DATO RED & ADIRA BERCINTA LEPAS KAHWIN DI SEMPADAN THAILAND

20.8.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

DATO RED & ADIRA BERCINTA LEPAS KAHWIN DI SEMPADAN THAILAND. Tengahari semalam (Jumaat 12 tengahari) sempat tengok rancangan bual bicara Wanita hari ni. Jumaat biasanya topik pasal rumahtangga tapi aku lupa pulak tajuk hari ni cuma berkisahkan rumahtangga jugak la. Panel jemputan dia Dato Fadzilah Kamsah, Dato Red & penyanyi adira dan seorang lagi lupa nama dia tapi wanita yang kahwin dengan seorang lelaki afrika yang memang agak di kenali. Dia jugak penulis buku kisah perkahwinan dia dengan lelaki dari Ghana tu.


Tak kisah la topik apapun.. Dalam dok bincang, sembang bagai.. terdengar la Dato Red kata dia kenal adira dalam beberapa bulan lepas tu kahwin je. Dia kata la depa tu bercinta lepas kawen. Macam nak tergelak pun ada.. Antara percaya tak percaya yer. hehehe... Tak tau la maksud dia bercinta tu macam lebih kepada mengenali pasangan dia selepas berkahwin atau bercinta macam kita faham.. feeling cinta, sayang, rindu yang wujud sebelum nikah. Cuma terfikir jugak la kalau perasaan cinta tu wujud selepas kahwin kira rare jugak la kan.. tanpa cinta boleh lari kawen kat sempadan sana. Selalunya orang mabuk bercinta je & perkahwinan terhalang mungkin dari pihak isteri pertama atau family je ambil keputusan kahwin kat sempadan sana. Ada jugak orang yang boleh kawen kat sempadan tanpa cinta.

Dato Red kadang2 aku tengok perangai pun gelong gelong jugak bak kata orang kedah. Gelong2 tu bukan la sewel.. tapi ntah apa - apa dia punya merapu. Public figure ni.. kalau nak cakap tu biar la logik & boleh di terima akal sikit. Ni main cakap je.. Mustahil la tak ada perasaan cinta boleh ambil keputusan yang macam tu. Kita sedia maklum.. bila kawen kat sempadan ni orang selalu labelkan kawen lari atau kawen sembunyi sembunyi. Semua yang kawen kat sempadan ni kebanyakkan memang bermasalah sikit nak kawen kat Malaysia ikut prosuder yang di tetapkan. Tak gila orang sesaja suka2 nak pi kawen kat sempadan sana melainkan kemaruk sangat dah nak kahwin sebab mambuk cinta kan.

Apapun bahaya jugak penangan orang macam dato red tu.. tanpa cinta pun dia boleh buat perempuan rela bersuamikan dia & bermadu.. Memang hebat jugak aura dia yer.. Almaklum la aura Dato Seri la katakan.. Walaupun dia kata Adira sebelum berkahwin tak tahu pun dia Dato ke hapa & tak tau pun dia kaya. Tu semua statement klise retis bila kawen dengan orang kaya. hehehe. Apa nak di kata kalau dah jodoh.. tak bercinta pun tetiba terkawen kat sempadan sana hehehe.

Moral of the story... Jenis macam Dato Red ni tak mustahil lepas kedua ada lagi yang ketiga. Tengok perangai miang semacam. So, get ready je para bini dia. Hehehe

3 comments:

  1. hahaha dah lama tak dengar perkataan gelong tu..

    ReplyDelete
  2. say no to dato red...nyampah nye akak tengok muka dia...dia pikir kalau sekarang ni dia masih bawa lori sayo adira tu hingin ke kawen lari dgn dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tergelak2 baca komen nih...komen yang win! ;)

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!