bila ada jiran membongkar satu kejadian yang pernah berlaku kat rumah tu.

Katanya jiran depa tu salah seorang wartawan TV swasta. Dia dah lama berjiran dengan rumah puaka tu. Menurut cerita dia sebelum ada yang menyewa rumah puaka tu, dia & keluarga dia la jadi mangsa puaka2 dalam rumah tu. Tapi sebelum tu katanya ada orang tinggal. Lelaki.. kadang2 sorang kadang2 berdua & kadang2 berkumpulan. Kira rumah bujang la. Di pendekkan cerita once upon the time.. sorry ter speaking pulak.. Polis menyerbu ke rumah tersebut. Rupanya2 yang duduk kat situ adalah penjenayah yang paling di kehendaki polis. Masa serbuan tu, berlaku tembak menembak sebab masing2 taknak kalah. Penjenayah tu tekad nak serang polis guna parang. Baru sampai depan pagar rumah penjenayah tu di tembak & mati di tempat kejadian. Penuh la darah kat lantai depan pintu pagar tu. Lepas tu rumah tu kena sita selama 3 tahun sebelum tuan rumah tu menuntut semula untuk di sewakan.

Lepas bebudak tu habis belajar masing2 balik ke kampung halaman sendiri & rumah tu katanya di sewakan dari kawan kepada kawan2 yang seterusnya. Paling last depa dengar cerita pasal rumah tu katanya di sewa oleh seseorang dari kelantan yang agak alim. Tapi dengar kata keluarga tu pun berpindah ke tempat lain jugak. Rumah berpuaka tu menurut sumber cerita di katakan berada kat seksyen 17 & kat kawasan rumah tu ada pokok mangga besar.

Sapa yang dapat teka dari clue yang di berikan maka tahu la rumah yang mana. Aku jangan tanya la.. Memang confirm tak tahu. Kalau aku lalu depan rumah tu pun memang aku tak perasan sebab kadang2 aku sendiri tak tahu aku kat mana bila keluar dengan asben aku. Tahu2 sampai tempat yang di tuju je. hahahaha

Moral of the story..Sememangnya ada rumah2 tertentu yang di sukai jin & syaitan termasuklah rumah yang pernah berlaku pembunuhan. Jadi tak mustahil lepas berlaku penjenayah di tembak mati kat rumah tu.. sejak dari tu bermulalah kisah seram dalam rumah tu. nak2 lagi dia pernah disita & kosong selama 3 tahun kan.. 3 hari pun rumah kita tinggal dah ada jin buat hak milik inikan pula 3 tahun.  Tapi sekali aku nak ingatkan apa yang menganggu dalam rumah tu bukan dari roh orang yang dah mati. Orang yang dah mati takkan kembali ke dunia dalam apa bentuk jelmaan atau cara sekalipun sebab dia dah terpisah dari dunia manusia. Yang ada hanya jin & syaitan untuk menyesatkan manusia.

1 comment:

  1. Macam sama aje lebih kurang kisahnya dengan rumah yang paling berhantu kat Shah Alam tu! Seksyen berapa ek rumah yang lagi satu tu? Seksyen 2 kot!

    Rumah kalau dah kena tinggal lama tak berpenghuni memang meliarlah segala macam hantu. Depa nak claim rumah tu depa punyalah tu!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com