PAKAI KAIN BATIK LEBIH MENGAIBKAN DARI BUKA TUDUNG

11.6.15 Suria Lekatlekit 10 Comments

Itulah realiti yang berlaku sekarang ni kat Malaysia yang semua orang tahu salah satu Negara Islam di dunia. Pelik tapi benar.. Batik kan salah satu kebanggan Malaysia. Tak tau la celah mana mengaibkan sangat. Dari pakai skirt pendek atas peha tu.

Maybe la dia rasa aib sebab dia tak pandai ikat kain batik,hihihi

Bila terbaca kes seorang Nyonya yang di minta pakai kain batik untuk berurusan di JPJ. mula2 aku tak nampak pun benda tu memalukan sangat. Tapi bila terbaca anggota rela yang suruh dia pakai kain batik tu di kenakan tindakkan.. Yang ni aku rasa mengaibkan. Mengaibkan Malaysia sebagai negara Islam & mengaibkan kerajaan yang tak tau nak bezakan yang mana pesalah dengan tidak bersalah. Kalau bagi amaran pertama atau teguran je tak boleh ke? Perlu ke sampai di kenakan tindakkan?


Pelik kan.. Dulu kecoh isu wanita bertudung di minta buka tudung kalau nak kerja kat premis perniagaan kat One Utama. Benda tu settle just dengan permohonan maaf je secara terbuka alasan konon salah pekerja dia yang baru tak tau prosuder mereka. Mustahil la seorang yang di beri tanggungjawab penemuduga tak tahu. Nampak sangat alasan nak lepas tangan. Senang je settle.Tak dengar pulak kena tindakkan apa2. Tapi pasal nyonya kena pakai kain batik ni.. Cepat jer di kenakan tindakkan.Watdehek??

Lepas ni abang2 rela yang jaga kat JPJ yang mana tak mematuhi etika berpakaian halau balik je. So, depa tak boleh nak viralkan sebab salah depa. Tak payah nak bagi choice sangat la pakai kain batik bagai. Bagi depa susah sikit baru depa tau lebih baik pakai kain batik dari kena balik tukar kain lebih panjang kemudian datang balik.

Rasanya kat Malaysia ni suruh bogel pun lagi selamat dari suruh orang tutup betis & peha mengelebeh.

Moral of the story.. Nak berurusan dengan premis kerajaan sila jangan nak tayang sangat peha & betis. Kang suruh pakai kain batik kecoh satu alam maya macam kena suruh bogel. Cemuih Aihhh!!


 Yang Menarik
  Orang malaysia kategori kurang subur sejak 2010?? Nak tahu sebab apa meh tengok kat sini >> Ini Sebab Malaysia mempunyai tahap kesuburan yang rendah <<

10 comments:

  1. ha ah senang suruh balik jer kalau tidak memenuhi etika berpakaian...

    ReplyDelete
  2. akk setuju dik...depa ni memang takreti adab.dtg kat premis kerajaan tp pakaian mcm pergi pasar...kalau kat sekolah pun ibu bapa yg pakai sexy2 pun kami tk bg masuk...hormatla kan peraturan yg telah ditetapkan..tak susah pun

    ReplyDelete
  3. adeh.. macam-macam la kan sekarang ni..

    ReplyDelete
  4. etika berpakaian wujud sekian lama, tapi tak pernah ikut, then tak payahlah ada etika berpakaian tu. PUI

    ReplyDelete
  5. masa ke Bali dulu.. dalam satu lawatan ke bekas2 candi dorg.. org lelaki yg berseluar pendek pun diberi kain.. suruh pakai kain.. tak ada plak sampai jadi sensasi

    ReplyDelete
  6. org bg opsyen nk meudahkan die tak yah pi mai pi mai ... gini plak yg diorg buat ...
    pasni halau balik je etika pemakaian tak betui berurusan dengan pejabat kerajaan ni. tak payah bagi muka dah .... ingat night club ka mau pakai skirt pendek gitu ....

    ReplyDelete
  7. kat hospital lepas bersalin, minah tu boleh pakai skirt pendek.. habis kena bebel dengan nurse kat situ. macam tak reti pun ada dorang ni..,

    ReplyDelete
  8. Main belasah je diorng ni nak pakai apa bukan diorng pedulik pon pasal etika berpakaian dah jadi camni orng lain pulak disalahkan...konfius mak

    ReplyDelete
  9. Hehehehhee.. Buat akta berpakaian la senanh citer.. Hehehe..

    ReplyDelete
  10. Biasalah etika memang dah lama wujud tapi rakyat Malaysia tak ambil peduli. Niat anggota RELA tu baik tapi itulah sesetengah manusia suka pandang negatif dari positif.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!