SERIUS! MENYESAL MAKAN KFC WASABI RICE WRAP

1/18/2016 02:06:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

SERIUS! MENYESAL MAKAN KFC WASABI RICE WRAP. Haritu try la makan menu baru KFC wasabi rice wrap. Sebelum ni kan ada KFC ayam masak merah rice wrap tu. Sedap jugak rasanya. Jadi bila keluar KFC wasabi rice wrap ni teringin la jugak nak cuba. Maka minggu lepas pergi la kami anak beranak ke cawangan KFC ni. tanpa fikir panjang suruh je asben order wasabi rice wrap walaupun aku bukan penggemar wasabi.

Serius.. memang tekak aku tak taste pulak dengan rasa dia. Orang lain tak tahu la kan. Tapi bagi aku sekali tu je la kot aku makan KFC wasabi wrap rice. Tu pun tak mampu habiskan walau tengah lapar. Rasa dia bagi aku pelik sikit. Lagipun aku memang tak berapa taste dengan rasa wasabi ni. Kalau makan sushi pun aku tak suka makan dengan wasabi.


Serius menyesal pulak order Wasabi rice wrap tu. Dah tu beli banyak sebab nak bagi kat Family in law. Yelah.. nak bagi kat in law je pun ada adik ipar & biras tinggal sekali. So, kalau nak beli apa2 kena beli untuk semua sekali la kan. Tapi tu la kita pun rasa tak sedap.. Takut depa pun rasa benda yang sama. tak best pulak bagi orang makan benda tak sedap. tapi tak tau la tak dengar komen apa2 pun. Yelah.. takkan nak cakap pulak tak sedap kan. Kang kami laki bini kecik hati macam mana. Hahahaha..

Sesetengah orang mungkin suka dengan rasa pedas wasabi. Aku bukan kata tak makan pedas tapi tak minat dengan rasa wasabi je. Wasabi ni bukan semua menu sesuai dia gabungkan. Kalau salah kombinasi mungkin jadi pelik jugak rasa dia. Yelah.. wasabi ni bukan makanan orang2 malaysia kan.. Jadi tak pelik la kalau orang melayu malaysia macam aku tak ngam sangat.

Tapi paling tak boleh blah kalau wasabi di jadikan menu macam ni. Macam satu malapetaka jugak la. Bagi aku ni la menu paling kejam yang aku rasa kalau wasabi di jadikan menu2 macam ni. Paling tak boleh blah kit kat wasabi tu.. Sapa la punya idea ni. Kalau korang nak tengok menu tak masuk akal guna wasabi ni meh tengok kat sini >> 12 Perkara Yang Jangan Sesekali Anda Buat Dengan Wasabi << Berhati hati la mungkin menu2 ni jadi idea untuk kawan2 anda prank anda. Gila beb kalau kena prank dengan menu2 ni.. Nak2 lagi kitkat wasabi.. Ingat kit kat teh hijau sekali wasabi beb! Menangis 7 hari 7 malam.

Apapun.. mulai sekarang aku semakin tahu apa saja yang berkaitan wasabi sebenarnya tak serasi dengan citarasa aku. Rasa dia di kombinasi macam mana pun tetap aku rasa pelik & tak sedap. So, lepas ni jangan la nak try test dah. Membazir je tau!

12 comments:

  1. Memang tak suka apa je resepi baru kfc... Mmg x sedap...

    ReplyDelete
  2. hot & spicy jgk la mjadi poojaan hati...wasabi sesuai mkn dgn sushi je...nak2 lg dgn ikan salmon

    ReplyDelete
  3. Cx tak pernah rasa lagi tp mmg tk pernah ada niat nak mencuba sbb cx pon tk blh masuk dgn wasabi ni even cx penggemar sushi. Huhu nsb baik blm cuba beli hehe

    ReplyDelete
  4. kfc mmg indah kabar dr rupa .. huhu

    ReplyDelete
  5. KFC ni resepi baru dia pada saya tak best sangat, sejak resepi tomyam ayam dia dulu, lepas tu saya tak beli dah apa2 resepi baru dia. stick dengan original dan spicy je lah

    ReplyDelete
  6. Sampai sekarang cuma order Dinner Plate kalau ada keinginan nak makan KFC

    ReplyDelete
  7. Ibu pn x leh terima wasabi ni mummy..
    Sushi pn ibu x leh terima..
    X tau kenapa..

    ReplyDelete
  8. Looks delicious servings here!

    ReplyDelete
  9. tak penah mkn wasabi ... pastu aku mmg tak gemar nasi balut2 gitu hehehe

    ReplyDelete
  10. memang x order sbb sejak azali x suka wasabi

    ReplyDelete
  11. Wasabi rice wrap ni terbaik gila!! Macam makan onigiri gitu. Memang orang yang tak biasa rasa wasabi tak berapa gemar since wasabi ni menyengat kat hidung. Tapi, pada aku combination nasi, seaweed, timun dengan wasabi ni terbaik! Aku yang picky eater ni pun boleh sangkut. Sebab timun dia buat rasa wrap ni fresh sangat. Aku bagi 5 bintang!!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com