MENAKUTKAN.. BILA KENA KENCING KOTOR! INI YANG PERLU ANDA BUAT

7/05/2017 09:56:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

MENAKUTKAN.. BILA KENA KENCING KOTOR! INI YANG PERLU ANDA BUAT. Rasanya ni la kali pertama aku kena kencing kotor. Sebelum ni kerap berlaku kencing tak lawas je sebab kurang minum air atau cuaca terlalu panas. Tapi kalau kencing tak lawas biasa lepas mandi dia akan ok dah. Tapi bila kena kencing kotor serius agak menakutkan. Berhari hari jugak la. Nak tau kenapa aku takut? Meh la baca...


Start kena masa hujung2 puasa haritu. Faktor cuaca panas & kurang minum air jugak. Mula2 ingat kencing tak lawas tapi rasa lain macam je sampai la.. Bau air kencing tu lain macam jer. Memang bukan bau kencing biasa. Air kencing pun nampak lebih pekat/keruh & jadi kerap kencing. Sampai la kencing tu bercampur sedikit darah aku dah mula cuak. Gila kau!! Darah kot keluar kat saluran kencing tu.. Kau tak cuak memang kau kental la kan. Time tu memang terbayang macam macam penyakit dah. Semua aku google.. sampai kanser servik pun aku google juga nak tengok samada ada simtom ke tidak.

Maka Doktor Google bantuan pertama aku cari. Bila aku baca simtom2 yang ada tu menandakan aku kena kencing kotor takde la cuak sangat tapi bukan bermakna boleh rilex tak buat apa - apa ok. Walau dari pembacaan aku kencing kotor ni kalau tak serius boleh je kita rawat dengan cara minum air kosong secukupnya tapi kalau di biarkan tak di rawat dia boleh effect organ lain terutama buang pinggang. Ada orang bagitau aku boleh menyebabkan maut jugak ok. Kencing kotor pendek kata kalau dok buat rilex.. buat peace bagai.. Akan menyebabkan penyakit lain yang lebih bahaya. Jadi memang perlu di rawat dengan segera. Salah satu sebab berlakunya kencing kotor adalah sebab kurang minum air kosong.

Kalau hangpa nak tau petanda hangpa kena kencing kotor ni adalah..

1. Kerap rasa nak buang air kecil (kencing)
2. Kencing rasa tak puas (kencing tak lawas)
3. Air kencing sedikit setiap kali buang air
4. Tidak dapat menahan kencing
5. Air kencing berbau busuk
6. Air kencing berwarna keruh atau mungkin bercampur darah
7. Sakit di bahagian ari ari atau bawah abdomen

Tu antara tanda yang biasa di alami bagi mereka yang terkena kencing kotor ni. Antara simtom lain yang mungkin sesetengah orang alami & sesetengah orang tak alami adalah

1. sakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil
2. sakit di bahagian pelvis, bahagian bawah abdomen, bahagian bawah belakang anda atau di bahagian sisi badan (kebiasaannya hanya sebelah)
3. menggeletar
4. kenaikan suhu badan
5. rasa sejuk dan panas berselang seli
6. loya dan muntah
7. sakit ketika bersetubuh
** Simtom di atas aku tak alami semasa terkena kencing kotor **

Tapi yang paling menakutkan bila ada yang kata boleh menyebabkan maut & effect kat buah pinggang tu memang cuak juga mula - mula. Pulun minum air tak henti henti la semalam untuk membersihkan kembali part yang terkena jangkitan kuman tu. Nasib baik la sejak semalam kencing dah putih suci murni. Tiada lagi rasa macam kencing tak lawas atau kencing bercampur darah.

Apa yang perlu hangpa buat kalau terkena kencing kotor ni selain mengambil air putih secukupnya?

1. Pi Farmasi beli Ural Salt. Ni ada misi gomen suggest kat aku. Ni untuk rawatan awal la.. Kalau tak ok make sure pergi klinik untuk pemeriksaan & rawatan lanjut

2. Elak mengambil minuman berkafein &bergula. Pendek kata tak payah minum air berperisa yang manis manis tu la. Minum air kosong sudah

3. Elak guna pencuci/sabun yang jenis berbuih terutama pencuci untuk bahagian Intim tu. Skip la dulu guna. Cuci dengan air suam sudah.

4. Pakaian dalam tu pun main peranan jugak. Masa terkena kencing kotor elakkan pakai seluar atau pakaian yang ketat. Seluar dalam tu elok guna yang jenis cotton ok! Pastikan jangan pakai spender yang sama lebih dari 1 hari ok! hehehehe

Semua tu memang membantu jugak la masalah kencing kotor yang aku hadapi. Alhamdulillah sejak semalam & hari ni kencing dah normal. Air kencing dah jernih sejernihnya.. tiada lagi rasa kencing tak puas, tak lawas bagai. Kuantiti air kencing pun dah ok. Takde lagi kencing berdarah bagai. Kesimpulannya nampak dah semakin ok la.

Cara nak ambil Ural ni macam minum Eno tu. Campur dengan air kemudia dia akan berbuih minum je. Rasa dia tak la teruk sangat. Ok jer

Nak elakkan terkena kencing kotor selain mengambil air kosong yang mencukupi adalah

1. Jaga kebersihan di bahagian sulit kita terutama wanita. Nak2 lagi masa period. Pastikan kerap tukar pad

2. Pastikan pada pasangan yang dah berkahwin sebelum & selepas bersama tu pergi kencing dulu.

3. Selepas membuang air tak kira besar atau kecik pastikan cuci dengan bersih sebab kuman pada dubur selalunya akan menyebabkan jangkitan pada bahagian intim. Selepas cuci jangan lap dengan cara dari belakang ke depan takut kuman di bahagian dubur akan berjangkit ke bahagian intim sebaliknya lap dari depan dulu.

Moral of the story.. Kencing kotor ni sebenarnya tak bahaya sangat berbanding kena kencing dengan kawan atau client yang ambil review kat blog. Paling sadis kena macam aku bukan takat kencing dia hantar bala lagi. Peace Yo!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com