BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA

6.1.16 Suria Lekatlekit 6 Comments

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA. Perkara yang pernah popular satu ketika dulu ingatkan blogger dah ada kesedaran tentang cara salah untuk meraih clik pada banner iklan nuffnang & iklan special 8share rupanya masih ada yang berani buat segmen secara terbuka macam tu untuk membuat penipuan clik (clik fraud) pada iklan. Aku ingat dah pupus budaya menipu clik ni.. Rupanya wujud lagi. Hahaha. Kalau takde masakan ada yang bangkitkan isu ni kan?


Dulu masa 8share mula2 nak naik.. memang ramai yang dengan beraninya buat penipuan clik dengan cara exchange clik. Penuh je rewards dia delete semua link yang dia post minta orang buat exchange clik. Bukan kata blogger picisan yang kurang follower je yang buat, yang ramai follower & agak popular pun tak terkecuali. Semua sebab duit.. Bila orang persoalkan betul ke cara dia berkongsi iklan tu.. Dia cuma jawab entah. Sebenarnya dia pun tau cara tu salah sebab menipu. Kalau dia tak tau mustahil lepas penuh rewards dia delete link2 yang dia share kat media sosial kan. Supaya security 8share tak dapat detect la tu penipuan dia buat. Bila delete takde bukti penipuan. Tapi tak kemana.. akhirnya account depa tetap kena banned. Takpe la depa tak dapat nak jana pendapatan dengan 8share sebab depa blogger yang banyak job2 luar kan. Apalah sangat kena  banned dengan 8share tu. hehehe

Kalau nak cari pendapatan tambahan melalui media sosial.. Buat la cara yang betul. Menipu ni serius mungkin sebelum di tangkap korang boleh jana banyak tapi bila tertangkap.. peluang nak jana pendapatan dah tak ada. Menipu ni untung yang bersifat sementara je. Aku pun pernah jugak tersilap share iklan 8share kat blog tapi bukan lah niat aku nak menipu cuma aku tak tau cara tu tak boleh. So, account aku masih selamat sebab dalam code of honour 8share tak jelas sangat. Sekarang aku pilih berkongsi secara selamat. Rezeki tu dari Allah.. So, usaha je la.

Pada adik2 yang masih buat aktiviti clik fraud dengan segmen clik iklan macam tu rentikanlah.. Serius! tak untung banyak mana pun. Banyak cara nak dapat duit contoh macam kat Instagram ni. Tak perlu nak share iklan atau letak banner kat blog bagai cuma cuba buat ni jer >> Inilah Cara Paling Mudah Untuk Dapat RM1000 Melalui Instagram Tanpa Perlu Share Iklan << Cubalah mana tau rezeki korang kan? Dari dok menipu clik jer.. Buat apa.

Moral of the story.. Takde benda senang nak dapat duit.. Menipu jugak bukan benda mudah nak buat jadi pilihlah jalan selamat. Ia soal rezeki yang kita nak guna mungkin beli buku untuk belajar, makanan untuk isi perut atau keperluan harian yang perlu kita guna. Jadi renung renungkan selamat beramal... peace no war! hehehe

6 comments:

  1. heheeh.. dah jadi satu trademark untuk dptkan income.. (^^)

    ReplyDelete
  2. blog akak ni hape iklan pon takde...kalau ada yg sudi datang baca pon dah bersyukur sangat2...

    ReplyDelete
  3. alah bisa tegal biasa >.<
    sabar ja la
    sudah hilang kenikmatan blogging sebenar pada mereka :(

    ReplyDelete
  4. Macam-macam kerenah dan helah kalau orang nak menipu ni kan

    ReplyDelete
  5. jgn kate nk click2 ni nk type entry 8share pun aku tak mampu dah skrg ni ....

    ReplyDelete
  6. sekarang kalau fraud click ni memang boleh kantoi. nanti tak pasal2 akaun kena gantung. macam2 la diorang ni. buat leklok lagi bagus kot. hehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!