APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU

3.8.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU. Tadi masa hantar anak aku ke bawah untuk di hantar ke sekolah oleh bapak dia ternampak banyak dah bendera2 yang biasanya di pacak bila tiba bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina. Meriah pulak rasa macam nak piliharaya katanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Menurut kepercayaan orang cina perayaan bulan hantu jatuh pada bulan ke 7 pada malam ke 14 tapi entah kenapa aku baru perasan hari ni bendera2 untuk perayaan hantu tu di pasang bila masuk bulan ogos ni. Tak silap aku memang selalunya aku nampak masuk je bulan ogos orang2 cina mula melalukan ritual untuk bulan hantu.. ke aku salah tengok kalender tak tau la. Kalau ikut info yang aku baca bulan hantu di sambut dalam pertengahan bulan ke 7 mengikut kalender cina kot. hahaha.. Tapi ikut kalender mat saleh jatuh pada bulan ke 8 ke camna tak tau la kan. Kena interview orang cina sendiri la untuk info yang lebih tepat.

Pada bulan hantu.. Orang cina percaya semua hantu hantu & roh2 orang mati termasuk orang2 zaman dulu kala yang dah berkurun mati akan keluar dari alam ghaib. Kalau korang biasa tengok filem2 seram cina, thailand.. Mungkin tahu macam mana kepercayaan orang cina tentang bulan hantu ni. Bila tiba bulan hantu ni.. Turn roh2 orang yang mati atau hantu ni yang akan menziarahi ahli keluarga depa yang masih hidup.

pada hari ke 13 dalam bulan ke tujuh penganut agama budha akan buat satu ritual untuk bebaskan penderitaan orang2 yang dah meninggal dunia. Selalunya depa akan buat ritual menyembah nenek moyang sebagai tanda taat & sebagai satu cara mereka menyambung warisan keturunan walaupun nenek moyang dah lama meninggal. Ia termasuk jugak upcara persembahan makanan. Sebab tu kita nampak orang cina akan letak makanan tempat2 mereka melakukan ritual penyembahan pada bulan hantu. Bukan setakat makanan depa jugak akan bakar wang neraka & bungkusan yang mengandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh2 yang datang menziarahi mereka yang masih hidup bila tiba bulan hantu. yang selalu kita nampak orang cina bakar kertas banyak2 tu. Tu antara ritual membakar wang neraka. Cara tu untuk melayan roh2 yang datang ziarah seolah olah mereka masih hidup. Ritual yang lain2 seperti melepaskan perahu kecik & tanglung di atas air bagi tujuan membantu roh2 yang sesat sedang mencari jalan.

Jadi kalau kita nampak barang2 untuk ritual bulan hantu tu jangan la kita nak sepak2 ke atau curi2 makan apam ke buah oren hapa.. Hormati kepercayaan orang lain. Sebab tu penting kita tahu bukan untuk kita percaya tapi untuk kita lebih memahami kepercayaan agama orang lain supaya kita tak termelakukan perbuatan biadap secara sengaja atau tak semasa mereka melakukan ritual untuk kepercayaan mereka.

Aku kalau sampai bulan hantu ni yang aku tunggu2 kat TV adalah filem2 seram je tapi entah kenapa siaran tv percuma ni tak nampak pulak iklan2 filem seram untuk mana2 slot rancangan TV. Kalau kat astro tu nampak jugak orang dok update pasal filem seram. Tak aci tau. Mentang2 aku tak mampu langgan esteruk.. Tv free tak nak tayang filem seram sempena bulan hantu ni.

Moral of the story... Semoga sempena bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina tak ada orang2 malaysia yang tetiba jadi hantu & menghantui orang lain. Biarlah hantu buat tugasan dia.. kita sebagai manusia jadi manusia tak payah nak menyamar hantu sangat. hehehe

1 comment:

  1. Wang neraka. Confident betul depa semua dapat masuk neraka ^_^

    Itu gamaknya kena bako wang neraka untuk jenis yang tak jumpa jalan pulang ke nerakakan. Maklumlah maybe tak cukup duit ke apa.

    Eh, akak dari kecil tahu kalau nampak oren ke, apa ke yang mereka letak untuk sembahyang ke apa, memang ngeri nak dekat. Kang melekat hantu cina, jadi susah pulak kang!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!