CARA NAK DAPAT HUAWEI P9 BAGI MEREKA YANG SUKA AMBIL GAMBAR

8/06/2016 10:23:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

CARA NAK DAPAT HUAWEI P9 BAGI MEREKA YANG SUKA AMBIL GAMBAR. Aku ni sebenarnya bukan rajin sangat nak join contest ke hapa tapi sebab hati aku ni macam terpaut dengan smartphone terbaru huawei P9 yang mempunyai dua camera kat belakang & boleh ambil gambar dengan kesan ala2 DSLR bagai tetiba rasa macam teruja dengan contest ni walaupun aku bukan pandai sangat pun ambil gambar. Peluang nak menang kalau aku join tu memang la percent dia mungkin kurang tapi kita kena cuba. Rezeki siapa tahu.


Cuma tu la.. Gambar je belum ada. Hari ni pun memula nak keluar tapi tak tau la sebab suami saya busy pulak dengan kerjayanya. Tapi tak semestinya kena keluar kan. Aku kan duduk kat Malaysia jadi kat mana2 pun boleh ambil gambar bertemakan Cantiknya Malaysia. Cuma perlu cari permandangan yang menarik & menampakkan ciri2 keMalaysiaan tu jer.

Blogger2 kebanyakkan ramai yang ada talent jadi photographer. Masing2 aku tengok ramai yang pandai ambil gambar cantik cantik. Jadi sesiapa sahaja tak kira kau blogger ke sapa.. Meh la try contest mudah ni. Selain ambil gambar bertemakan Cantiknya Malaysia meh tengok apa lagi syarat mudah yang perlu anda buat untuk sertai contest ni >> Ambil Gambar Bertemakan Cantiknya Malaysia & Anda Berpeluang Menang Wang tunai, Sebuah Smartphone Huawei P9 & Gambar anda akan di siarkan di iklan promo TV di media sosial Media Prima TV Networks <<

 Dari dok selfie tak tentu hala kan.. Rasanya ada baiknya kita ramai2 try join contest ni. Menang ke tidak tu bergantung pada rezeki & usaha kita la yang penting cuba. Ni kalau aku ambil gambar bunga raya gamaknya ada ciri2 bertemakan Cantiknya Malaysia tak? Kan bunga raya ni di angkat sebagai Bunga kebangsaan Malaysia & bunga raya kan cantik. So, boleh la kan.. hahahahaha

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com