DRAMA KAHWIN MUDA, KISAH BUDAK LEPAS SPM GATAL NAK KAHWIN

24.8.16 Suria Lekatlekit 1 Comments

DRAMA KAHWIN MUDA, KISAH BUDAK LEPAS SPM GATAL NAK KAHWIN. Aku happy sikit sebab stesen tv3 sekarang dah banyak tayang drama2 tempatan berbanding dulu asyik cerita dari seberang je. Sampai naik muak nak buka TV. Bagus mengutamakan produk tempatan sebab siapa lagi nak tayang drama melayu kalau bukan stesen TV kat Malaysia. Stesen TV luar tak pandang pun drama melayu. Sebabnya.. sendiri mau ingat la kan..


Tapi yang bestnya bila yang banyak tu drama tak ada motif & tak ada kualiti. Drama bosan2 je melambak berbanding drama best best. Drama yang buat orang nak mengkritik je dari memuji. Contoh macam drama pukul 7 Sayangku Kapetn Mukhriz tu. Drama tak ada motif, tak ada moral of the story, tak menampilkan realiti sebenar kehidupan golongan bekerjaya seperti Doktor & anggota tentera. Memang la drama tapi jangan la nampak membohong sangat kan.

Sekarang ni tengah di tayangkan Drama Kahwin Muda pukul 6.30 petang di TV3. Mengisahkan pasangan yang bercinta dari zaman kanak kanak hingga remaja yang merancang untuk kahwin selepas SPM. Dah tak menyempat sangat dah nak tunggu besar sikit katanya. Gatal nak kahwin jugak lepas SPM. hehehe. Setakat ni baru episod depa baru habis SPM & dok plan macam mana nak realisasikan impian depa nak kahwin tu sebab kedua belah keluarga memang tak setuju. Tengok satu dua episod pun rasa macam macam tak berapa menepati citarasa aku je nak follow.. Mungkin faktor usia kot dah tak boleh terima drama2 ringan macam ni. Dia nak kena tengok cerita2 berat, penuh suspend, aksi, seram,ganas, menakutkan bagai hehehe.

Hero & heroin dalam drama ni memang dari jenis pelakon yang bukan taste aku memberatkan lagi diri ini nak follow drama tu. Mungkin remaja2 baru akil baligh enjoy la kot tengok. Cuma jangan jadi ikutan sudah. Bukan kata kahwin muda tu tak bagus.. Tapi kalau tak cukup ilmu di dada jangan mencuba nak jadi laki atau bini orang dalam usia yang muda. Takut tak habis zaman remaja kau dah dapat title duda & janda.. Nak lebih trajidis masa tu dah keluar sorang pewaris yang kena kau bela. Kalau dua2 ada tanggungjawab ok la.. Takut sebab tak berapa matang.. anak hidup tunggang langgang.

Apapun aku tak nak judge atau komen apa2.. Sebab drama ni baru 3 episod di tayangkan. Kot2 pertengahan cerita dia tetiba jadi best ke sapa tahu. Biasa la.. drama atau filem kekadang starting tu bosan tapi pertengahan cerita dia persepsi orang menonton mungkin akan berubah. Tapi tak jamin la aku follow.. sebab aku kalau drama2 macam tu kadang2 aku  pasang je TV.. tengok tu 5 - 10 minit pun tak sampai. hahaha. Almaklum la aku ni kadang memang high demand dalam memilih cerita yang aku nak tonton. Best bagi orang kadang2 masih tak best bagi aku. Taste korang tak tau la macam mana kan. Tapi kalau nak tau anda mempunyai citarasa besar dalam menonton sesebuah movie boleh check kat sini >> Disini Untuk Menguji Tahap Citarasa Anda Dalam Memilih Movie <<

Moral of the story.. Walaupun pepatah mat saleh kata dont judget the book by its cover tapi drama2 melayu sekarang kadang2 boleh teka jalan cerita dari tajuk. Sebab semua agak tipikal cerita dia. heheehe

1 comment:

  1. mcm biasa...anak org kaya lg laaa...manja kededek laaa...serang cikgu denda anak tnpa tau sebab laaa...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!