MACAM NI RUPANYA KESAN LEPAS GUNA NIVEA IN-SHOWER BODY LOTION

1/21/2016 01:51:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

MACAM NI RUPANYA KESAN LEPAS GUNA NIVEA IN-SHOWER BODY LOTION. aku pun nak merasa berkulit putih gebu jugak katanya. Yelah.. dalam rumah aku ni.. antara kami 3 beranak (Asben,Aku & anak) aku la paling layak di umpamakan sebagai semut hitam di malam yang gelita katanya. Depa untung la memiliki kulit yang putih & cerah. Almaklum la.. menurut cerita orang2 yang sempat tengok aku masa lahir.. Aku lahir memang berkulit cerah & putih tapi membesar sebagai anak kampung yang sihat maka aku rentung bersama usia.


Akibat aktiviti ketika aku mengalami proses pembesaran menyebabkan aku terbakar dia bawah terik matahari maka dewasanya aku menjadi seorang yang bukan macam Emma Maembong. Tidak jugak la macam michael jackson sebelum melakukan pembedahan plastik keatas dirinya. Kira sawo matang melayu la. Tapi manusia ni memang jenis tidak pernah bersyukur dengan apa adanya. Nak jugak tu merasa kot2 boleh putih sikit lagi takde la terasing sangat bila bersama suami & anak katanya. hahahaha

Maka 20 hari yang lalu.. Aku ada membeli satu produk Nivea In-shower body lotion whitening. Terpengaruh dengan iklan Tv kekdahnya.. Sebab dia in-shower lotion tu yang aku paling tergoda. Sebab aku ni memang malas pakai lotion lepas mandi. Masa mandi tu aku rajin sikit la nak pakai apa2 pun. sebab senang nak sapu satu badan. Almaklum la mandi katanya.. hahahaha. Yang aku malas pakai lotion lepas mandi ni bukan apa. Lepas pakai lotion kang nak buat apa2 dengan air macam basuh pinggan ke hapa.. Mesti bekas2 lotion tu rasa belengas semacam. I tak suka tau rasa macam tu.. Rimas! Bila Nivie keluarkan in-shower body lotion ni.. Lepas syampo badan tu bilas sapu je in-shower body lotion ni kemudian  bilas lepas tu lap. Dah settle. takde melekat lekit bagai.. Tu salah satu kelebihan dia. Senang nak apply satu badan & tak melekit sebab kita dah bilas dengan air lepas sapu.


Memang puas hati dengan kesannya. Bukan setakat mencerahkan kulit aku malah memudarkan parut2 bekas garu akibat alergik kat tangan. takde la bertompok2 sangat. Ya Allah masalah alergik memang bukan setakat gatal malah lepas garu meninggalkan parut hodoh giler. Mencik tau. Tapi Alhamdulillah.. lepas guna In-Shower body lotion ni selama 20 hari, memang nampak jelas banyak parut2 alergik dah pudar. tak ketara sangat kat tangan. Selain tu kulit tak kering & tona kulit pun cerah sekata je.

Pada yang jenis kaki berangan macam aku yang nak putih macam emma maembong.. Boleh la try Nivea In-Shower body lotion ni. Harga dia pun mampu milik. 400ml RM21.20. aku beli kat tempat biasa la.. Guardian. Senang nak beli so tak payah nak online bagi. cash & carry jer kat mana2 pun ada jual.

Moral of the story.. Kita sukakan kecantikkan bukan bermakna kita dahagakan perhatian. Kadang2 kecantikkan tu membuatkan keyakinan diri kita bertambah & kita rasa happy. cantik sesiapa pun boleh memiliki sebab kecantikkan itu tiada kriteria tertentu sebab cantik pada setiap pandangan mata orang adalah tidak sama. Asalkan kita rasa kita selesa dengan diri kita seadanya.. cantik la tu. Tapi jangan la sampai gigi pun kau tak pernah sental.. tapi sebab kau rasa ok je kau dah rasa cukup cantik. Tu bukan cantik tapi malas, hokay!

6 comments:

  1. semua orang nak cantik, tapi hati2 pilih produk jangan sampai menyeksa diri sendiri. nivea memang terkenal dari dulu lagi

    ReplyDelete
  2. bagus juga nivea ni, dah lama juga tak guna

    ReplyDelete
  3. KAT RUMAH KADANG TU AKU GUNA AQOUS CREAM JE ... BELI SATU TONG BESAR .... MANDI SAPU TU ..PASTU BILAS KULIT RERASA LEMBAB MCM PAKAI LOSYEN ..ANAK AKU PUNYA TU ... ECZEMA PUNYA PASAL ...KADANG AKU BANTAI GUNA CETAPHIL ... YG MAHAL TU .....TKT NK GUNA BYK ..ANAK AKU PUNYA ... TP BOLEH TRY UTK FAHIM KLU ADE PELEMBAB SEKLAI ....KOT2 ANAK AKU TU BOLEH MANDI DENGAN SABUN YG BERBAU WANGI PLAK LEPAS NI KAN

    ReplyDelete
  4. Bagus Nivea punya product skang kat umah mmg consume intensive body conditioner yang botol biru tu. maklum lah sejak jadi mak2 yang sentiasa kesempitan masa dan ruang yang sgt terhad. alhamdullilah kulit tak kering dan tak payah beria pakai losyen lepas mandi macam sebelum ni.

    ReplyDelete
  5. akak langsung tak de produk untuk putih kan kulit ni..kira nya akak ni macam yakin diri la..yakin diri ke tak sedar diri tak tahu la..tapi setakat ni akak suka dengan kulit akak ni..sila muntah!muntah jauh2 sikit..


    heheh

    ReplyDelete
  6. pernah guna deodoran nivea.. dulu kat ketiak ada hitam2 sikit n bekas parut.. pakai xsmpai 2 bulan putih ketiak aq tu bekas parut bedah pun hilang..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com