SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ MEMAPARKAN KERJAYA DOKTOR WANITA MEMANG BANYAK MASA TERLUANG

23.8.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ MEMAPARKAN KERJAYA DOKTOR WANITA MEMANG BANYAK MASA TERLUANG. Nak kata tak tengok langsung.. tengok jugak kadang2 hujung2 mata. Nak kata follow sampai tak skip episod tu tak jugak. Jadi nak kata tak tahu langsung pasal drama tu.. tahu la juga pasal kisah cinta antara seorang doktor perempuan yang dulu agak tergedik gedik dengan seorang Kapten bergelar ustaz.


semalam terbaca satu status komen pasal Drama Sayangku Kapten Mukriz tu. Katanya kerja Doktor wanita ni gamaknya terlampau banyak masa terluang sampai kerjanya asyik merajuk dengan laki & tunggu laki pujuk macam dah tak ada kerja nak buat kat hospital. Sungguh tak real drama kehidupan seorang doktor walhal semua orang sedia maklum kerjaya sebagai seorang Doktor ni kadang2 nak tengok muka laki sendiri pun tak sempat. Jangankan nak tengok muka laki.. Tidur pun jarang cukup. Tapi dalam drama sayangku Kapten Mukhriz.. Tengok memang santai sungguh Doktor pompuan tu.

Yelah.. yelah.. satgi ada yang kata nama pun drama cinta mesti la highlight kisah cinta depa. Takkan nak tunjuk kehidupan dia kat hospital jer kan. Tapi rasanya benda tu memberi gambaran tidak betul kepada kerjaya seorang doktor mungkin akan menyebabkan orang membuat persepsi yang salah terhadap kerjaya seorang doktor. Lepas ni kalau doktor silap sikit mula la aku kata.. Macam la banyak sangat kerja doktor tu.. Tengok drama sayangku kapten Mukhriz rilex je dia. Boleh selalu je ber 'romen' tika dengan laki dia selalu. Konon la sampai tak cukup tidur.

Sepanjang aku tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz ni aku tak jumpa apa moral of the story dia nak sampaikan. Dok highlight kisah cinta, jeles tak tentu pasal, orang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga, perempuan lain nak take over laki dia, kapten mukhriz kena pujuk bini dia.. bla.. bla.. Kata nak highligt kehidupan seorang angkatan tentera tak nampak pun.. nak kata highlight kehidupan seorang doktor memang langsung tak ada jadi kat sini aku boleh simpulkan semata mata cerita cinta yang tak ada motif & membosankan. Kot2 la ada babak dia tengah sibuk nak merawat patient yang cedera parah tetiba laki dia pun accident teruk masa tu dia terpaksa bersikap profesional & fokus menyelamatkan patient yang tengah parah sehingga berjaya. Ataupun bini tengah sakit tapi laki terpaksa menjalankan satu misi penting waktu tu berlaku satu peperangan dalam perasaan antara tanggungjawab kepada negara & kasih sayang kepada seorang isteri. Kat situ nampak jugak la erti pengorbanan demi cinta cuba di tonjolkan. Bagaimana mereka mengawal perasaan dalam situasi penuh dilema untuk berkhidmat pada masyarakat. Tu pun ada tema cinta jugak tu. Ni sepanjang cerita dari gedik gedik nak ngorat ustaz mukhriz sampai dah kahwin tak ada apa yang mencabar pun dalam kisah cinta Kapten Mukriz & Doktor apa ntah namanya perempuan tu. Aku lupa... hahaha

Gamaknya penulis cerita ni pun dia tak study kehidupan seorang anggota tentera & seorang doktor sebab tu tak banyak dia highlight tugasan sebenar dalam kerjaya tersebut. Jalan cerita dia cuma kisah cinta semata mata.. Kalau nak highlight kisah cinta tak ada motif tukar je tajuk sayangku Mukhriz sudah. Tak payah letak kapten tu.. Sebab kerjaya dia sebagai kapten memang tak nampak langsung dalam drama ni selain pakai uniform.

Tak tau slot drama pukul 7 ni bila la nak ada anjakkan paradigma.. Bukan tak ada langsung drama best yang di tayangkan kat slot tu di TV3 tapi sikit sangat yang best dari yang sampah. Katanya permintaan stesen tv nak drama drama macam tu.. Elok la sangat TV3 kena kecam secara berjemaah dengan rakyat malaysia. Memang stesen TV takde taste. Selera sampah. hehehehe

Orang yang maybe taste dia tak berapa high demand mungkin rasa cerita macam tu dah cukup menyentuh hati & membuat dia rasa terbang ke awan biru walaupun cerita tu sebenarnya cerita yang tak ada motif sangat nak di sampaikan. Macam cerita budak sekolah bercinta je.. kejab ok kejab merajuk. Bukan semua orang bukan citarasa yang tinggi dalam menonton sesebuah drama atau filem. Nak tau adakah korang ni memang ada taste yang high demand dalam sesebuah cerita untuk di tonton meh la try test kat sini >> adakah anda mempunya citarasa Tinggi Dalam Menonton Filem << Kalau taste anda tahap biasa biasa.. tak pelik la korang rasa enjoy dengan drama Sayangku Kapten Mukhriz ni. hehehe

Moral of the story.. sebab tu aku suka dengan cerita seram. Dah tentu memang tindakkan di luar jangkaan. Nak2 lagi filem seram Thailand ni.. Kadang2 termencarut jugak la kalau tengok hahaha. Apapun aku doakan industri perfileman & drama Melayu ni berlaku satu perubahan. Indonesia pun boleh masuk pasaran Malaysia.. drama kita masih di tonton oleh golongan2 kuat berangan je. hehehe

4 comments:

  1. setuju dengan pendapat sis.. memang lain dari kehidupan seorang doktor dan askar...

    ReplyDelete
  2. betul tu. askar dah macam pondan dlm crite ni. mcm tak de kerja lain askar asyik2 mintak cuti. hancur la negara kalau macam ni.

    ReplyDelete
  3. setuju juga dengan pendapat tu..

    ReplyDelete
  4. Askar tu pulak kenapa lembik semacam, kenapa tak tunjuk watak "keras" sikit.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!